Saturday, July 1, 2017
“Saya Redha Bergelar Ibu Tunggal Di Usia Muda”
Percaya pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik perpisahannya dengan bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, pelakon Serina Redzuawan yang kini berusia 34 tahun redha dengan ketentuan Tuhan.
BACA: Raya Tiba, Chef Wan Luah Perasaan Lagi
“Saya redha dengan takdir yang telah tertulis dalam hidup saya, bergelar ibu tunggal pada usia yang muda. Tapi saya tak mahu dilihat lemah dan mengharapkan simpati orang ramai. Orang yang senasib dengan saya perlu teruskan hidup mencari rezeki demi anak-anak dan hidup sendiri”
“Jangan menangis atau mengeluh, bangun dan bangkitlah melawan segala-gala dugaan dan kesusahan. Betul, ada masanya memang sukar untuk menguruskan anak-anak seorang diri tetapi ayah mereka tidak melepaskan tanggungjawab terhadap keperluan anak-anak terutama dalam soal pelajaran,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.
Selari dengan perkara tersebut, Serina dalam masa yang sama turut membuat pelbagai pekerjaan seperti berniaga kuetiau, menjual pelbagai produk, berlakon, mengacara, menjadi duta dan jurucakap di merata tempat.
Apa pun, semoga perjalanan kehidupan Serina dan keluarga dipermudahkan. Sesuatu yang pahit pada awalnya pasti memberi kemanisan di penghujung perjalanan.
Hasil perkahwinan bersama bekas suamunya itu, Serina dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6 tahun dan juga Isabella Saffiya, 5 tahun. (rtky/s)
“Saya Tak Sengaja Pegang Dada Nelydia Senrose”
Bertindak memadam video terpegang buah dada Nelydia Senrose di akaun Instagram, Daler Yusuf turut tampil memohon maaf diatas kecuaiannya terlepas pandang dengan sensitiviti terhadap kaum wanita. Jelasnya, tindakan itu dibuat dengan tidak sengaja kerana terkejut Nelydia menekan brek.
BACA: Dikecam Kerana Sentuh Dada Nelydia Senrose
“Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu. Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu. Memang tak sangka video yang saya muat naik pagi tadi menjadi viral dan menerima banyak kecaman”
“Niat saya kongsi di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama tersebut. Terus-terang saya sendiri tak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu,” katanya kepada m Star Online”
Menyedari dirinya dikecam hebat kerana tindakan tidak sengajanya itu, Daler memadam video terbabit sebelum tampil memohon maaf kepada peminat. Elok juga Daler tampil menjelaskan perkara sebenar sebelum menerima bermacam lagi kecaman dari peminat.
Untuk pengetahuan, video yang dimuat naik Daler merupakan salah satu babak di dalam drama terbaru gandingan mereka yang bertajuk, Encik Suami Mat Salleh Celup yang sedang hangat ditayangkan. (rtky/w)
Che Ta Sekeluarga Sambung Raya Di London
Perasan juga pada tahun ini Instagram Rozita Che Wan tidak dimeriahkan dengan gambar mereka sekeluarga melaram baju raya yang banyak. Rupanya Che Ta memberitahu dirinya hanya menghabiskan masa beraya seminggu sahaja sebelum berangkat ke kota London untuk beraya.
BACA: “Jangan Tanya Berapa Saya Bayar Untuk RQ2174”
““Bukan apa, saya terikat dengan jadual penggambaran sebuah drama di sana, jadi senang cerita saya akan sambung beraya di kota London. Memang saya memiliki 104 pasang baju raya pada tahun ini. Cuma, 10 pasang saja baju raya sendiri rekaan Rizman Ruzaini, selebihnya ditaja oleh Minaz”
“Sebagai duta jenama pakaian berkenaan selama setahun, saya diberikan 94 baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya sehingga penuh satu almari dibuatnya. Jadi, cukup-cukuplah mengecam saya kerana kesemua baju tersebut diperoleh secara percuma,” jelasnya kepada Kosmo Online.
Jika tahun sebelumnya Che Ta memberitahu dirinya mempunyai 98 pasang baju raya, tahun ini pula nampaknya rezeki beliau semakin bertambah apabila mempunyai 104 pasang baju raya. Tidak lengkap rasanya kalau Che Ta tidak melaram baju raya di kota London nanti. (rtky/w)
Dikecam Kerana Sentuh Dada Nelydia Senrose
Gara-gara memuat naik video salah satu babak dari drama Encik Suami Mat Salleh Celup di Instagram, Daler Yusuf dikecam peminat apabila tangannya secara tidak sengaja terpegang buah dada Nelydia Senrose. Insiden tersebut berlaku ketika mereka sedang membonceng motorsikal bersama.
Dalam video terbabit, Daler dan Nelydia menunggang motorsikal bersama dan secara tiba-tiba Nelydia menekan brek sehingga membuatkan Daler terkejut lalu terpegang dada pelakon itu. Tidak pasti pula sama ada Daler perasan atau pun tidak dengan tindakan refleksnya itu.
Bagaimanapun video itu mula menjadi viral apabila Daler memuat naik di akaun Instagram untuk mempromosikan drama itu. Ramai yang mempersoalkan pergaulan bebas diantara sesama selebriti hingga membuatkan kejadian seperti itu biasa dikalangan mereka.
Ada juga yang sanggup mengulang video terbabit berulang kali bagi memastikan insiden yang diperkatakan itu. Apapun mungkin Daler memang terkejut dan tidak sengaja terpegang. Malah video yang dimuat naik beliau juga sudah dipadam dari Instagram. (rtky/w)
'Penjualnya paksa orang beli sehingga berani mengambil purse dan duit pelanggan masuk dalam poket' - Pengadu
'Inilah kesan keracunan produk kosmetik, mata bengkak teruk'
'Allah tunjukkan cash, sedangkan dah berkali lalu di tirai itu tapi tak nampak apa-apa pun'
'Jangan pukul lagi, nanti mati budak tu'
'Muka cantik, make up tebal, berpakaian ala hipster tetapi pengotor'
Blog Archive
-
▼
2025
(176)
-
▼
July
(25)
- Bayaran Masih Belum Dapat, Amir Raja Lawak Terpaks...
- “Jangan Ejek Nada, Dia Cantik Sempurna, Bukan Anak...
- Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Saling Unfollow Di Insta...
- Proses Pelantikan Ketua Hakim Negara Patuhi Perlem...
- Rossa Sera Tak Masuk Campur Urusan Shuk & Fara, Ja...
- Meta Beli Pegangan Hampir 3% Pada Syarikat Induk R...
- “Memang Kalau Free Hair Terus Kena Seksi Ke” – Net...
- “Dengan Diri Sekarang Sukar Rasanya” – Saiful Mala...
- Dituduh Tumpang Populariti, Pablo Amirul Pertahank...
- “Anak Bella Astillah Jadi Perhatian Sertai Triatlo...
- “Kita Nak Naik Pelamin Tahun Depan” – Noor Nabila
- Muaz Zabir Fokus Baiki Diri, Doakan Terbaik Buat B...
- “Saya Dah Maafkan ND Lala…Malangnya Kawan Anak Pul...
- Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo
- Dikecam Letak Al-Quran Atas Sejadah, Ryzal Ibrahim...
- Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man
- “Baik Saya Usha Jodoh Baru, Bunga Bukan Sekuntum”
- Gitaris Ditahan Belasah Jiran
- Aaron Aziz Seru Bekas Banduan Sertai Uji Bakat Lak...
- “Yang Dah Pergi Umrah Paling Seksi” – Netizen
- “Ya Baju Memang Ketat Tapi Taklah Terlalu Seksi, I...
- “Tiada Siapa Yang Tahu & Layak Menghukum Kecuali A...
- Hubungan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Belum Da...
- “Hari Tu Mak Lampir, Harini Si Polan” – Afreena Da...
- Fizo Omar Dedah Hanya Dibenarkan Jumpa Maryam Empa...
-
▼
July
(25)