Saturday, May 27, 2017

4 Perkara Penting Mengenai Sahur Yang Sering Dipandang Ringan

Image result for 4 Perkara Penting Mengenai Sahur


Sabda Nabi s.a.w (maksud);
“Bersahurlah kerana pada sahur ada keberkatan.”Riwayat Bukhari
Apabila hendak berpuasa, perkara yang sukar dilakukan bagi sesetengah orang adalah bangun awal pagi untuk bersahur.
Jadi, ada yang makan malam sahaja dan tidak bangun keesokan paginya sebelum Subuh. Bagi mereka, apa yang penting adalah mereka tidak makan di siang hari.
Sebenarnya, walaupun bersahur bukan perkara wajib, tapi ia amat digalakkan bagi mereka yang hendak berpuasa.
Sahur bermaksud makan walaupun sedikit pada akhir malam. Kalau tidak makan dan hanya minum pun disebut sebagai sahur. Hukumnya adalah sunat. Ada yang bangun sahur sejam atau dua jam sebelum Subuh.
Lebih cantik jika kita boleh melewatkan sahur sekitar 10 sehingga 30 minit sebelum waktu solat Subuh. Kita menyebutnya sebagai waktu imsak. Ini adalah merujuk kepada hadis Nabi s.a.w (maksud):
“Sentiasa umatku dalam kebaikan jika mereka mengawalkan berbuka puasa dan melewatkan sahur.”Riwayat Ahmad
Apakah pentingnya bersahur?

#1 – Memberikan Tenaga

Kita memerlukan tenaga yang banyak pada waktu siang. Bila kita tidak bersahur, badan mudah berasa letih dan lemah. Jadi, fokus kita juga akan terganggu.

#2 – Tidak Mudah Mengantuk

Tubuh yang lemah dan letih menyebabkan kita mudah rasa mengantuk. Kesannya, kita asyik mahu tidur. Bersahur membolehkan kita mengelakkan hal tersebut.
Walaupun ada pahala untuk orang yang tidur semasa berpuasa, itu tidak bermakna kita boleh mengabaikan tanggungjawab kita yang lain.

#3 – Mengurangkan Rasa Lapar Yang Melampau

Tidak boleh makan sepanjang hari dan ditambah pula dengan tidak bersahur akan menyebabkan kelaparan dan kehausan melampau.
Ini perkara yang kita harap tidak akan berlaku. Apalagi jika kelaparan dan kehausan menyebabkan anda berasa cepat marah. Ingatlah untuk menjaga pahala puasa sebaiknya bersahurlah.

#4 – Bersahur Membantu Mengekalkan Kestabilan Tubuh

Puasa bukan tiket untuk menurunkan prestasi kerja dan hal-hal yang lain. Malah, banyak hal hebat yang berlaku dalam sejarah Islam semasa bulan Ramadan. Apa yang penting, kita tahu bagaimana mengekalkan kesegaran tubuh dan minda sepanjang bulan mulia ini.
Makan apa pun boleh semasa bersahur. Tapi, ada beberapa jenis makanan yang bagus dimakan semasa bersahur. Begitu juga ada makanan yang sebaik-baiknya dielakkan pengambilannya.
Apakah makanan-makanan tersebut?
#1- Makanan yang lambat dihadam iaitu yang mengandungi bijiran seperti barli, gandum, oat, kurma, beras perang, ayam tanpa kulit, ikan dan kekacang bagus semasa bersahur. Makanan jenis ini juga digelar sebagai karbohidrat kompleks.
Ia mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dihadam.
#2- Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran terutama yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti timun dan tembikai.
#3- Elakkan mengambil makan/minuman bergula dan bergaram yang berlebihan. Ini kerana makanan yang mengandungi banyak gula atau garam akan menyebabkan anda berasa cepat lapar serta mempercepatkan dehidrasi.
Ia mengambil masa kira-kira 3-4 jam sahaja untuk dihadam.
#4- Makanan bergoreng juga bukanlah makanan terbaik untuk sahur anda. Malah ia bukan sahaja tidak sihat, tetapi juga perlu diambil dalam jumlah yang dihadkan.
#5- Minumlah air putih dan bukannya air manis pada waktu sahur.
Ingatlah juga bahawa sahur bukanlah sekadar mengisi masa untuk makan. Ia sebenarnya satu motivasi kepada mereka yang berpuasa.
Sumber : tazkirah.net


via Bin Usrah
Load disqus comments

0 comments