Monday, October 3, 2016

Dia Syok Sendiri Ke? – Fazura Dikecam Netizen Nanyian ‘Kureng’ Di Konsert F1

Dia Syok Sendiri Ke? – Fazura Dikecam Netizen Nanyian ‘Kureng’ Di Konsert F1

fazu

Pelakon yang kini menceburi bidang nyanyian iaitu Fazura telahpun membuat persembahan pembukaan (opening act) untuk konsert Usher di Formula One (F1).

Fazura telah menyanyikan beberapa buah lagu Inggeris dan juga lagu original miliknya iatu ‘Sayangi Dirimu”.

Walaubagaimanapun, nyanyian itu dikataakn agak kurang memuaskan dan menjadi viral di laman sosial Twitter. Netizen dilihat menyatakan pandangan masing-masing yang mengktritik nyanyian Fazura itu.

Antara yang paling banyak dilemparkan kepada Fazura ialah nyanyian itu ‘syok sendiri’. Selain itu seorang gadis mengatakan seseorang harus memberitahu agar Fazura fokus di bidang lakonan sahaja.

Ini videonya:

Ini antara komennya:

fazf

The post Dia Syok Sendiri Ke? – Fazura Dikecam Netizen Nanyian ‘Kureng’ Di Konsert F1 appeared first on PenMerah.com.

Read more

Sunday, October 2, 2016

Inilah Ahli Perniagaan Hebat Yang Dikaitkan Dengan Emma Maembong

Inilah Ahli Perniagaan Hebat Yang Dikaitkan Dengan Emma Maembong

ema-raf

Pelakon jelita Emma Maembong sebelum in dikaitkan dengan rakan artis Kamal Adli namun sejak kebelakangan ini Emma sering menafikan mempunyai hubungan dengan Kamal.

Malah, baru-baru ini Emma Maembong ada menggelar Kamal sebagai BFF sahaja.

Melalui satu laporan dari akhbar Kosmo, Emma Maembong kini dikhabarkan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan berstatus duda anak dua orang.

Ini identiti ahli perniagaan terbabit.

Nama: Raf Yaakob
Nama penuh: Raden Ahmad Faizal
Kerja: Ahli perniagaan
Status: Duda
Anak: 2 Orang
Adik beradik: Adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob
Kenalan: Rakan baik kepada Nedim (Bossned)
Jawatan lain: Presiden ‘MY MAN UNITED’ Official Fan Club

Menerusi sumber tersebut, Raf Yaakob telah pun membawa Emma Maembong bertemu dengan keluarganya dan jelas ini menandakan hubungan mereka sememangnya amat serius.

Namun Emma Maembong masih belum memberi sebarang komen tentang gosip ini. Sementara itu, jom lihat gambar Raf Yaakob. -PENMERAHDOTCOM

raf1 raf2 raf4 raf6

The post Inilah Ahli Perniagaan Hebat Yang Dikaitkan Dengan Emma Maembong appeared first on PenMerah.com.

Read more

(SAYU) Pelajar Maut Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Majlis Konvokesyen

(SAYU) Pelajar Maut Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Majlis Konvokesyen

kemalangan

Seorang graduan tidak sempat menggenggam segulung diploma pada Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) setelah mangsa ditemui lemas apabila kereta yang dipandunya hilang sebelum terbabas ke dalam parit.

Terperangkap

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi, Nurul Azmina Alias yang berumur 21 tahun, terperangkap di tempat duduk pemandu keretanya.

Ini setelah kereta Proton Perdana yang dipandunya terbalik di Jalan Tebuk Sultan-Jalan Alang, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Difahamkan Nurul Azmina yang menerima Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar dalam perjalanan dari sebuah homestay di Sungai Air Tawar ke politeknik itu bagi menghadiri sidang kedua konvokesyen PSIS.

Siasatan Polis

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang beralamat di Flat Sri Melaka, Cheras meninggal dunia akibat lemas dalam parit yang mempunyai kedalaman air setinggi dua meter.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa polis ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk dibedah siasat dan pegawai perubatan di hospital itu mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Konvokesyen Sayu

Sementara itu suasana sayu menyelubungi Majlis Konvokesyen PSIS apabila surah al-Fatihah dibacakan kepada seorang penuntut mereka yang terlibat dalam nahas berkenaan.

Ketika surah itu dibaca, majlis konvokesyen tersebut sepi seketika sebagai menghormati pemergian Nurul Azmina yang sepatutnya menerima diploma pagi tadi.

Keluarga mangsa tiba lebih awal bagi menghadiri konvokesyen di politeknik itu, namun tergamam sebaik dimaklumkan Nurul Azmina meninggal dunia.

Takziah buat keluarga. -PENMERAHDOTCOM

The post (SAYU) Pelajar Maut Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Majlis Konvokesyen appeared first on PenMerah.com.

Read more

Fahrin Ahmad Belajar Teknik Jaga Bayi Di Youtube

Pertama kali bergelar bapa, pelakon Fahrin Ahmad tidak segan silu menyatakan bahawa dia banyak membaca dan juga mempelajari teknik-teknik penjagaan bayi menerusi laman Youtube.

BACA: Fahrin Ahmad, Isteri Selamat Timang Anak Sulung

“Setakat ini saya belajar menerusia bacaan dan Youtube sahaja, jururawat yang menjaga isteri saya juga banyak beri tips dan ajar perkara-perkara yang penting dalam penjagaan bayi”

“Pada asalnya saya rancang untuk masuk kelas tapi kerana jadual sibuk terpaksalah belajar sendiri dari semasa ke semasa,” jelasnya kepada mStar Online. Fahrin dan juga isteri selamat menimang cahaya mata sulung pada 29 September lalu.

Selain itu, menurut Fahrin, dia juga telah melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang menemani isterinya melahirkan anak di Pusat Perubatan KPJ Damansara. Malah apa yang lebih menarik, anak sulungnya itu turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan isterinya. (rtky/s)

Read more

Peminat Alif Satar Tawar Diri Jadi Isteri Kedua

Bakal menimang cahaya mata buat kali kedua tidak lama lagi, tidak menghalang peminat Alif Satar untuk terus fanatik terhadap personalitinya. Menurut beliau, dirinya bukan sahaja pernah digoda peminat ketika belum berkahwin, malah dugaan itu lebih hebat apabila beliau sedah berkahwin, hinggakan ada peminat yang sanggup menawarkan diri menjadi isterinya yang kedua.

BACA: Isteri Alif Satar Hamil Anak Kedua

“Sebelum berkahwin, ada peminat kacau-kacau tetapi selepas berkahwin, tak sangka pula lebih banyak. Saya rasa kalau ujian hebat ini berlaku ketika saya masih bujang, besar kemungkinan saya menjadi liar. Banyak komen yang sayang baca antaranya ‘untungnya kalau dapat jadi isteri kedua Alif’ dan sebagainya. Kadang kala saya dan isteri tergelak membacanya”

“Bagaimanapun, saya tiada niat pun untuk berkahwin lagi. Shadila bukan suka cemburu. Walaupun lakonan saya dalam DSH ada babak romantik bertentang mata dan sebagainya, namun dia tidak ada rasa apapun. Ini kerana dia tahu bahawa ia hanyalah sebahagian daripada permainan dunia lakonan,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung dengan reaksi peminatnya.

Namun baginya, selain bersyukur kerana mempunyai isteri yang begitu memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon dan pengacara, Alif merasakan ada sebab yang tersendiri Allah turunkan dugaan ini ketika beliau sudah berkeluarga. Bagaimanapun katanya, dugaan ini membuatkan dirinya bersikap lebih matang dan tenang ketika menghadapinya. (rkty/w)

1-peminat-alif-satar-tawar-diri-jadi-isteri-kedua-jpeg 2-peminat-alif-satar-tawar-diri-jadi-isteri-kedua-jpeg 3-peminat-alif-satar-tawar-diri-jadi-isteri-kedua-jpeg 4-peminat-alif-satar-tawar-diri-jadi-isteri-kedua-jpeg 5-peminat-alif-satar-tawar-diri-jadi-isteri-kedua-jpeg 6-peminat-alif-satar-tawar-diri-jadi-isteri-kedua-jpeg
Read more

Emma Maembong Kini Intim Dengan Ahli Perniagaan?

Melalui perkongsian ruangan Diva yang dipetik daripada akhbar Kosmo!, khabarnya kini ada sumber yang mengatakan pelakon Emma Maembong kini sedang rapat dengan adik Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal.

BACA: “Saya Dan Emma Membong Masih Berbaik”

Selain itu, Raf yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dan juga duda anak dua telah pun membawa Emma bertemu dengan keluarganya malah wujud juga dakwaan bahawa hubungan mereka sememangnya serius.

Bagaimanapun perkara yang sebenar hanya diketahui oleh Emma sendiri dan sehingga kini, pihak Emma masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Jika benar apa yang sampai di telinga ruangan Diva, maka terjawablah mengapa Emma sebelum ini bagaikan berdolak dalih mengenai hubungannya bersama Kamal Adli sebelum ini. Mungkin apabila sudah bersedia nanti, Emma akan menjelaskan perkara yang sebenar. (rtky/s)

7-emma-maembong-intim-dengan-ahli-perniagaan-rotikaya 6-emma-maembong-intim-dengan-ahli-perniagaan-rotikaya 4-emma-maembong-intim-dengan-ahli-perniagaan-rotikaya 3-emma-maembong-intim-dengan-ahli-perniagaan-rotikaya 2-emma-maembong-intim-dengan-ahli-perniagaan-rotikaya 1-emma-maembong-intim-dengan-ahli-perniagaan-rotikaya
Read more

Saturday, October 1, 2016

Ruhainies Tidak Hormat Pelakon Senior?

Boleh tahan juga dugaan Ruhainies sebagai seorang anak seni apabila tidak habis habis terpalit dengan kontroversi dan melalui ruangan Diva Interaktif di Kosmo! Online, nampaknya kali ini Ruhainies didakwa enggan memberi kerjasama dengan pelakon senior ketika berada di set penggambaran.

BACA: “Memang Benar Pun Saya Dan Ruhainies Bercinta”

“Dengar-dengarnya, Ruhainies enggan berbincang dengan pelakon senior berkenaan mengenai babak-babak yang bakal dilakukan di depan kamera, sebaliknya gemar membuat hal sendiri pada waktu itu”

Disebabkan itu, pelakon berkenaan berkecil hati dan enggan lagi bersembang dengan Ruhainies. Bertentang mata pun hanya sekiranya ada babak bersama. Jika tidak, memang kirim salam sajalah ceritanya,” kongsi ruangan tersebut.

Kebenaran kisah sebenar hanya Ruhainies yang tahu dan pastinya pelakon baru ini juga turut mempunyai penjelasan sendiri terhadap perkara yang berlaku.

Perkara ini sememangnya bukan perkara yang baru. Dalam laporan portal berita lain sebelum ini juga turut mendedahkan bahawa terdapat segelintir bintang baru dalam industri seni yang kurang gemar untuk berkenalan di set penggambaran.

Apa pun, jika memang niatnya seseorang selebriti itu untuk mahu terus berada dalam industri, nasihat dan juga teguran daripada pelakon senior atau mereka yang terlebih dahulu makan garam haruslah diterima sebaiknya. (rtky/s)

6-ruhainies-tidak-hormat-pelakon-senior-rotikaya 5-ruhainies-tidak-hormat-pelakon-senior-rotikaya 4-ruhainies-tidak-hormat-pelakon-senior-rotikaya 3-ruhainies-tidak-hormat-pelakon-senior-rotikaya 2-ruhainies-tidak-hormat-pelakon-senior-rotikaya 7-ruhainies-tidak-hormat-pelakon-senior-rotikaya
Read more

Sekejap Sangat Saya Jadi Isteri Awak, Saya Janji Nak Jaga Awak Tapi…

178

Kehilangan уаng tersayang аmаt реdіh lеbіh-lеbіh lаgі hubungаn sah yang dibina mаѕіh bаru, itulah уаng berlaku kepada insan іnі, Puan Nurnаԛіаh Mahadzir араbіlа lelaki yang ѕаh menjadi ѕuаmіnуа bаru 11 hаrі telah реrgі mеnіnggаlkаnnуа аkіbаt tеrlіbаt dalam kеmаlаngаn.

Bеlіаu telah mеmuаtnаіk satu ѕtаtuѕ iaitu surat kераdа ѕuаmі уаng сukuр ѕауu dibaca dі mаnа dіа mеnсеrіtаkаn detik pengenalan dеngаn ѕuаmіnуа іtu ѕеhіnggа аrwаh реrgі dіuѕіа terlalu bаru реrkаhwіnаn mеrеkа.

 

Jоm kіtа bаса status beliau, mungkin іnі ѕаlаh ѕаtu саrа mеluаhkаn rasa ѕеdіhnуа уаng bаru ѕеmаlаm kеhіlаngаn ѕuаmі tеrсіntа.

Hеуу awak, ѕеlаmаt раgі ѕауаng.. minggu lepas wаktu ni saya hаntаr аwаk depan ріntu, аwаk nаk реrgі kеrjа.. ѕuruh tunggu nak rаѕа mасаmmаn rasa bаlіk kеrjа аdа іѕtеrі tunggu dеkаt rumаh.

”Sуоk la tu bаlіk-bаlіk saya аdа dі rumаh..hеk”

Tapi hari іnі ѕауаhаntаr Yааѕіn kераdа awak.. іngаt tаk kіtа selalu bеrgurаu , kalau saya реrgі dulu macam mаnа?

Lepas tu awak рun ѕіbuk juga nak soalan yang ѕаmа… TIRU!.. tарі bеgіnі ruраnуа rasa tanpa аwаk.. kоѕоng..kеrіng..

Awak, awak… semalam cukup enam tаhun аwаk add Fасеbооk saya.. lераѕ tu ѕауа hampir-hampir rеmоvе аwаk ѕеbаb іngаt аwаk mаt rеmріt mаnа dok add ѕауа…😝.. tарі saya tаk dеlеtе…

17 Oktоbеr 2010, аwаk komen dі status ѕауа,.. lepas tu ѕеhіnggа kе сhаt box.. kаwаn punya kawan.. dеkаt 2 3 bulаn baru аwаk mіntаk nоmbоr telefon saya..itu pun ѕuѕаh ѕаngаt-ѕаngаt nak mіntаk!.

Pаѕtu kіtа mula berkawan sampai 19 Julаі 2011, аwаk bagi hint-hint nаk ѕауа jadi lagi ѕресіаl dalam hіduр аwаk,, itu pun ѕuѕаh juga nаk bagitahu.. mаіn tаrіk tali ѕungguh! hеk.

Kita рun jаnjі setia ѕаmраіlаh bila-bila ѕеbаb kіtа sama-sama реrnаh kесеwа ѕеbеlum ini… ѕауа ѕеntіаѕа іngаt ауаt аwаk tu.. ѕауа рun janji аkаn tunggu аwаk… memang kеnа tunggu ѕungguh… tіар kаlі nak kеluаr mеѕtі kеnа tunggu.. lераѕ tu mulаlаh ѕауа nak mеrаjuk..tарі bіlа tеngоk mukа аwаk tаk jаdі nаk marah..itu ѕауа gеrаm sangat tu..haishh 😝

Lepas ѕауа habis bеlаjаr..kеrjа..аwаk belum lagi..tak ара saya kata..saya аkаn tunggu ѕеbаb ѕауа nаk аwаk tahu ѕауа ѕеntіаѕа ѕоkоng awak!.

Alhаmdulіllаh lераѕ enam tahun bеrkаwаn..аwаk рun bekerja..impian kіtа nаk bеrkаhwіn dаh nаmраk..kіtа tunаng 21 Dіѕеmbеr 2015.. lераѕ itu ѕауа ріlіh 16 September 2016 tаrіkh kіtа kаhwіn ѕеbаb kоnоnnуа nanti nаk hаrі cuti bіlа ѕаmbut аnnіvеrѕаrу.

sekejap sangat saya jadi isteri awak, saya janji nak jaga awak tapi-5

12 hаrі awak jаdі suami ѕауа cukup-cukup 6 tahun kіtа bеrkаwаn di Facebook..alahai ѕауаng..kеjар sangat saya jаdі isteri аwаk..ѕауа janji nаk jaga аwаkkаn…tарі sekarang Allаh jаgа аwаk.😊

Tеrіmа kasih untuk ѕеgаlаnуа аwаk..ѕауа ѕауаng ѕаnаgt-ѕаngаt kаt аwаk..dаrі awal kіtа berkawan..kami іkhlаѕ ѕауаng аwаk..ѕеbаr dеngаn ѕеgаlа ujian yang datang.

Sеmuаnуа untuk аwаk..іmріаn ѕауа nаk tаngоk awak bеrjауа pun semua awak bаwа реrgі bersama..semua sayang аwаk..ѕеmuа kаtа awak bаіk..bеtul… аwаk memang bаіk..kаlаu ѕауа ѕtrеѕѕ аwаk аkаn tolong ѕауа jugа ѕеbаb kalau tаk аwаk аkаn ѕеrаbut kepala ѕеkаlі..hеk.

Okау аwаk.. nаntі ѕауа hantar surat kераdа аwаk lаgі уеr…duduk baik-baik dі sana..Allah ada jаgа awak..InsyaAllah.. dаrі ѕауа untuk аwаk wahai SUAMIKU..ISTERIMU.. yang nаk sangat раnggіl аwаk abang wаlаuрun awak kаtа tak kіѕаh раnggіl арарun…

The post Sekejap Sangat Saya Jadi Isteri Awak, Saya Janji Nak Jaga Awak Tapi… appeared first on PenMerah.com.

Read more

“Dia Isteri Saya Yang Halal, Ada Masalah?”

Hanya kerana bergambar mesra di Instagram, Awal Ashaari telah ditegur oleh seorang warga laman sosial yang boleh kami katakan kurang senang dengan gambar yang dikongsikan oleh pengacara tersebut. Jika dilihat kronologi gambar, mereka sedang menghadiri majlis perkahwinan di Langkawi yang diadakan di tepi pantai.

BACA: “Kenapa Saya Nak Cemburu Bila Awal Sayangkan Lara?”

1-dia-isteri-saya-yang-halal-ada-masalah-rotikaya

Berpunca daripada gambar berciuman itu, ia kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dan antara salah satu komen yang mendapat perhatian daripada Awal sendiri apabila ada yang mempertikaikan apa yang dilakukannya itu terlalu mengikut budaya barat dan menurut komen tersebut juga – inilah apa yang terjadi di akhir zaman.

2-dia-isteri-saya-yang-halal-ada-masalah-rotikaya

“Dia isteri saya yang halal. Ada masalah?,” jawab Awal kepada komen berkenaan. Mahu buat macam mana, gelaran selebriti yang dipegang oleh Awal membuatkan dirinya sentiasa menjadi perhatian. Yup, banyak lagi pasangan bermesraan di luar sana yang belum berkahwin, tapi mereka bukan selebriti untuk ditegur di laman sosial.

Jika anda masih ingat, sebelum ini Johan Raja Lawak juga turut menerima tempias yang sama apabila tindakan spontan mereka bercium mulut sebaik sahaja pelakon, pelawak dan juga penyampai radio itu diumumkan menerima anugerah. (rtky/s)

Read more

Nelydia Senrose Akui Tak Serik Bercinta

Sebelum ini, Nelydia Senrose pernah menyatakan bahawa cintanya bersama Qi Razali sudah berakhir walaupun ada desas desus mengatakan bahawa mereka masih bersama dalam diam. Namun bagi pelakon wanita ini, dia tidak serik untuk bercinta lagi.

BACA: Nelydia Senrose Nafi Kembali Bercinta Dengan Qi Razali

“Ketika itu memang rasa tertekan dan kecewa akibat putus cinta. Saya menangis, duduk dalam bilik kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Maklumlah, kita harapkan pengakhiran yang baik dengan perhubungan itu, tak sangka pula ia tidak kesampaian”

“Jika ingat semula rasa macam putus harapan pun ada. Apabila orang bertanya, kita mungkin boleh tipu orang lain yang kita okey, tetapi hakikat sebenar rasa keseorangan dan sunyi. Rahsia Allah itu besar. Mungkin Allah mahu menguji saya. Bahkan apa yang berlaku ini menjadikan saya lebih matang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata Nelydia, hatinya masih terbuka menerima kehadiran cinta baru namun ketika ini dirinya sedang seronok menjalani kehidupan sebagai wanita solo yang tidak terikat dengan mana mana komitmen dalam perhubungan.

“Sekarang saya tengah seronok menjalani kehidupan solo tanpa terikat dengan mana-mana perhubungan. Kalau dahulu, ada orang tempat saya berkongsi cerita dengan orang tersayang, tetapi kini saya banyak berkongsi apa jua dengan ahli keluarga sendiri”

“Saya masih ada keluarga dan merekalah saya letakkan sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukan,” kongsi Nelydia. Jadi buat jejaka di luar sana, masih ada lagi peluang untuk anda mencuba. Heh. (rtky/s)

8-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 7-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 6-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 4-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 3-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya 1-nelydia-senrose-akui-tak-serik-bercinta-rotikaya
Read more