Monday, April 3, 2017

“Kecam Di Instagram, Tapi Minta Bergambar Bila Jumpa”

Menjadi Uqasha Senrose bukan mudah kerana anda perlu berhadapan dengan kecaman setiap hari namun lebih menyedihkan adalah kehidupan insan yang mengecam di sosial media namun bermuka muka pula ketika jumpa berdepan dengan selebriti ini.

BACA: “Uqasha Senrose Macam Adik Saya Sendiri”

“Walaupun ramai kecam saya di Instagram tapi tidak pernah pula ada yang kutuk secara terbuka di luar. Lebih menghairankan ada beberapa individu pernah mendekati saya memberitahu pernah mengecam saya di Instagram dan ingin mengambil gambar bersama pula,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Uqasha lagi, kadang kala dia memang terasa dengan kecaman yang dilemparkan namun hari demi hari perkara tersebut dilaluinya dan kini sudah ramai peminat yang menerima perubahannya.

“Saya sudah tidak kisah tentang kritikan masyarakat dan tidak mampu hendak paksa mereka menyukai saya. Lepas isu buka tudung itu, lagi teruk saya dikecam pada awalnya namun sekarang orang sudah mula terima,” jelasnya lagi. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments