Wednesday, November 30, 2016

(Video) 'Zalimnya Kau' - Anak Kucing Hampir Mati Lemas Dibungkus Dalam Kotak Sebelum Dibuang


HULU SELANGOR - Seekor anak kucing hampir mati lemas dalam kotak setelah dibungkus oleh seorang individu dipercayai tuannya, sebelum dibuang di hadapan sebuah premis di Batang Kali, semalam. 

Tindakan individu terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis berhampiran dimuat naik ke laman Facebook oleh Fahimi. 

"Owner dia memang otak letak kat lutut ke apa? Bungkus kucing ini macam bungkus nak hantar ke Pos Laju. Lain kali nak buang kuang, jangan sampai macam ini. Sudahlah diikat kotak itu semua sampai tak bernafas kucing ini. 

"Nasib baik ada satu hamba Allah yang terjumpa kotak kucing ini. Kalau dibiarkan, mati kucing ini tak bernafas. Lain kali guna otak sikit ya. Tahulah haiwan tetapi jangan otak kita pun sama macam haiwan juga," kata Fahimi. 


Anak kucing dibungkus dalam kotak siap dengan makanannya sebelum dibuang di depan sebuah premis di Batang Kali | Foto - Fahimi

Menurutnya lagi, kucing itu dibungkus dalam kotak berserta dengan makanan sebelum ditutup rapi dengan pita pelekat.


Kepada mereka yang membela kucing, usahlah buang kucing merata-rata. Jika tidak mampu membela mereka lagi, iklankanlah di laman PetFinder agar mereka dapat terus dibela oleh individu yang benar-benar menyayangi haiwan kesayangan nabi itu. - The Reporter
Read more

(7 Gambar) Alas Kaki Mengandungi Ayat Al-Quran Ditemui


KUALA LUMPUR - Selesa lalu netizen digemparkan dengan penemuan ayat-ayat Al-Quran di dalam alas kaki yang terkoyak baru-baru ini. 

Lapor Republika, penemuan kertas yang mengandung ayat-ayat Al-Quran itu ditemui oleh seorang lelaki warga Indonesia, ketika isterinya sedang mencuci alas kaki berkenaan, Ahad, 27 November 2016. 

Menurut Fauzi, dia membeli dua alas kaki tersebut dari sebuah kedai di Pasar Prambanan, Daerah Istimewa, Yogyakarta, Indonesia.


Fauzi berkata, ketika isterinya sedang mencuci tiga helai alas kaki tersebut di ruamhnya, dia terkejut apabila mendapati permukaan bawah alas kaki itu menampilkan bayang-bayang kertas yang tertera aksara Arab. 

Gambar penemuan itu kemudian dimuat naik dan viral di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai. 

Bertindak di atas laporan itu, anggota Pemuda Muhammadiyah, Fifki Wahyu, 22, melakukan pemeriksaan pada sebuah kedai runcit seperti yang dilaporkan oleh Fauzi dan mendapati sememangnya ada alas kaki yang mengandungi kertas tertera ayat Al-Quran di dalamnya. 



Sementara itu di Malaysia, ada segelintir netizen mengambil inisiatif untuk memeriksa alas kaki yang dipercayai dibeli dari pengeluar yang sama. Hasilnya, turut ditemui kertas-kertas yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran. 

"Petang tadi ad smpai wasap pasal als kaki ad ayt Quran. Balik rmh cek, rupanya ada jgak. Astaghfirullah. Sapelah punya angkara," kata Kamariah Ali dari Kuala Berang.


Perkongsian Kamariah telah dikongsi 8,280 kali di laman Facebook. Bagaimanapun status tersebut telah dipadam tidak beberapa lama kemudian. 



Semalam, ECO Shop Malaysia pula mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai alas kaki yang mengandungi Al-Quran. 

"Mengenai ayat Al-Quran yang didapati di dalam alas kaki yang dibeli dari kedai kami, ECO Shop akan menjalankan siasatan dan telah merujuk kepada pembekal untuk mendapatkan penjelasan.Kami juga telah mengarahakan kesemua 82 cawangan kami untuk menghentikan segala penjualan alas kaki tersebut dengan segera. 

"Pihak Pengurusan ECO Shop ingin meminta maaf kepada semua pelanggan di atas kesulitan yang terjadi ini. Kami ingin menegaskan bahawa syarikat kami tidak mempunyai sebarang niat untuk merendahkan mana-aman agama dan kepercayaan.

"Untuk pelanggan yang telah membeli alas kaki daripada kedai ECO Shop, boleh datang dan tukar kepada produk lain dalam tempoh tiga hari sehingga 3 Disember 2016 dengan resit pembelian perlu disertakan semasa membuat pertukaran," kata kenyataan itu. - The Reporter
Read more

Sharnaaz Ahmad Akui Bahagia, Tiada Isu Tumbuk Kekasih

Terpalit dengan khabar angin bahawa dirinya memukul kekasih, Sharnaaz Ahmad melalui muatnaik gambar di Instagram (telah dipadam) menjelaskan bahawa dia Nabila bahagia selain menafikan insiden tersebut.

BACA: “Ini Semua Fitnah, Semoga Dapat Hidayah”

8-sharnaaz-ahmad-akui-bahagia-tiada-isu-tumbuk-kekasih-rotikaya

Bagaimanapun dalam kenyataan Sharnaaz di Instagram tersebut, ia seperti mengetahui siapakah dalang di sebalik perkara tersebut namun tidak mendedahkannya. Sementara itu dalam masa yang sama, tindakan pelakon lelaki ini memuatnaik gambar tersebut mendapat teguran daripada Neelofa.

Nampaknya ketika ini pasangan ini diduga lagi. Sharnaaz sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada tahun hadapan.

Dugaan demi dugaan datang kepada pasangan ini. Harapnya Sharnaaz dan juga Nabila kekal tabah dalam mengharungi perkara sebegini. Malah Nabila juga dalam muatnaik di Instagram mengajak peminatnya mendoakan agar hati si pemfitnah kembali bersih.

6-sharnaaz-ahmad-akui-bahagia-tiada-isu-tumbuk-kekasih-rotikaya 5-sharnaaz-ahmad-akui-bahagia-tiada-isu-tumbuk-kekasih-rotikaya 4-sharnaaz-ahmad-akui-bahagia-tiada-isu-tumbuk-kekasih-rotikaya 3-sharnaaz-ahmad-akui-bahagia-tiada-isu-tumbuk-kekasih-rotikaya 2-sharnaaz-ahmad-akui-bahagia-tiada-isu-tumbuk-kekasih-rotikaya 1-sharnaaz-ahmad-akui-bahagia-tiada-isu-tumbuk-kekasih-rotikaya
Read more

'Tolong Wajibkan Anak Pakai Seluar Dalam' - 6 Perkara Yang Anda Perlu Sediakan Untuk Anak Sebelum Masuk Sekolah 2017


"Nak beli berapa?" 

Selalu mak-mak tanya soalan ini kan? 

1. UNIFORM SEKOLAH

Belilah tiga pasang kain yang berkualiti. Cukup masa nak rotate nanti. Antara jenama yang berbaloi dibeli, Newberry label hitam kuning ini. Harga RM23.90. Kain cotton berkualiti, warna putih nila, tebal dan tak panas. Bilik darjah tak ada aircond, menggeletik panas kalau tengah hari rembang. Kalau beli kain yang ada campuran polyester itu, selepas rehat baunya azab untuk cikgu dan rakan-rakan. Anak pun tak selesa dah nak belajar bila peluh merecik-recik dalam baju. 

2. KASUT SEKOLAH

Cari yang kain penuh dan sarung terus. Tak perlu yang bertali atau velcro tape. Beli dua pasang, seminggu sepasang kasut. Wajib tulis nama anak di tepi kasut. Ya, bukan di dalam atau bawah tetapi tepi kasut. Bayangkan kalau anak hilang kasut, cikgu kena beli 1,000 pasang kasut? Berpeluh dibuatnya. 

Di sekolah, anak akan masuk pusat sumber, bilik jqaf, surau, bilik pemulihan dan sebagainya. Semua itu kebanyakkannya memerlukan pelajar menanggalkan kasut. Bila kasut sarung, anak-anak tak perlu nak duduk di atas lantai koridor yang kotor. Uniform sekolah pun tak kotor. 

3. TUDUNG SEKOLAH

Beli yang awning lembut itu, putih nila sebanyak tiga pasang. Harga RM10 sehelai. Inner snowcap putih. Kalau tercabut keronsang pun, tudung elok lagi dipakai pada kepala. Kalau tudung lain, cikgu tengok pun kesian. Betul, anak-anak ini kalau pakai elok-elok, di sekolah pun perangai bagus. Tak adalah kurang keyakinan diri. Tak percaya? Cubalah tanya cikgu-cikgu yang lain. 

4. BEG SEKOLAH

Beli yang padded straps. Serius, tak kiralah berapa harga (ikut kemampuan masing-masing) tetapi carilah yang padded straps. Beg sekolah berat, SK atau SJKC kedua-duanya berat. Eh? SJKC lagi berat. 

Sebelum beli beg yang ada roda, semak dulu kelas anak di mana. Kalau kelas di sarang burung, tak payahlah beli beg beroda. Kalau dalam sekolah banyak tangga (biasa sekolah di bukit banyak tangga), tak perlulah. BEg sekolah sekurang-kurangnya cari yang ada dua compartment. Bukan yang ada satu ruang dan lembik. 

5. BOTOL AIR

Ya betul. Wajib ajar anak bawa bekalan air sendiri. Belikan botol air yang 750ml ke atas untuk anak. Paling koman pun, beli saja air mineral di Shell yang jenis sport cap itu. Bukan bagi air yang berwarna-warni ya. 

6. SELUAR DALAM

Hmmm.... Tak payah gelak. Ramai okay anak yang pergi sekolah tak pakai seluar dalam. Tolong wajibkan anak pakai seluar dalam. Lima helai seminggu. Kalau yang perempuan, belikan seluar panjang cotton warna hitam atau biru gelap itu tiga helai. Di Big 10 dan Giant, harganya RM9.90 sehelai. 

Kalau terselak pun, tak gugur jantung cikgu. Kalau yang pakai pinafore, boleh belikan seluar paras paha warna hitam seperti cycling pantas itu. AEON Tesco, Giant, Big10 jual RM6.90 sehelai. 

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari Mak Cikgu, Nadia Rahim | The Reporter
Read more

(Video) Orang Nak Pulangkan Dompet, Dia Tunjuk Isyarat Lucah, Sekali Mendapat CASH!


Seorang penunggang motosikal berjaya membalas dendam selepas dia mendapati pemandu kereta biadab itu tidak menyedari telefon bimbit dan dompetnya diletakkan di atas kereta. 

Video dirakam oleh penunggang itu menunjukkan dia membaling dompet itu ke dalam kereta lelaki berkenaan. Namun apabila lelaki itu menghinanya, dia dengan sengaja menjatuhkan telefonnya ke jalan raya. 

Berdasarkan video, pemandu berkenaan keluar secara melulu dari stesen minyak tanpa menyedari dompetnya yang diletakkan di atas kereta terjatuh. 

Penunggang berkenaan yang berada di belakangnya berhenti dan mengambil dompet itu sebelum cuba memulangkan dompet tersebut. 

Penunggang itu cuba mengejarnya dan membunyikan hon agar lelaki itu memberhentikan keretanya. Malangnya, lelaki itu telah menunjukkan isyarat lucah terhadap penunggang motosikal berkenaan. 

Terkejut dengan kelakuan pemandu itu, dia sekali lagi mengejar pemandu berkenaan dan memaklumkan bahawa dompet milik lelaki itu terjatuh. 


Menyedari dompetnya di tangan penunggang berkenaan, lelaki itu memberhentikan keretanya dan berkata "Thank you so much bro,". 

Namun sudah terlambat apabila penunggang berkenaan membaling dompet itu ke dalam kereta. Malah, telefon milik lelaki itu juga 'dipulangkan' dengan menjatuhkannya di jalan raya sebelum dia memecut meninggalkan lelaki tak guna itu. - The Reporter
Read more

Harga Minyak Untuk Bulan Disember: RON95, RON97, Diesel Turun

Harga Minyak Untuk Bulan Disember: RON95, RON97, Diesel Turun

minyak

Ini merupakan update terkini tentang harga minyak kereta.

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 5 sen seliter.

Ini merupakan senarai harga terkini minyak berkuat kuasa 1 Disember :

RON95 : RM1.90 seliter
RON97 : RM2.25 seliter
Diesel : RM1.85 seliter.

Berbanding bulan November harga petrol RON95 adalah RM1.95 seliter, RON 97 (RM2.30) dan diesel (RM1.90). -PENMERAHDOTCOM

The post Harga Minyak Untuk Bulan Disember: RON95, RON97, Diesel Turun appeared first on PenMerah.com.

Read more

1 Maut, 5 Cedera, 1 Tertimbus Dalam Runtuhan Jejantas


KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga Vietnam dilaporkan meninggal dunia dalam runtuhan jejantas di tapak pembinaan KL Eco City, Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, petang tadi, lapor Harian Metro.  

Ketua Polis Daerah Bricksfield Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, dua lagi pekerja warga Bangladesh masih terperangkap di bawah runtuhan jejantas sepanjang 70 meter itu. Salah seorang mangsa dilaporkan masih hidup, manakala seorang lagi tertimbus dan tidak dapat dikenal pasti keadaannya. 

"Pihak kami mengesahkan, setakat ini hanya tujuh mangsa terbabit. Seorang pekerja warga Vietnam disahkan meninggal dunia. Empat lagi mangsa cedera berjaya dibawah keluar dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya. 

Lapor Berita Harian, salah seorang mangsa warga Bangladesh berusia 32 tahun yang tertimbus di bawah runtuhan itu berjaya dikeluarkan sebentar tadi. Mangsa cedera parah di kaki telah dihantar ke PPUM.


Dalam kenyataan SP Setia berkata, jejantas tersebut masih dalam pembinaan dan pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan hospital untuk menyelia keadaan. 

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut yang dapat diberikan berikutan kejadian itu masih dalam siasatan.  - The Reporter
Read more

12 Cara Bergaya Macam Artis Kesayangan Anda Tapi Jimat!

Percaya atau tidak, bila kita tengok artis pakai baju cantik cantik, mesti kita pun teringin pakai benda yang sama bukan? Tapi selalu juga tertanya tanya, berapa banyak artis habiskan duit untuk bergaya,bukan?

Percaya atau tidak, kami nak kongsikan dengan anda satu satunya tempat anda boleh shopping online dengan harga yang serius mampu milik. Di shopee.com.my, bukan nak cakap apalah, memang rambang mati jadinya lagi pulak bila tengok harga yang memang gila-gila.

1. Jaket Kulit

9-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Nak bergaya macam Aaron Aziz? Tiada masalah sebab di sini memang ada jual jaket seperti yang biasa anda tengok Aaron Aziz pakai? Cuba klik sini, tengok harga, confirm tak percaya.

2. Kaca Mata Hitam
10-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Selalu tengok Syamsul Yusof kacak habis bergaya dengan kaca mata hitam,kan? Jangan risau, sini boleh dapat harga baik punya, jimat pun jimat

3. Shawl Cantik

13-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Pilihan warna shawl yang Hanis Zalikha gayakan selalu cantik cantik,kan? Haa, di shopee ada jual juga ya pelbagai pilihan fesyen muslimah. Pilihlah selagi tak rambang mata.

4. Baju Kasual

7-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Suka betul tengok Shukri Yahaya bergaya dengan baju baju santai sebab pelakon ini memang pandai padankan warna dan juga baju yang sesuai. Saja nak kongsi, blazer kat sini harga memang puas hati.

5. Pengering rambut

11-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Anda mesti suka tengok rambut Anzalna Cantik semacam. Tapi ada benda asas yang anda perlu ketahui iaitu jangan malas yang anda kena tahu – jangan malas keringkan rambut. Kalau tiada lagi pengering rambut, boleh dapatkan yang comel comel di sini.

6. Legging

8-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Mesti anda pernah tengok Che Ta pakai legging,kan? Haa di sini pun ada jual juga. Macam macam pilihan ada dan yang penting sekali ada pelbagai saiz. Nak lagi cantik, jeans legging pun ada!

7. Platform

1-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Antara yang menarik tentang Neelofa ialah walau pakai macam mana simple pun, tetap nampak bergaya dan menarik. Neelofa selalu juga kenakan platform dan jika anda mahukan benda yang sama, inilah tempatnya.

8. Gincu

2-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Ha, kalau nak cakap pasal bibir mungil, tiada siapa boleh lawan Kilafairy. Boleh tengok pelbagai pilihan yang ada di sini. Memang makan masa berjam lamanya jugaklah jika dah sangkut nak pilih gincu.

9. Seluar Untuk Bersukan

12-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Sharifah Sakinah memang aktif sungguh dan dalam masa yang sama pandai bergaya dengan pakaian yang sesuai untuk bersukan. Jom pilih mana seluar yoga yang anda boleh dapatkan. Jangan lupa bersenam ya lepas beli seluar tersebut.

10. Skinny Jeans

6-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Nelydia Senrose memang pandai juga bab bergaya ini lagi lagi bila dia kenakan skinny jeans. Jangan risau, kena dengan bajet, anda juga boleh dapatkan pakaian yang sama.

11. Nampak Menarik Ketika Hamil

3-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Masa Nad Zainal hamil sebelum ini, memang pandai betul dia gayakan pakaian ibu mengandung. Kiranya apa saja yang Nad Zainal pakai ketika mengandungkan anak pertamanya, semua nampak selesa. Hebat juga Shopee sebab tidak lupakan pakaian ibu mengandung.

12. Jaket Bomber

5-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Memang ramai betul peminat wanita Fattah Amin tergilakan pelakon ini. Selalu juga tengok Fattah pakai jaket. Apa kata anda dapatkan Bomber Jaket, mana tahu nanti jadi hot macam Fattah?

12 Hari Ada Promosi Gila Gila, Diskaun Sehingga 90%!

1-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Jika anda masih terkejut tengok harga yang gila gila jimat di Shopee, di sini juga ada potongan harga sehingga 90% tau! Itu belum campur lagu dengan tawaran harga barang berharga RM1!

6-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Selain itu, dalam masa 12 hari itu juga terdapat pelbagai hadiah berbeza setiap hari. Hadiah pun bukan biasa-biasa tau. Memang Shopee nak bagi pelanggan mereka puas hati sempena ulangtahun pertama mereka.

ayda-jebat-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Malah pembaca Rotikaya juga berpeluang untuk dapatkan telefon OPPO F1s edisi terhad Ayda Jebat ketika pelancaran eksklusifnya di Shopee. Klik sini untuk mengetahui bagaimana anda boleh merebut peluang istimewa ini.

Tak cukup dengan diskaun, tawaran dan menarik ini, anda juga boleh memenangi hadiah di bawah dengan cukup mudah. Jom tengok anda boleh menang apa!

Ada iPhone 7 Plus 128GB untuk dimenangi

2-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Ini betul betul mengujakan, nak menang pun senang sebab hanya perlu komen dan share mengenai pertandingan ini di Shopee dan anda bakal berpeluang memenangi hadiah iPhone 7 Plus 128GB! Jangan lambat sebab pertandingan akan bermula dari 1 hingga 7 Disember ini saja.

Menang dapat pergi Australia

3-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Siapa tidak mahu menang, bukan? Percutian percuma daripada Flexiroam ini adalah satu perkara yang sangat dinantikan oleh orang ramai. Memang menyesallah siapa yang tak ambil peluang keemasan sebegini.

Traveloka bagi RM7,000

5-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Ini kepada pengguna yang bertuah, anda berpeluang untuk dapat hadiah percutian bernilai RM7,000. Macam macam boleh buat dengan jumlah sebanyak itu. Barulah syok menginap di tempat yang menarik dan selesa.

Bantal Emoji RM1?

7-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Memang betul betul Shopee ni nak bagi anda puas hati. Mesti anda pernah nampak bantal emoji macam ini’kan? Tapi harga yang dijual kadang kadang tak masuk akal. Tapi di Shopee, anda boleh dapatkan dengan harga RM1 sahaja. Khas untuk pengguna yang pertama kali menggunakan Shoppe. Tapi kena ikut cara di bawah, jom buat terus!

1. Muat turun aplikasi Shopee di Google Play atau App Store
2. Buka aplikasi, pilih ShopeeTreats
3. Pilih produk di Rotikaya #ShopeeMYBirthday
4. Bila dah pilih produk, tekan beli
5. Masukkan kod RKSHOPEE1 sebelum checkout

Tapi kena ingat ya, anda boleh menggunakan kod tersebut jika anda pelanggan pertama kali di Shopee dan tawaran ini hanya sah sehingga 12 Disember sahaja dan bergantung kepada stok.

Selain itu, memang untung betul siapa yang pertama kali membeli di sini sebab boleh dapat potongan harga RM7! Belanja lebih daripada RM30 dan anda layak untuk dapatkan tawaran ini. Caranya mudah saja, masukkan kod ROTIKAYASH1 ketika berada di halaman check out.

Jika anda tidak mahu ketinggalan perkara menarik, bolehlah ikuti mereka di Facebook. Selamat membeli belah dan berjimat!

Read more