Friday, December 30, 2016

Tips kemas beg sekolah anak darjah satu, lebih-lebih lagi anak lelaki - Nur Yursila

Minggu depan dah mula persekolahan 2017, pastinya ada sesetengah ibu bapa yang agak 'kalut' dalam membuat persediaan minggu pertama, kan? 

Usah bimbang, Puan Nur Yursila Mat Rani, sudah sediakan tips bagi memudahkan kerja anda. Tips yang dikongsi adalah berdasarkan pengalamannya sendiri ketika menguruskan anaknya yang baru memasuki persekolahan tahun 2016. Siap ada pack emergency money, menarik!


Oleh Nur Yursila Mat Rani

Tips kemas beg sekolah anak darjah satu, lebih-lebih lagi anak lelaki. Hehe. 

Sebenarnya applicable je untuk lower primary, sampai budak-budak besar sikit dan pandai urus buku serta barang-barang sekolah. 

2017, Aiman darjah satu dan Adam dah darjah dua. Jadi, ini adalah pengalaman sikit yang kita belajar dari tahun 2016 dulu. Hehe.


KEDAI ALAT TULIS MUMMY

Ini kalau hilang stationery, nak mintak baru, Mummy charge lima kupang sorang. Tu dah diskaun dari bookshop sekolah ok. 

Organize everything in one place. Senang especially for the busy days ahead. This year, crayons and watercolors semua all prepared. 

Tak macam tahun lepas, tak tau apa Adam belajar apa masa Pendidikan Seni, tau tau time nak exam ada yang kena guna crayons, ada yang watercolors, ada yang kertas warna and etc. Ha, kelam kabut masa tu nak pilih soalan mana nak jawab sebab bahan tak cukup hehe.

Plus, bila letak setempat ni mudah untuk orang lain tolong jugak. Sebab next year, ada baby, kalau Mummy tak sempat tengok, boleh mintak tolong Ayah, Maktok ke Tokwan ke and senang nak bagitau dekat mana barang-barang. Terutamanya the daddy. Kalau kita minta tolong cari barang, kena exact location tu dengan pandangan berapa degree ahahaha. Sebab dia takkan tengok tepi sikit ke, bawah sikit ke, belakang sikit ke. Hehehe.


NAME STICKER LABELS

Jimat masa menulis hehe. Big and bold, ini kalau hilang juga taktau nak kata apa la. Kalau tersalah masuk beg kawan ke apa, senang kawan nak perasan and boleh pulangkan balik hehe.

Tahun lepas rajin tulis each and every book, tapi tahun dua anak sekolah hahaha sudah tiada keupayaan nak tulis. DIY sticker senang. Tak cukup boleh print lagi.


LABEL BARANG-BARANG

This year Mummy labelkan semuaaaa barang. Termasuklah 48 batang pensil warna sorang, dua orang dah 96 batang. Yerlah, kalau anak kita pakai Faber Castel, kawan sebelah pakai sama, dahhh tiba-tiba dalam box tu ada dua warna biru la, merah la. 

So semua benda I label. Dengan pesanan berulang kali, "bawa balik barang-barang yang ada label nama saja. sebab anak mummy dengan ayah nama dia Adam Haris and Aiman Haris only'. 

Tu pun Aiman jawab, "kalau barang baru beli from bookshop, takda sticker? so tinggallah dekat sekolah". Lepas tu dia kata kalau kawan cabut sticker, barang nak tinggal dekat sekolah jugak ke. Isk, banyak pulak kebarangkalian dia.


STICKER LABELS

Waterproof. Tulisan tak payah lengkoi lengkoi sangatlah. Biar clear clean bold. Senang anak kita baca, senang kawan-kawan dia baca jugak.

Yang tanya mana buat sticker silver ni, I buat dekat Ikano. Yang ni kecik je, just nice untuk label barang-barang sekolah. RM6-7 for 100pcs. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 

Selalunya booth-booth dekat hypermarket Giant or Tesco ada jugak jual stickers ni. Buat dapat terus. Sticker besar for books je I design and print sendiri, guna sticker paper beli from bookstore.


EMERGENCY MONEY (RM2 pack & seal)
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Ini sebenarnya Maktok Adam punya amalan. Kita selit dalam beg belah bawah. Or macam Adam & Adam, dalam bag tu ada satu compartment untuk file, so kita letak dekat situ.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Explain to them what the money for. Selalunya Adam guna kalau time bekal tertinggal, duit belanja lupa bagi or tiba-tiba ada buku tulis yang tak ada then kena beli from bookshop. Or ada la sekali dua dia bagi time donation.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kena pesan jangan beli benda merapu, jangan tunjuk pada kawan and etc. Ini pun masa awal-awal dulu, Adam pi jadi ceti dekat sekolah. Kerja dok bagi kawan pinjam duit. Tapi kalau dah hari-hari, macam kena pau pulak. So kita orang pesan, "either you jaga your duit, or lepas ni tak ada duit belanja langsung dah." 

Tapi ni Adam la, sebab dia memang tak beli makanan merapu or jajan. Aiman nanti haha taktau la apa cerita.


EMERGENCY STATIONERY KIT

Ha, banyak betul emergency pack eh. Tapi percayalah sangat berguna. Tak berat mana pun. Pack duit and pack alat tulis ni sorok je dalam compartment belah dalam beg tu. 

Adam pernah tertinggal kotak pensel masa exam akhir tahun. Panik Maktok dia hehehe. Tapi dah tau ada spare kit dalam beg sekolah dia, so kurang sikit kerisauan, but still pergi hantar jugak kotak pensel dia. 

Ni Maktok punya idea jugak. Maybe sebab Maktok cikgu kot hahaha so dah tau dah possibility kes-kes macam ni.


POCKET FILE

Penting jugak. Pocket file. Sebab budak-budak ni dekat sekolah banyak guna kertas, lagi-lagi standard one during the first month. Banyak drawing, coloring, writing on paper.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Tak termasuk derang koyak buku and buat drawing. Kadang-kadang tak siap kerja dekat sekolah, cikgu suruh sambung dekat rumah. Kalau tak bagi file, dia suka hati je lipat and sumbat je dekat mana-mana dalam beg. Kadang-kadang crumple kronik kertas tu. Ni untuk lower primary la, sementara nak pandai urus buku and barang sendiri.

So far, pocket file ni bertahan. Bukan plastik lembik tu, nanti lunyai jugak akhirnya. Kalau yang macam box tu, takut berat beg. Sebab Adam dulu, rasa macam beg sekolah dengan tuan pun sama berat hehe. - Nur Yursila Mat Rani
Read more

Antara Tempat-Tempat Afdhal Berdoa


Antara Tempat-Tempat Afdhal Berdoa Adalah:
  1. Dalam Masjid Al-Haram, terutama di hadapan Kaabah.
  2. Multazam, diantara Hajar Aswad dan pintu Kaabah.
  3. Ketika melihat Kaabah.
  4. Ditempat Melakukan Tawaf.
  5. Di sisi Telaga Zam-zam ketika tenggelam matahari.
  6. Di belakang Maqam Ibrahim di Masjidil Haram.
  7. Di Hijir Ismail.
  8. Di sisi Multazam.
  9. Di bawah Pancuran Emas.
  10. Di tempat Sa’i.
  11. Di atas Bukit Sofah.
  12. Di atas Bukit Marwah.
  13. Di Padang Arafah.
  14. Di Arafah terutama selepas Asar menjelang tenggelam matahari.
  15. Di Muzdalifah.
  16. Di Mina.
  17. Di sisi Jamrah Al-Ula.
  18. Di sisi Jamrah Al-Wusto.
  19. Di sisi Jamrah Al-’Aqabah.
  20. Dalam Masjid Nabawi (di Madinah), terutama di Raudhah.
  21. Di Masjid Al-Aqsa, Baitul Muqqadis.
  22. Di makam para Nabi dan Rasul.
  23. Di dalam semua masjid.
  24. Di tempat yang sunyi.

Rajah 13 Tempat Mustajab Berdoa Di Sekitar Makkah
  1. Hajar Aswad (batu dari syurga).
  2. Multazam / Hateem
  3. Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.
  4. Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.
  5. Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).
  6. Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).
  7. Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).
  8. Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).
  9. Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).
  10. Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).
  11. Rukun Yamani
  12. Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).
  13. Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).


via Bin Usrah
Read more

Doa Melakukan Sesuatu Pekerjaan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
.
Banyak khasiat dan fadhilat dengan membaca ‘Tawauz‘ dan ‘Basmallah’ .   ‘Bismillahirrahmanirrahim’ mengandungi Asma Allah yang Maha Agung, sesiapa mengamalkannya akan memperolehi keberkatan yang besar.


via Bin Usrah
Read more

Fadhilat Dan Khasiat Ta’awwuz

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‘Ta’awwuz’ ialah ucapan “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim” yang diucapkan sebelum membaca ‘Bismillah’ apabila kita membuat sesuatu, kerana dengan bacaan ” Ta’awwuz ” akan membersihkan lidah daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan.
Firman Allah SWT :
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّـهِ ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٠٠﴾
“Jika engkau diganggu Syaitan dengan sesuatu gangguan, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Al A’raf : ayat 200)
Hadits yang diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud, Ibnu Majah, Daraquthni dan Hakim, menyatakan, bahawa Nabi biasa membaca Ta’awwudz yang berbunyi:
“A’UUDZUBILLAHI MINASY SYAITHONIR RAJIIM MIN HAMAZIHI WA NAFKHIHI WANAFTSIHI”

.
Atau mengucapkan:

“A’UUZUBILLAHIS SAMII’IL ALIIM MINASY SYAITHONIR RAJIIM.” 
(Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud dan Tirmidzi r.a.).
.
Ucapan Ta’awwuz itu ibarat meminta izin dan ibarat mengetuk pintu, seumpama seseorang yang hendak masuk ke istana berkata-kata dengan Raja, maka hendaklah dibersihkan dirinya daripada kekotoran. Hukum membaca Ta’awwuz itu sunat dan ia adalah sunnah Nabi SAW.
.
.

Bertawakal Kepada Allah SWT

Membaca ‘Doa Ta’awwuz’ disunatkan dalam setiap raka’at solat, begitu juga ketika membaca Al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala:
فَإِذَا قَرَ‌أْتَ الْقُرْ‌آنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّـهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّ‌جِيمِ ﴿٩٨﴾ إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَ‌بِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٩٩﴾
“Apabila engkau membaca Al Quran, maka ucapkanlah ” A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim.” Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang-orang beriman yang bertawakkal kepada Allah.” ( An Nahl : 98 – 99)
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang yang beriman kepada Allah untuk masuk ke dalam perangkapnya. Maka pengertian daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa Ta’awwuz seseorang mukmin itu adalah merupakan satu cara untuk bertawakal kepada Allah SWT.
.
.

Penyapu Al-Quran

Diterangkan oleh Ibnu Abbas r.a. : “Kebesaran Al Quran itu dengan A’uzubillahi minas syaitonir Rajim dan pembukaan Al Quran itu dengan Bismillahirrahmanirrahim.”
Berkata ulama’ bahawa A’uzu itu adalah seperti penyapu Al Quran… Maka setiap orang yang hendak membaca Al Quran, perlulah menyapu hatinya dari segala keraguan dan was-was. Dan berkata Al Hassan bin Abi Tolib : “Sesiapa yang membaca “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim “ itu, maka tidak ada jalan Syaitan yang boleh menggodanya.”
.
.
Khasiat Lain Membaca Ta’awwudz;
1.  Mengutuk Syaitan
2.  Dapat Mengusir Syaitan
3.  Mengatasi Mimpi Buruk
4.  Menhilangkan Perasaan Takut
5.  Menghentikan Pertanyaan Menyesatkan
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Syaitan akan menghampirimu dan bertanya: “Siapakah yang menciptakan ini dan itu?” sehingga akhirnya dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan tuhanmu ini?” Apabila sudah sampai di situ, maka berlindunglah kepada Allah SWT (mengucapkan : A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim).” (HR.Muslim)
Ketika duduk bersendirian dan mengagumi alam, sering muncul difikiran betapa indah ciptaan Allah SWT, kita pun menyedari segala sesuatu itu memang terjadi kerana Kehendak-Nya, namun pada tika itu syaitan mencari kesempatan untuk menyesatkan,dengan memberi pertanyaan yang menyesatkan,hingga akhirnya,kita boleh terjerumus menjadi musyrik, A’uudzubillaah minzalik.
.
.

Mengalahkan Syaitan

Kebanyakan hati manusia dikalahkan oleh Syaitan yang telah berjaya menyerap masuk ke dalam hatinya dengan pengaruh nafsu. Sehingga hati itu memilih keduniaan dan melupakan akhirat. Hal ini tidak dapat dikalahkan melainkan manusia itu kembali kepada zikir Allah ( mengingati Allah ) dan membanyakkan membaca Ta’awwuz.
.
Berkata Jabir bin Ubaidah Al Adawi : Saya pernah mengeluh kepada Al A’la bin Ziyad : tentang was-was yang terdapat di dalam dada saya. Maka ia berkata : “Bahawa Hati itu umpama sebuah rumah yang dilalui beberapa pencuri. Pencuri-pencuri itu berusaha mencuri apa-apa yang menjadi kegemarannya di dalam rumah tersebut. Tetapi jika di dalam rumah tersebut tidak mempunyai apa-apa, maka pencuri-pencuri itu akan melalui sahaja rumah itu dan akan meninggalkannya. Iaitu hati yang bersih daripada syahwat nafsu tidak akan dimasuki Syaitan.”
.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya hamba-hambaKu itu tidak ada kekuasaan bagimu ( Syaitan ) ke atas mereka.” (Bani Israil : 65)
Dan Firman Allah SWT lagi: “Bahawasanya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka diganggu oleh Syaitan, lantas mereka ingat kepada Allah, maka jika begitu mereka akan melihat.” (Al A’raf : 201)
Untuk mengalahkan Syaitan hati perlu diisi dengan zikrullah dan iman. Sifat iman ilmu yang belum lagi meresap ke dalam hati boleh naik dan adakalanya turun. Maka ianya perlu dibajai dan disuburkan dengan ibadah dan mujahadah yang ikhlas dan tawadhuk.
Seterusnya akan timbul di dalam hati rasa kebesaran Allah, hati akan lebih mengenal Allah, takut kepada Allah, menghina diri dan malu dengan Allah SWT, takut ancaman Allah dan harap akan nikmat Allah, terasa gerun dan cinta kepada Allah Ta’ala.
Maka secara sendirinya hati akan beramal dengan amalan yang baik dan sentiasa mengingati Allah dengan zikrullah yang akhirnya mendatangkan ketenangan pada batin manusia dan akan memundurkan Syaitan daripada menguasai hati kita.
Rasulallah SAW bersabda : “Tergesa-gesa itu daripada Syaitan dan tenang itu dari Allah.”
.
Bagi menyelamatkan mereka dari dikuasai oleh nafsu dan Syaitan laknatullah alaih di dalam melaksanakan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT, perbanyakkanlah membaca A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim sebagai satu zikir dan senjata di dalam usaha kita menghindarkan diri kita daripada gangguan dan godaan Syaitan.
.
Selamat Mengamalkan Bacaan Ta’awwuz. Semoga Kita Selalu Dilindungi Oleh Allah SWT. Amiin!
Wallahu A’alam Bissowab


via Bin Usrah
Read more

Cara Dan Doa-Doa Wuduk

Sebelum berwuduk hendaklah membersihkan bahagian mulut terlebih dahulu dengan menggunakan kayu sugi atau berus gigi dan berkumur kemudian basuhlah kesemua anggota wuduk dengan sempurna tanpa pembaziran air.
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak (bersugi) pada setiap kali wuduk.”  (Hadis Riwayat Ahmad)
.

1.   Mulakan dengan bacaan  Bismillah beserta bacaan doanya:

Serulah nama Allah pada permulaan wuduk dengan berkata: Bismillah (perlahan atau kuat).
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada wuduk untuk mereka yang tidak menyebut nama Allah atasnya.” (Riwayat – Ibn Maajah, At-Tirmizi, Abu Daud, dan lain-lain)
.
.

2.   Membasuh jari-jemari hingga pergelangan tangan sambil membaca:

Humran r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk lalu membasuh tangannya tiga kali … kemudian berkata, “Saya melihat Rasulullah SAW berwuduk, sama seperti yang telah saya berwuduk tadi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 .
.

3.   Berkumur-kumur dan membaca:

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kamu berwuduk kemudian basuh mulut.”(Riwayat Al-Baihaqi)
 .
.

4. Masukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya kembali (istinsyaq):

     a.   Masukkan air ke dalam hidung sambil membaca;
.
      b.   Mengeluarkan air dari hidung, membaca:
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berwuduk, hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
.
Abd Khair r.a.berkata: “Kami sedang duduk melihat ke arah Ali r.a., dimana beliau berwuduk dan memasukkan air ke dalam mulutnya dengan tangan kanannya dan membasuh mulut dan hidung, kemudian dikeluarkan dari hidungnya dengan tangan kirinya dia berbuat tiga kali, kemudian berkata: “Sesiapa yang ingin melihat cara penyucian Rasulullah SAW, maka ini adalah penyuciannya.” (Riwayat – Ad-Daarimee)
.
.

5.   Membasuh muka 3 kali sambil berniat mengambil wuduk.

      a.   Niatnya:
    .
     b.   Seiring itu disunatkan juga membaca:
 .
     c.   Bersihkan muka 3 kali dari atas dahi ke dagu dan dari telinga ke telinga.
.
Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berniat untuk mendirikan solat, basuh muka dan tangan sehingga ke siku, gosok (dengan melepaskan tangan basah ke atas) kepala kamu, dan (basuh) anda kaki sehingga ke buku lali … ” (Al-Ma’idah 5:06)
.
Humran Ibn Abaan r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk sebagaimana Rasulullah SAW berwuduk. Humran r.a. berkata: “Kemudian baginda mencuci mukanya tiga kali.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim)
.
.

6.   Membasuh kedua tangan sampai ke siku, sambil membaca doa:

         a.  Ketika membasuh tangan kanan:
    .
         b.  Ketika membasuh tangan kiri:
Nu’aim Ibn Mijmar r.a.berkata: “Saya melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia membasuh mukanya dan menyempurnakan wuduk, kemudian mencuci tangan kanannya sehingga dia sampai ke lengan, kemudian tangan kirinya sehingga dia sampai ke lengan.” dan pada akhirnya dia berkata: “Ini adalah bagaimana saya melihat wuduk membuat Rasulullah SAW.” (Riwayat – Muslim)
.
.

7.  Menyapu air ke  sebahagian  kepala sambil membaca:

“Nabi Muhammad SAW menyapu kepalanya dengan dua tangan, menggerakkan ia ke hadapan dan ke belakang, bermula dengan bahagian depan kepala sehingga ke tengkuk Baginda, kemudian kembali semula ke tempat dari mana ia mula.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, dan lain-lain)
 .
.

8. Membasuh bahagian luar dan dalam kedua belah telinga sambil membaca doa:

Daripada Abdullah ibn Amr r.a. tentang cara melaksanakan wuduk Rasulullah SAW: “Baginda SAW menyapu kepalanya dan memasukkan jari telunjuk ke dalam telinganya dan menyapu belakang telinganya dengan ibu jari.” (Riwayat – Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn Maajah, Ibn Khuzaimah)
 .
.

9.   Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

       a.  Semasa membasuh kaki kanan, disunatkan membaca:
.
         b.  Sewaktu membasuh kaki kiri disunatkan membaca:
Ibn Umar r.a. berkata; “Rasulullah SAW dalam perjalanan, jauh di belakang kami dan kemudian datang kepada kami ketika sudah tiba masanya untuk solat Asar. Kami mula berwuduk dan lap kaki kami, kemudian baginda menyeru; “Celakalah buku lali dari api neraka. (Dua atau tiga kali).” (Riwayat – Al-Bukhari dan Muslim)
Al-Mustaurad r.a. berkata; “Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan memasukkan air antara jari-jari kaki dengan jari kecilnya.” (Riwayat – Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibn Maajah).
.
.

10.   Doa Wuduk.  

Menghadap ke arah kiblat dan membaca doa wuduk:
.
Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki. (Hadis Riwayat Muslim).


via Bin Usrah
Read more

Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
.
.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎
.
.

Pendapat Ulama’

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
.
.

Amalan

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar


‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


via Bin Usrah
Read more