Mahu menjadikan amalan menabung sebagai salah satu tabiat sepanjang hayat, Tomok dan isterinya kini sudah mula mendedahkan tentang faedah menabung bukan sahaja untuk masa sekarang malah untuk masa hadapan.
BACA: Tomok Tetap Berpuasa Selepas Pembedahan Bahu
“Mungkin ada yang menganggap anak-anak kita terlalu kecil untuk memahami mengenai kewangan, tetapi sebenarnya tidak. Apabila diajar, mereka akan faham erti berjimat-cermat dan sebab apa kita perlu menyimpan duit”
“Kalau dilihat masyarakat di Barat, kanak-kanak seawal usia setahun sudah didedahkan dengan ilmu kewangan. Bukan mahu mengatakan duit adalah segala-galanya, tetapi saya mahu ajar mereka menyimpan agar ia dapat digunakan ketika dalam keadaan terdesak,” jelasnya kepada BH Online.
Menurut Tomok, dia juga sudah membuka akaun tabung haji buat kedua dua anaknya selain akaun bank biasa. Malah isteri Tomok menambah, perkara tersebut sebenarnya adalah salah satu cara untuk membuat persediaan bagi mereka menyambung pengajian pada masa akan datang. (rtky/s)
0 comments