Tuesday, August 23, 2016

Bukan Jodoh Kamal Adli, Saya Tak Pernah Katakan Kami Sedang Bercinta – Emma Maembong

Saya Akur Kalau Kamal Adli Bukan Jodoh – Emma Maembong Nafi Bercinta Dengan Kamal

ema

Macam-macam yang berlaku kepada Emma Maembong sejak akhir-akhir ini. Umum mengetahui bapanya sedang berada di hospital setelah ditetak perompak. Kini kisah percintaannya pula sedang rancak jadi bahan bualan.

Kamal Adli pernah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Emma Maembong tetapi bagi Emma Maembong, dia hanya sedang mengenal hati budi Kamal, dan pasrah jika pada akhirnya tiada jodoh diantara mereka.

Ini komennya:

“Tidak manis rasanya saya sebagai perempuan memberi komen berlebihan. Cuma bagi pihak saya, kalau betul jodoh saya bersama dia, dengan izin Tuhan kami akan bersatu. Jadi sekiranya hubungan kami tidak jadi, tidak timbulnya isu. Tapi kalau sampai ke jinjang pelamin, saya bersyukur. Kalau jodoh tidak kesampaian, saya akur dia bukan jodoh saya”

“Kalau imbas balik kenyataan yang pernah saya berikan sebelum ini, saya tidak pernah mengatakan kami sedang bercinta. Cuma saya nyatakan bahawa saya mengenali Kamal dan sampai sekarang saya masih sedang mengenali dia,”

Kenyataan dibuat oleh Emma Maembong kepada Projek MMO tentang pergolakan hubungan cinta mereka yang mulai renggang sejak beberapa bulan yang lalu.

Hubungan cinta yang retak diantara Emma Maembong dan Kamal Adli mula dihidu oleh peminat apabila masing-masing tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman Instagram.

Kamal Adli dalam satu kenyataan akui dia masih menyayangi Emma Maembong dan menyatakan hasrat memperisterikan pelakon jelita itu. -PENMERAHDOTCOM

The post Bukan Jodoh Kamal Adli, Saya Tak Pernah Katakan Kami Sedang Bercinta – Emma Maembong appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments