Saturday, April 29, 2017

Juliana Evans, Tengku Sharifuddin Selamat Diijabkabul

Tahniah diucapkan buat pelakon jelita Juliana Evans yang telah pun selamat diijabkabulkan dengan Tengku Sharifuddin yang juga merupakan kerabat diraja Selangor. BACA:...
Read more

GST: Mufti Penang kata haram, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kata hukumnya harus selagi terdapat keperluan untuk negara & rakyat


SHAH ALAM - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd berkata, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan pada masa ini telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah, lapor Sinar Harian.

"Sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintah oleh Allah SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya. 

"Dari segi perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah. Perlaksanaan GST perlu dikaji semula agar ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil. 

"Cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat," katanya. 

Lapor Astro Awani, pada Oktober tahun lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menyatakan hukumnya harus selgai terdapat keperluan untuk negara dan rakyat. 

Pengerusinya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, tidak salah kerajaan mengenakan GST sekiranya pelaksanaannya berlandaskan hukum syarak. 

"Selagi kerajaan komited dalam melaksanakan syariat Islam dan memastikan cukai yang dikutip adalah untuk kebaikan negara dan rakyat, GST boleh dikenakan," katanya. - The Reporter
Read more

'Ya Allah, kalaulah suami aku khianati aku, curangi aku, biarlah malam ini dia kemalangan'



Assalamualaikum. Sekadar nak kongsi pengalaman. 

Saya sudah16 tahun berkahwin dan dikurniakan tiga orang anak. Saya dan suami sebaya, berkahwin awal pada usia 21 tahun. Selepas tamat SPM, saya sambung belajar, manakala suami terus bekerja. Mak mentua yang beria-ria mahu kami kahwin awal. Belum sempat saya habis belajar, saya dah berkahwin. 

Di awal perkahwinan, kami PJJ selama setahun. Tamat pengajian, saya pun melahirkan anak sulung. Allah permudahkan urusan saya. Selesai saja berpantang, saya ditawarkan kerja di bandar yang tidak jauh dari kampung. Alhamdulillah, rezeki anak. 

Kami menyewa sebuah rumah kampung sahaja pada waktu itu. Tidak lama selepas itu, ujian pertama dalam perkahwinan, suami dah pandai balik lewat setiap hari. Hati saya dah syak macam-macam. Semakin lama, keadaan semakin teruk. Yang paling membuatkan saya rasa geram, rumah saya terbakar dan puas saya menelefon dia, tak dijawab. Mujurlah pada waktu itu ada jiran-jiran yang baik membantu. 

Menjelang tengah malam, barulah dia pulang. Masa itu dia memang menyesal sebab tak jawab panggilan saya (waktu itu saya guna telefon jiran, telefon bimbit tak ada line dan tak dapat nak hantar SMS). 

Selepas kejadian itu, saya terpaksa menumpang di rumah mak saya. Tetapi suami masih lagi buat perangai. Jam 2-3 pagi baru pulang ke rumah. Saya malu dengan keluarga saya sebab mereka sudah mula 'bersuara' Akhirnya saya tak tahan dan berdoa. 

"Ya Allah, kalaulah suami aku khianati aku, curangi aku, biarlah malam ini dia kemalangan" 

Masa itu saya dah geram sangat dan mendoakan suami ditimpa kemalangan. Selepas tersedar, saya istighfar semula. Mungkin doa saya, doa hamba yang teraniaya agaknya, Allah makbulkan doa saya. 

Dalam jam 5 pagi, saya terdengar bunyi kereta di luar rumah tetapi bukan kereta dia. Bila saya buka pintu, tengok suami dengan lebam dan luka sepanjang satu inci di kepala. Katanya kemalangan langgar babi. Mengucap saya pada waktu itu dan terdetik dalam hati, "Allah perkenakan doa aku?", menjadikan hati saya kuat mengatakan dia memang ada melakukan sesuatu di belakang saya. Tetapi saya bersabar dan tidak mahu bergaduh di rumah mak saya. 

Tidak lama selepas itu, kami berpindah ke rumah lain. Masa itu saya mula siasat. Saya perasan dia selalu menyorokkan telefon bimbitnya. Suatu pagi, sewaktu dia sedang mandi, saya mencari telefonnya. Bila terjumpa, saya terus buka telefon itu dan mendapati ada mesej dari perempuan yang 'ber'abang-abang' dengannya. Saya tunggu dia di pintu bilik.

Selesai saja dia mandi, saya tanya dia siapa perempuan yang dia sms itu? Dia diam. Saya lempar telefon itu ke dinding, hancur! Sebelum itu saya dah salin siap-siap nombor telefon perempuan itu. Suami saya merayu-rayu dan menangis takkan buat lagi. Dia merayu agar saya tidak tinggalkan dia. 

Saya pergi kerja seperti biasa. Sampai di pejabat, saya menghubungi perempuan itu dan ceritakan hal sebenar dan ajak dia berjumpa. Perempuan itu kata, dia tidak tahu yang suami saya sudah berkahwin. Suami saya selalu balik lambat sebab keluar dengan dia sehingga larut malam. Perempuan itu berjanji yang dia tidak akan kacau suami saya lagi.

Tetapi saya tak bodoh. Keesokannya saya pergi mengintip dia di tempat kerja dan ternyata mereka masih berjumpa lagi. Masa itu saya tak ada kereta dan saya mengekori mereka menggunakan teksi. Rupa-rupanya mereka pergi makan tengah hari bersama. Memang saya geram pada waktu itu dan terjah mereka yang sedang makan. Air sirap di atas meja, saya simbah atas muka suami dan perempuan itu. 

Dengan nada lembut dan manja, saya kata, "Abang, sila pilih saya atau perempuan ini?" 

Suami bangun dan kata pilih saya.

"Kenapa ganggu suami saya lagi?" soal saya pada perempuan itu. 

"Sebab tak boleh nak lupakan dia," jawabnya. 

"Lepas ni kau jaga, aku akan upah seorang perempuan untuk kacau ayah kau. Aku tak boleh buat engkau, aku akan buat pada keluarga engkau. Aku dah siasat dan aku tahu semua pasal engkau, mak ayah engkau, adik beradik engkau (sedangkan saya tak tahu apa-apa pun, gertak saja lebih)," kata saya sebelum beredar dari situ dan suami mengekori dari belakang. 

Selepas kejadian itu, suami saya jadi lelaki mithali untuk beberapa bulan. Saya pula mengandung anak kedua dengan harapan bila bertambah anak, suami akan lebih bertanggungjawab.

Lahir saya anak kedua, sekali lagi suami buat perangai dengan budak perempuan berhampiran dengan rumah sewa kami. Suami siap hantar dia pergi kerja bagai. Sekali lagi saya kumpul bukti dan bila bukti sudah mencukupi, terus pergi serang. Kali ini sayab elasah kedua-duanya sekali. 

Perempuan itu tahu suami saya sudah berkahwin dan ada anak, tetapi gatal juga nak melayan. Hati saya sudah mula tawar, tetapi masa itu saya muda dan takut kalau bercerai, mesti keluarga akan salahkan saya. 

Tetapi hati saya berdendam dengan suami dan mulai dari hari itu, saya tidak bertolak ansur dah dengan suami. Gaji saya, saya gunakan sepenuhnya untuk saya. Saya tak bayar ansuran kereta sebab kereta atas nama dia. Saya beli makanan untuk saya dan anak-anak sahaja. Gaji saya dijoli bersama dengan anak-anak. Akhirnya kereta dia ditarik, saya buat tak tahu saja. 

Maka dia pun pergi kerja jalan kaki. Kawan-kawan dulu semua menghilangkan diri. Keperluan anak, 100% saya minta dari dia. Susu anak tak ada, saya minta dia pergi belikan. 

"Nak pergi dengan apa? Kereta tak ada. Tunggu balik kerja esok, saya belikan," katanya. 

"Pergilah jalan kaki! Anak nak susu, tak boleh tunggu esok!" balas saya. 

Tidak lama selepas itu, suami naik pangkat dan gaji pun naik. Suami sambung bayar kereta kawan dia, Proton Iswara. Bila dah ada kereta, dia beli pula telefon baru. Dia terlupa yang dia masih dalam pemerhatian saya lagi.  Dan sekali lagi dia buat perangai. suami saya yang gatal sebenarnya, sibuk bermesej dengan perempuan lain. 

Bila dia kantoi, sekali lagi telefonnya menjadi mangsa, pecah telefon itu saya kerjakan. 

"Siapa perempuan itu?!" soal saya tanpa dijawabnya. 

Memang masa itu saya naik angin dan saya kejar dia dengan pisau pemotong daging. Mujur dia sempat masuk bilik dan kunci pintu. 

Selepas peristiwa itu, saya memang berdendam dengan dia. Hidup dia pun kucar-kacir sampai kena buang kerja sebab selalu datang lambat. Sejak kes itu, saya memang abaikan dia walaupun serumah. Saya siap pergi kerja, di saya tak pedulikan langsung. Anak-anak saya tinggalkan dengan dia. Pandai-pandailah dia nak uruskan. Sebab itu dia selalu lambat pergi kerja. 

Selepas dia dibuang kerja, kereta tak mampu bayar dan diambil oleh kawannya semula. Saya memang tak tolong. Masa itu saya tak ada kerja lagi, saya pergi kerja naik bas atau teksi. Saya rela susah naik bas dari beli kereta sebab saya tahu kalau saya beli kereta, mesti dia yang akan tumpang senang. 

Setiap malam saya akan terbayangkan kecurangan suami. Hati rasa macam terbakar. Waktu itu saya tak boleh tengok muka dia, geram sangat. Saya nak dia rasa macam mana saya rasa. Keesokkannya sebelum balik kerja, saya pergi ke bandar belikan sebuah telefon yang paling murah dan kad sim baru. Saya guna nombor baru itu untuk sms ke nombor saya kononnya ada orang lain yang hantar pada saya. Sengaja saya simpan semua sms cintan-cintun dalam telefon itu.

Dua tiga minggu itu saya asyik dengan telefon, tak berenggang dengan telefon. Sebenarnya waktu itu, tak ada apa-apa pun tetapi saya sengaja berlakon supaya dia curiga. Memang dia nampak curiga sebab dia dah mula tegur saya bermesej dengan siapa. 

Dah banyak mesej romantik dalam telefon saya dan saya tinggalkan telefon di rumah sewaktu saya pergi kerja. Telefon baru itu memang ada dengan saya. Tengah hari itu, dia menghubungi nombor baru, saya cuma tersenyum dan biarkan panggilan itu tanpa dijawab. Banyak kali dia menghubungi nombor baru ini, tetapi saya tak jawab sehinggalah dia menghantar sms, 

"Kau sape? Kenapa ganggu isteri aku?! Jawab call aku!" 

Saya rasa puas hati, saya nak dia rasa apa yang saya rasa. Biarpun terpaksa berlakon. Tidak lama selepas itu, dia datang ke pejabat saya dengan kereta kawannya. Dia bawa saya pergi makan dan tanya siapa lelaki yang sms saya itu. Saya hanya ketawa dan tanya dia,

"Pedih tak, bang?"

Saya tinggalkan dia dan terus balik ke pejabat. Sejak dari itu suami berubah. Setahun saya ambil masa untuk ikhlaskan hati untuk menerima dia. Tiap-tiap malam saya terbayangkan semua perkara yang dia sudah buat pada saya. Kesusahan dan keperitan saya pada waktu itu sukar saya nak gambarkan dengan perkataan. 

Akhirnya saya terima dia, saya mohon ampun pada dia, cium tangan dia. Saya tahu saya pun banyak buat salah dan kadang-kadang tak dapat menahan marah bila tahu dia curang dan mengkhianati saya. Suami menangis teruk waktu itu, dia beritahu saya yang dia sudah rasa apa yang saya rasa dan dia menyesal.

"Ini peluang terakhir saya beri pada abang. Abang berubahlah betul-betul," kata saya pada dia. 

Alhamdulillah, suami pun sudah berubah. Sekarang dia pun sudah berniaga sendiri. Pernah sekali gulung tikar, tiga tahun kemudian kami cuba lagi. Alhamdulillah, rezeki Allah. Anak pun dah bertambah seorang lagi. Kami pun dah semakin matang, ada bergaduh sekali sekali tetapi bukan disebabkan orang ketiga.

Semua perniagaan dia saya yang uruskan. Dia jadikan saya orang terpenting dalam hidup dia dan saya pun jadikan dia orang yang terpenting dalam hidup saya. Apa-apa saja perkara, kami akan maklumkan walaupun perkara kecil. 

Dugaan semalam walaupun pedih, mengajar kami banyak perkara. Banyak yang kami sudah tempuh. Yang akan datang, kami memohon pada Allah kuatkan hati kami untuk menempuhi segalanya bersama-sama. 

Sekarang suami banyak masa di rumah. Cuma saya kadang-kadang bosan bila dia di rumah sebab suami sekarang dah dapat hobi baru, membebel. Meningkat usia ini jadi kaki bebel pula. Tetapi saya terima daripada jadi kaki perempuan. 10 kali saya lebih rela suami jadi kaki bebel seperti karang. Doakan kami berkekalan ke jannah. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Jadikan Allah utama dalam hidup kita. InshaAllah kita akan kuat berdepan ujian Allah. 
Read more

Ini Rahsia Nabi Muhammad SAW Tak Pernah Sakit Perut Walaupun Sehari Dalam Hidupnya. Amalkan dan Sebarkan !!



Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-

1. Susu dengan ikan

2. Cuka dengan susu

3. Buah-buahan dengan susu

4. Daun salad dengan ikan

5. Bawang putih dengan bawang merah
(jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)

6. Daging segar dengan daging kering

7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka

8. Cuka dengan nasi

9. Buah delima dengan serunding

10. Telur dengan ikan.

**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.

**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!

Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya daripada cara pemakanan diatas)

2. Senaman sebelum makan.

3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang ?jam)

4. Jangan makan buah selepas makan.

5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.
6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)

7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma

8. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi)

9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.

10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.

11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.

**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasululah memberi amaran bahawa "perut adalah punca penyakit". Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. Namun, nampaknya saya juga tertarik dengan amalan pemakanan Rasulullah. Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.

Setelah google banyak artikel/blog kesihatan, ini hasilnya untuk nota sendiri dan sebaran. Namun begitu, tiada rekod/citation sumber asal dicatatkan (jadi kesahihan tips ini masih boleh diragukan, wallahualam).

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Jangan Makan/Minum
Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad

2. Cara Makan
Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

3. Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat
Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

Tahukah Anda
Apa Yang Kita Tahu, Apa Yang Kita Tidak Tahu?

Kita tahu...
kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa kalau nak dapatkan vitamin B, kalau nak tambah darah dalam badan, kita kena makan hati haiwan atau hati ayam.

Kita tidak tahu...
sebenarnya Nabi tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. maka, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kita tahu...
kita diajar di dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.

Kita tidak tahu...
sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad s.a.w selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Malahan, Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

kita diajar melalui iklan TV bahawa makan McDonalds adalah bagus.

Kita tidak tahu...
sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG,
kolesterol dan paling banyak lemak tepu trans.

Kita tahu...
para kafir juga menggalakkan melalui iklan kita minum dan makan makanan yang langsung tidak berkhasiat,
contohnya coke dan maggi.

Kita tidak tahu...
Coke tu sangatlah beracun, ianya sangat tidak bagus untuk kesihatan. ini kerana ianya mengandungi paras gula tinggi, sifatnya yang berasid, pH dalam lingkungan 3.5, malahan ada racun tersembunyi.

Kita tahu...
mereka menguar-uarkan kebaikan minum soya.
sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar,

Kita tidak tahu...
sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab di dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. soya juga ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas.

via Bin Usrah
Read more

Mufti Setuju Cukai GST Yang Dilaksanakan Ketika Ini Adalah Haram


Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kini telah menimbulkan pelbagai masalah dan menambah beban kepada rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, lapor Sinar Harian.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam satu kenyataan telah menyokong yang perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan ini adalah Haram.

Ini kerana menurut beliau sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.

“Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi.

“Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil,” katanya.

Oleh itu, Wan Salim berkata, dari perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor,” katanya.

Beliau juga mencadangkan agar pelaksanaan GST dapat dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil di mana cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga menegaskan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dikenakan kepada rakyat negara ini berikutan kaedah tersebut hanya membebankan.

"Kaedah pencukaian sebenarnya tidak wujud dalam hukum syarak dan kerajaan tidak sewajarnya mengenakan GST kepada rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan itu bagi memberi keuntungan kepada negara.

“Walaupun ia menguntungkan kerajaan, namun ia telah membebankan rakyat dan kaedahnya adalah tidak kena,” katanya.

Beliau turut menyokong yang perlaksanakan GST ini hanya dikenakan kepada peniaga tanpa melibatkan rakyat negara ini.

“Jika nak laksanakan GST, sewajarnya ia dikenakan kepada golongan peniaga dan usahawan.

“Jangan kenakan kepada pembeli kerana mereka akan semakin terbeban dengan pelaksanaan oleh kerajaan ini,” katanya.

Semalam, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah haram dan tidak menepati syariat Islam. - 

Sumber : Siakapkeli

via Bin Usrah
Read more

Buku Fattah Amin Paling Popular Di PBAKL 2017

Siapa sangka disebalik kecaman dan sindiran orang ramai mengenai penghasilan buku, 99 Kata-Kata #QalifModen, kini Fattah Amin mampu tersenyum lebar apabila bukunya...
Read more

“Kontroversi Cinta Rapatkan Hubungan kami”

Mengakui Elfira Loy antara wanita yang paling rapat dalam hidupnya sekarang, Sufian Suhaimi tidak menafikan kontroversi cinta antara mereka sedikit sebanyak merapatkan...
Read more

Perhatian Para Wanita Yang Mahukan Fizikal Dan Peribadi Yang Lebih Cantik. Boleh Amalkan 6 Ibadah Ini...




Secantik manapun wanita yang sering merawat diri di salon, kalau tidak diimbangi dengan kebaikan hati atau kekuatan ibadah, lama-lama akan kelihatan seperti barbie yang tak bernyawa.

Jika ingin wajah kita lebih bersinar dan cantik jelita, jangan hanya sibuk ke salon dan merawat diri di rumah, imbangi dengan 6 ibadah yang boleh memancarkan cahaya kecantikan, berikut senarai ibadah yang boleh diamalkan:

1. Senyum

 “Senyummu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah.” (HR. Tirmidzi 1956, ia berkata: “Hasan ‎gharib”. Dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Targhib).‎

Setiap wanita akan tampak lebih cantik jika murah senyum, bahkan senyum bernilai ibadah kerana boleh menyenangkan hati orang yang memandangnya.

2. Berwudhu

Membasuh anggota wudhu dengan air bersih selain boleh menyihatkan kulit juga menambah pancaran kecantikan. Apalagi jika boleh menjaga wudhu terus-menerus, bukannya dengan menahan hadas, namun selalu berwudhu kembali setiap kali sehabis buang air atau buang angin.

3. Menyapa Atau Menebar Salam

Salam adalah doa keselamatan bagi orang lain, maka ucapan salam yang kita beri pada saudara-saudara kita akan membuat malaikat mendoakan kebaikan yang sama untuk diri kita.

Bukan hanya pahala yang besar, seorang muslimah yang ramah gemar menyapa dan menebar salam akan tampak lebih cantik daripada yang kedekut salam.

 “Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahwa seorang pemuda melewati Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, sedang dalam keadaan duduk disebuah Majlis. Maka Pemuda ini mengucapkan “Assalamu’alaikum”, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan : “bagi dia 10 kebaikan”. Lalu lewat Pemuda yang lain dan mengatakan : “Assalamu’alaikum wa rahmatullah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan : “Bagi dia 20 kebaikan” kemudian lewat lagi Pemuda yang lainnya mengatakan : “Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuhu” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan :”Bagi dia 30 kebaikkan” (HR. IbnuHibban 493, Abu Daud 5195, Tirmidzi 2689 dan ini adalah lafadz Ibnu Hibban)

4. Berzikir

Hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang. Berzikir boleh mententeramkan hati, hati yang tenteram akan tercermin di wajah dan perilaku. Itu sebabnya memperbanyak zikir boleh memperlihatkan aura cantik dalam diri seorang muslimah.

5. Puasa Sunat

Puasa wajib tentu saja harus dijalankan, namun di samping itu seorang muslimah yang gemar melakukan puasa sunat juga akan tampak kecantikan lahir maupun batinnya.

Mengapa? Berpuasa akan membuat seseorang mampu mengendalikan hawa nafsunya, ia juga lebih sihat fizikal kerana menjauhkan diri dari makan minum selama setengah hari. Cuba perbanyak puasa sunah dengan niat yang benar, in syaa Allah kecantikan makin memancar.

6. Solat Malam

 “Barangsiapa banyak mengerjakan solat di malam hari, wajahnya akan berseri di pagi hari” (HR. Ibnu Majah)

Ingin lebih cantik lahir batin? Lakukan ibadah-ibadah tersebut dengan niat ikhlas lillaahi ta’ala ya















Sumber : sehinggit.blogspot.my



via Bin Usrah
Read more

Kisah Solat Subuh Terakhir Sebelum Matinya DAJJAL LAKNATULLAH!!!

Image result for Kisah Solat Subuh Terakhir


Dikisahkan apabila tiba di penghujung zaman nanti akan terjadilah satu peperangan yang terbesar dalam sejarah manusia iaitu peperangan diantara umat islam menentang kufar.

Perang Dunia ke 3 yang juga dikenali sebagai “Armagedon” ini merupakan perang terakhir antara kaum muslimin dengan orang-orang Yahudi sebelum kedatangannya hari kiamat.

Dalam perang tersebut pemimpin mereka Dajjal terbunuh, hingga seluruh Yahudi juga akan terbunuh seramai 70,000 orang.

Diriwayatkan apabila hampir subuh maka Imam Mahdi r.a pun memerintahkan tenteranya bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh.

Itulah peperangan terakhir buat umat islam bersama tentera Al Mahdi dan subuh yang terakhir sebelum dajjal terbunuh oleh Nabi Allah iaitu Isa as.

Bilal pun melaungkan azan kemudian masing-masing bersolat sunat fajar apabila semuanya selesai. Bilal pun berdiri dan melaungkan Iqomah menandakan solat akan didirikan .

Pada masa yg sama di luar sana, 2 malaikat telah turun membawa seorang keturunan bani Israil dari langit, beliau adalah anak seorang perempuan yang suci, Nabi Isa a.s .

Nabi Isa a.s diturunkan ke menara putih di Masjid (sesetengah berpendapat Nabi Isa a.s turun di Masjid Ummayad, Damascus Syria) di mana Imam Mahdi r.a dan kaum muslimin bersolat subuh.

Di dalam sebuah hadis ada menceritakan ketika Nabi Isa a.s turun ke bumi baginda memakai jubah yg berwarna putih kekuning-kuningan, berambut panjang sehingga mencecah bahu, rambutnya seolah-olah kelihatan basah seolah-olah ada air yg akan menitis ke pakaiannya, apabila di mengibaskan rambutnya jatuhlah mutiara daripadanya.

Turunnya Nabi Isa a.s adalah untuk membuat perhitungan yang terakhir . Inilah detik terpadamnya fitnah yang menguasai manusia berabad-abad lamanya.

Fitnah kaumnya tentang kematiannya disalib akan diperlihat kebenaran Al Quran bahawa jasadnya dinaikkan ke langit dan dikembalikan ke dunia untuk dipersaksikan keseluruhan umatnya.

Tanpa berlengah lagi nabi Isa a.s pun turun ke ruangan solat .Kelihatan ramai manusia sudah berdiri dan bersiap -siap untuk solat subuh .

Diriwayatkan bahawa manusia yang pertama yang mengetahui turunnya Nabi Isa a.s ialah pesuruhnya yang dikenali sebagai Zarnab Bar’ala. Beliau hidup sejak zaman Rasulullah saw dan dipanjangkan usianya melebihi 2000 tahun.

Pesuruh nabi Isa as. itu ditempatkan di suatu bukit dan di doakan umur yang panjang sehingga turunnya nabi Isa a.s dari langit.

Maka Nabi Isa a.s pun mengucapkan salam kepada semua kaum muslimin, semua orang di situ mendengar dengan jelas salam itu lalu mereka semua berpaling ke arah suara itu. Masing-masing tertanya-tanya siapakah gerangan manusia yang baru memberi salam ini, tanpa berlengah maka Zarnab Bar’ala memperkenalkan manusia itu ialah Nabi Isa as Putera Maryam.

Maka tersenyumlah kaum muslimin, suasana diselubungi perasaan syukur dan gembira.Nabi Isa a.s menyapa dan bersalam-salaman dengan kaum muslimin. Tidak menjadi masalah baginya untuk bermesra dengan kaum muslimin kerana baginda mengetahui banyak bahasa dunia.

Tanpa berlengah Nabi Isa a.s dipersilakan ke hadapan untuk mengimamkan solat subuh. Solat subuh yang terakhir sebelum Dajjal lenyap di dunia yang fana ini.

Imam Mahdi yang berumur 44 tahun ketika itu mempersilakan Nabi Isa a.s manjadi Imam tetapi ditolak pelawaan itu dengan baik olehnya. Dalam perkara ini, Rasulullah saw mengulas dalam salah satu hadisnya, “Perbuatan Nabi Isa a.s adalah satu penghormatan untuk umat ini”.

Setelah selesai sahaja Imam Mahdi r.a dan Nabi Isa a.s serta kaum muslimin bersolat subuh berjamaah. Nabi Isa a.s memerintahkan supaya pintu kubu di buka, setelah pintu kubu dibuka maka kelihatanlah si Mata Satu [Dajjal Al-Masih].

Bersama tenteranya telah berbaris dan bersedia untuk berperang. Di pinggang-pinggang mereka terdapat pedang yang bersalut emas dan mereka semua adalah kaum Yahudi yang ketika itu berjumlah seramai 70,000 orang tentera belum termasuk bilangan jin dan kaum-kaum lain yang terpedaya dan mengikuti dajjal.

Nabi Isa yang berusia 33 tahun itu pun maju ke hadapan bersama-sama tentera Islam. Nabi Isa ketika mara ke hadapan sambil menundukkan kepalanya dan apabila sampai betul-betul setentang dihadapan dajjal barulah Nabi Isa a.s mengangkat kepalanya dan merenung Dajjal dengan matanya.

Dengan izin Allah maka keluarlah mukjizat dari mata Nabi Isa a.s dan terkena Dajjal , akibat renungan tajam Nabi Isa a.s itu jasad dajjal pun mencair.

Maka kelihatanlah dengan jelas muka sebenar dajjal dan tubuh badannya. Kaum manusia yang sesat tersihir terkejut melihat perubahan 'tuhannya' (dajjal) maka mereka pun tersedar bahawa mereka telah di tipu dan lari bertempiaran melepaskan diri.

Sesungguhnya tuhan yang diikuti selama 37 hari itu sebenarnya adalah dajjal.

Seperti maksud dari sepotong hadis, "Kemudian ia (Nabi Isa a.s) menuju kepada mereka (dajjal dan tenteranya) dan apabila ia dilihat oleh musuh Allah maka ia (dajjal) akan mencair seperti garam yg mencair, sekiranya ia membiarkan hal itu ,sesungguhnya musuh Allah akan binasa..."

Dajjal sangat mengenali manusia yang berdiri di hadapannya itu, sebenarnya mereka sudah pernah bertemu sebelum ini iaitu lebih kurang 2020M tahun yangg lampau. Maka dajjal sedar ajalnya telah tiba, amat bodohlah sekiranya dia cuba untuk memerangi Nabi Isa a.s. Sudah tentu dia akan mati terbunuh dihadapan pengikutnya. Maka habislah gelaran pengiktirafan taraf Tuhan yang baru diperolehi itu daripada manusia.

Dajjal mengambil keputusan untuk melarikan diri, secara-tergesa-gesa lari ke arah timur namun apabila tiba di sana alangkah terkejutnya kerana di dapati musuhnya sudah ada di hadapannya. Tanpa berlengah dajjal lari ke arah barat, sampai di sana alangkah terkejutnya buat kali ke dua, Nabi Isa a.s sudah ada di hadapannya.

Sesungguhnya pada ketika ini dia merasakan ajalnya telah begitu hampir, namun dajjal tidak berputus asa lalu lari ke arah negaranya iaitu Israel, tetapi sebelum sampai ke kuilnya iaitu di suatu tempat di pintu masuk Lud, dajjal melihat Nabi Isa a.s sudah berdiri di situ dengan sebatang lembing di tangannya. Pada kali ini Nabi Isa a.s sudah tidak lagi memberi peluang kepada dajjal.

Nabi Isa a.s merejam lembing ke arah dajjal yang menusuk tepat ke dada dajjal dan dajjal pun mati dengan serta-merta, maka tamatlah riwayat tukang fitnah terbesar di sepanjang zaman.

Nabi Isa a.s kembali menemui kaum muslimin dan menunjukkan lembingnya yang dibasahi darah dajjal. Seperti yang diceritakan di sebuah hadis yg maksudnya, “Akan tetapi Allah mengkehendaki untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam, maka Isa memperlihatkan darah dajjal di hujung tombaknya”.

Kaum yahudi bertempiaran lari lalu bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu , mereka ketakutan kerana dajjal sudah mati dibunuh, tidak ada sesiapa yang akan menaungi mereka lagi selepas ini.

Kaum muslimin ketika itu nekad mengejar tentera yahudi dan membunuh semua kaum yahudi zionis di muka bumi yang berabad lamanya menindas bangsa lain di dunia.

Bukan setakat kaum muslimin memerangi kaum yahudi malah termasuklah pokok-pokok dan batu-batu. Sekiranya mereka bersembunyi di belakang pokok-pokok atau batu-batu, pokok-pokok dan batu-batu itu itu akan bercakap, “Wahai muslim dibelakangku ini ada orang yahudi maka bunuhlah ia!", lalu kaum muslimin itupun membunuh yahudi yang bersembunyi itu.

Seperti yang diceritakan pada suatu hadis yang maksudnya, ”Hai Muslim, hai hamba Allah, hai orang yang bertauhid, dibelakangku ada orang yahudi yang bersembunyi, maka datanglah ke sini dan bunuhlah ia ”.

Hadis yang lain menyebut, ”….sehingga pohon dan batu-batuan memanggil, wahai roh Allah di sini ada Yahudi , maka tidak ada seorang pun pengikut dajjal yang tidak di bunuh oleh Isa “. 

Surah Al-Mai'dah -Ayat 5:78

"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh".

Seperti pencerobohan yahudi ke atas Palestin apa yang kita lihat sekarang ini dan telah terkandung dalam surah Al-Mai'dah di atas sebagai bukti sahih.

Di dalam sepotong hadis Rasulullah telah bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, lantas batu dan kayu itu berkata, “Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah ia,” kecuali pohon Gharqad kerana ia termasuk pohon Yahudi” (HR. Bukhari dan Muslim).

Surah Al-Mai'dah -Ayat 5:41

"Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar".

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa a.s. yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini (Masjid Ummayad, Damascus Syria) lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al Munawwarah bersebelahan makam baginda Nabi Muhammad SAW.

Sama juga halnya dgn Nabi Khidir a.s., para malaikat, para ambia dan iblis yang ditangguhkan kematian sehingga qiamat nanti..












Sumber : sehinggit.blogspot.my



via Bin Usrah
Read more