Wednesday, June 1, 2016

"KEDAI MAKAN INI MEMANG PATUT DIVIRALKAN !" (6 GAMBAR)


Dalam perjalanan menuju ke selatan tadi, hati saya tergerak untuk keluar di susur tol Pedas Linggi. Hajat di hati memang mahu mencari warung untuk singgah makan tengah hari kerana perut sudah pun berbunyi.

Selepas tol, saya belok ke kiri. Dalam jarak 100 meter terlihat sebuah warung tanpa nama di sebelah kiri jalan. Kami singgah untuk makan.

Kami terkejut dengan hidangan pelbagai jenis lauk pauk nismilan seperti masak lomak daging salai, masak lomak pucuk ubi, keli belado, rondang ayam serta banyak lagi yang boleh membangkitkan selera.

"Jemputlah makan dik, ambillah mana-mana lauk," sapa seorang lelaki tua.

Sedang asyik kami menjamu selera, dihidangkan pula air sirap satu jag dengan kuih muih talam yang baru siap dimasak.

"Minumlah, tambah lauk lagi adik. Ini kuih baru masak yo, jemputlah makan yo," kata pakcik tua ini sambil melayani kami dan pelanggan yang lain.











Bayangkan, kami makan nasi 9 orang dengan harga RM45 sahaja. Rupa-rupanya air sirap dan kuih muih tadi percuma. Allahuakbar! Rezeki apa lagi yang mahu kami dustakan?

Warung ini menyediakan nasi berlauk, aneka kuih muih tradisional yang dimasak panas di sini, aneka rempeyek dan aneka kuih talam. Semuanya sedap-sedap belaka.

Sekiranya tuan lalu Pedas Linggi, singgahlah ke warung ini. Pakcik tua ini namanya Pak Raub, cukup hebat dan terkesan di hari cara beliau menyantuni setiap pelanggan. Ini saudagar jalanan yang hebat. - Ikram Al-Banjari
Read more

"SERVIS ICU HOSPITAL KUALA LUMPUR MACAM GAMPANG !" - AZWAN ALI


Saya dikirimkan screenshot ini oleh salah seorang sahabat saya. Beliau memohon saya memberi pencerahan berkenaan kenyataan saudara Azwan Ali.

Saya tidak tahu apa yang menyebabkan Azwan Ali begitu marah sehingga mengeluarkan kata-kata sedemikian. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Namun saya ingin menjelaskan beberapa perkara agar beliau dan masyarakat tidak salah faham.



Pertama sekali adalah berkenaan availability antivenom. Sememangnya antivenom cuma boleh diperolehi di hospital kerajaan sahaja. Tiga buah hospital swasta terkenal di Kuala Lumpur yang saya hubungi iaitu Prince Court Hospital, Gelanagles dan KPJ tidak menyimpan stok antivenom. Kesemua mereka apabila diajukan soalan tentang ini, telah menjawab mereka akan merujuk kes gigitan ular ke Hospital Kuala Lumpur atau mana-mana hospital kerajaan yang berdekatan.

Demikian juga hospital swasta di negeri-negeri lain. Mereka akan merujuk kes gigitan ular ke hospital yang mempunyai Pakar Kecemasan bagi tujuan rawatan lanjut. Jadi, sungguhpun anda memegang kad insurans yang mahal dan hebat-hebat, jika anda dipatuk ular berbisa dan memerlukan antivenom, anda akan dirujuk ke hospital kerajaan yang anda tidak gemari ini juga.

Ini boleh difahami sebenarnya kerana antivenom adalah amat mahal harganya, menjangkau ribuan ringgit. Sea snake antivenom misalnya, berharga RM13,500 sebotol. Jadi, tiada kos efektir bagi hospital swasta untuk membeli ubat semahal ini yang amat jarang kes seumpamanya. Mereka menjalankan perniagaaan dan tanpa perlu memikirkan pulangan yang berbaloi dengan modal.

Namun, kerajaan Malaysia memikirkan tentang kebajikan rakyatnya. Ke mana lagi mereka boleh pergi untuk rawatan bagi kes-kes seperti ini. Stok=stok antivenom dibeli oleh Kerajaan Malaysia dan dibekalkan di hospital-hospital yang mempunyai kepakaran untuk menguruskan sakit berkenaan.

Semua harus faham bahawa tidak semua kes gigitan ular memerlukan rawatan antivenom. HAnya 18 dari 40 spesis ular darat di malaysia adalah berbisa. Malah, sekalipun kita digigit oleh spesis ular berbisa, tidak semestinya kita memerlukan antivenom kerana majoriti gigitan ular adalah dry bites (patuk dan lari tanpa dos lethal bisa ular masuk ke badan).

Jika setiap klinik hendak dibekalkan stok antivenom, ini sudah tentulah merupakan satu ketirisan kerana ada kawasan-kawasan tertentu yang mungkin hanya mempunyai kes gigitan ular 5 tahun sekali. takkan nak biarkan antivenom yang mahal seperti itu terperam macam perkasam sehingga tamat tempoh? Oleh itu, kami ada mekanisme pengagihan antivenom berdasarkan keperluan yang sudah dikaji dan diteliti.

Keduanya, sekiranya perlu diberikan antivenom, ia mestilah keputusan yang dilakukan oleh doktor pakar kecemasan setelah menilai keadaan pesakit. Antivenom perlu diberi di bawah monitoring yang rapi. Ia hanya dilakukan di zon merah Jabatan Kecemasan. Klinik-klinik kerajaan tiada fasiliti ini dan bukan merupakan tempat yang sesuai untuk memberi rawatan antivenom.

Pelbagai perkara yang boleh berlaku seperti kemerosotan keadaan pesakit yang memerlukan intervention segera seperti intubation dan bantuan pernafasan. Disebabkan inilah, rawatan antivenom hanya boleh diberi di fasiliti yang mempunyai kelengkapan merawat pesakit kritikal iaitu di zon kritikal Jabatan Kecemasan.

Saya kurang faham mengapa ICU HKL dikaitkan dengan perkara ini. Tidak semua kes gigitan ular yang memerlukan antivenom perlu dirawat di ICU. Majoriti dirawat di Jabatan Kecemasan dan wad biasa sahaja, melainkan mereka memerlukan bantuan pernafasan. Jadi mengapa ICU HKL pula menjadi mangsa dan dimarahi? Ini adalah tidak adil untuk mereka.

ICU HKL adalah merupakan ICU terbesar dan terbaik di negara kita. Tiada hospital swasta atau hospital kerajaan lain yang berani mendabik dada mereka lebih hebat dari ICU HKL. Para pakar-pakar seluruh negara termasuk di swasta amat menghormati HKL kerana para sifu, otai, mahaguru segala disiplin bermastautin di sana.

Kehebatan HKL ini diiktiraf hatta ketika lawatan Presiden Obama. Pasukan perubatan Presiden Obama telah melakukan tinjauan berkali-kali selama berbulan-bulan sebelum lawatan Presiden Obama. Mereka mencari hospital terbaik yang boleh merawat Presiden mereka jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Segala aspek ditinjau terutamanya aspek kepakaran, availability multidisiplin, fasiliti dan kelengkapan sebagainya. Tinjauan turut dilakukan di hospital-hospital swasta yang berdekatan. Akhirnya mereka memilih HKL sebagai hospital yang akan merawat Presiden Obama. Keputusan mencerminkan kualiti dan standard HKL.

Jadi amat lucu dan tidak patut bagi staf dan doktor-doktor ICU HKL dimarahi sehingga hendak diludah seperti ini. HKL adalah centre of excellence dengan pelbagai pencapaian antarabangsa. Terbaru, HKL telah memenangi anugerah bertaraf dunia Best Hospital Brand Award 2016 mengalahkan semua hospital lain termasuk hospital swasta bagi kategori Healthcare yang dipilih oleh Global Brands Magazine UK!

Perkhidmatan kesihatan kita juga dinilai sebagai nombor tiga terbaik di dunia oleh tinjauan International Living di Amerika Syarikat. Kita hanya di belakang Perancis dan Uruguay sahaja.

Saya hairan dengan mentaliti rakyat kita dewasa ini. Baru beberapa hari lepas doktor HKL dimaki sebagai babi, kali ini pula.

Ludah dan makilah HKL dan petugasnya wahai rakyat di kala dunia mengiktirafkan HKL dan perkhidmatan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia. - Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir
Read more

Perempuan Berhijab Ini Menggunakan Salib, Bila Ditanya MENGAPA, Jawapannya Amat Mengejutkan Semua Wanita Bertudung!




hijap adalah wajib bagi setiap muslimah, hal ini sudah lumrah diketahui sejak belasan abad lalu. Bahawa seorang wanita Islam tidak boleh sembarang menampakkan auratnya di depan orang asing atau yang bukan muhrim (selain suami, saudara kandung, ayah, pak cik, datuk, dll).

Tapi bagaimana jika kejadiannya seperti foto yang dimuat naik salah seorang netizen di bawah ini? Perempuan berhijab syar'i menggunakan kalung salib sebagai simbol kepercayaan agama kristen, saat ditanya ia menjawab bahwa memang dirinya beragama kristen. Dan merasa tidak ada yang salah dengan busana yang dikenakannya, untuk menutup aurat.
:)

Read more

Mia Ahmad Sedia Kahwin, Tapi Tiada Calon

Jika sebelum ini beliau menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sedang menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang pemain bolasepak JDT, namun Mia Ahmad akui jauh disudut hati beliau sememangnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Namun, buat masa sekarang beliau masih belum menemui calon yang sesuai.

BACA: Mia Ahmad Tumpang Gembira Saharul Ridzwan Bakal Kahwin

“Ikutkan saya sendiri juga sudah bersedia, keluarga memang ada bertanya tentang ini. Tetapi tidaklah sampai mendesak saya untuk berkahwin. Saya memang memulakan karier lakonan pada umur agak lewat. Bagaimanapun saya tidak pernah terfikir untuk lupa terus soal perkahwinan walaupun saya sedang usaha fokus kepada kerjaya”

“Tidak risau pun kalau ada yang anggap lelaki takut mendekati saya gara-gara gosip ini. Bagi saya, kalau benar ada jodoh, pasti saya akan berkahwin juga,” katanya kepada Utusan Online apabila ditanyakan mengenai gossip cinta yang pernah hangat diantara beliau dan pemain bolasepak JDT akan memberi kesan didalam kehidupan peribadinya.

Sementara itu, ketika ditanya pula mengenai perangcangan kerjaya beliau jika sudah berkahwin nanti, jelas pelakon ini beliau akur jika bakal suaminya ingin beliau meninggalkan dunia seni. Dan oleh kerana itulah, buat masa ini fokus utamanya adalah kerjaya seninya terlebih dahulu sebelum dirinya menjadi milik orang lain. (rkty/w)

1- Mia Ahmad Sedia Kahwin, Tapi Tiada Calon - jpeg 3- Mia Ahmad Sedia Kahwin, Tapi Tiada Calon - jpeg 4- Mia Ahmad Sedia Kahwin, Tapi Tiada Calon - jpeg 5- Mia Ahmad Sedia Kahwin, Tapi Tiada Calon - jpeg 6- Mia Ahmad Sedia Kahwin, Tapi Tiada Calon - jpeg 7- Mia Ahmad Sedia Kahwin, Tapi Tiada Calon - jpeg
Read more

Hafidz Roshdi Tak Mahu Berlakon Adegan Mesra

Walaupun pernah dihimpit dengan kontroversi pergaduhan dengan Uqasha Senrose yang pernah memperli isterinya akibat terlalu cemburu, Hafidz Roshdi mendedahkan bahawa sepanjang beliau bergelar anak seni, isterinya tidak pernah meletakkan sebarang syarat didalam bidang lakonannya.

BACA: “Saya Tak Perlu Masam Muka Dengan Hafidz Roshdi”

“Hanya saya yang mengerti sikap serta perangai isteri saya. Semua tuduhan tidak betul dan isteri saya bukanlah seperti tuduhan tersebut. Isteri saya sangat menyokong karier seni saya. Dia tiada akaun laman sosial jadi dia tidak banyak runsing membaca semua kritikan orang di media sosial”

“Cuma bagi saya, kalau ada adegan mesra, buat dengan cara yang tidak terlalu melampau atau menonjolkan kemesraan hingga boleh mengundang kritikan orang ramai. Saya pun kalau boleh tak mahulah keterlaluan melakukan adegan mesra dengan wanita lain di dalam drama,” katanya kepada Mangga Online berhubung perkara itu.

Selain itu, Hafidz akui bahawa sejak kontroversi itu beliau sering ditanya mengenai perkembangan kisah kontroversi yang berlaku dengan pasanganya di dalam drama Tundukkan Playboy Itu. Namun bagi Hafidz, beliau tidak ingin lagi ingat perkara lepas dan jadikan sahaja ia sebagai sesuatu yang membina kemajuan diri. (rkty/w)

1- Hafidz Roshdi Tak Mahu Berlakon Adegan Mesra - jpeg 2- Hafidz Roshdi Tak Mahu Berlakon Adegan Mesra - jpeg 3- Hafidz Roshdi Tak Mahu Berlakon Adegan Mesra - jpeg 4- Hafidz Roshdi Tak Mahu Berlakon Adegan Mesra - jpeg 5- Hafidz Roshdi Tak Mahu Berlakon Adegan Mesra - jpeg 7- Hafidz Roshdi Tak Mahu Berlakon Adegan Mesra - jpeg
Read more

Ketahui Kenapa Bank Sukar Luluskan Pembiayaan Perumahan Pertama Anda Jika Tiada Sebarang Hutang

tipbelirumah

Imej dari proprtyes.com

Loan untuk beli rumah bukan senang nak approve, lagi-lagi yang berpendapatan sederhana ataupun baru mula bekerja.

Ada orang yang loan kena reject tapi tak tahu kenapa walaupun tiada hutang dengan bank. Pelik kan?

Meh baca penjelasan daripada Amir Syahir kenapa ini boleh berlaku:

Screen Shot 2016-06-01 at 3.07.17 PM13221738_1754015334813312_9111631060862862360_n

Bank nak kita berhutang dengan mereka dahulu.

Screen Shot 2016-06-01 at 3.07.27 PM

Buat rekod CCRIS dulu.

Screen Shot 2016-06-01 at 3.07.46 PM

Screen Shot 2016-06-01 at 3.07.58 PM

Kalau nak bank luluskan loan anda dengan mudah.

Screen Shot 2016-06-01 at 3.26.37 PMScreen Shot 2016-06-01 at 3.26.56 PMScreen Shot 2016-06-01 at 3.27.06 PM

Sumber: FB Amir Syahir

Read more

Khas Buat Peminat, JDT Lancarkan Minyak Wangi Jenama Sendiri

Pasukan bolasepak JDT bukanlah nama asing didalam industri sukan tempatan, selepas pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh pasukan itu akhirnya kini mereka tampil dengan sebuah produk wangian baru yang dikenali sebagai Southern Tigers by Legacy.

produk

Wangian yang dicetuskan oleh JDT FC ini dikeluarkan istimewa buat peminat-peminatnya yang selama ini telah sama-sama menyokong serta menaikan pasukan hebat ini sehingga berjaya menjadi Juara Piala AFC 2015 yang dianggap sebagai satu pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh pasukan bolasepak di negara Malaysia.

Produk ini ternyata memenuhi kepuasan peminat pasukan ini apabila sebanyak 1,000 botol telah berjaya terjual sebaik sahaja produk wangian rasmi pasukan JDT FC ini dilancarkan. Selain itu, produk wangian ini juga mendapat sambutan menggalakan daripada peminat-peminat yang datang membanjiri Stadium Larkin pada hari tersebut.

NRP_7999

Bukan itu sahaja, malah dalam tempot masa dua minggu selepas hari pelancaran, sebanyak 5,000 botol telah habis ditempah oleh peminat-peminat JDT FC diseluruh negara termasuk dari Singapura dan Brunei. Manakala sebanyak 200,000 botol wangian Southern Tigers by Legacy telah disasarkan untuk jualan keseluruhan bagi musim 2016 ini.

Wangian Southern Tigers by Legacy yang di inspirasikan oleh pasukan JDT FC ini adalah hasil kerjasama yang dijalankan oleh Richway International SB yang juga merupakan pemilik jenama Legacy Perfume dan Southern Tigers SB. Wangian ini boleh didapati didalam dua variasi berbeza iaitu, Born To Rule khan buat kaum lelaki manakala Dangerously Sweet pula sebagai teman setia wanita dengan kandungan 50ml pada setiap botol.

NRP_7885

Lebih istimewa lagi apabila Southern Tigers by Legacy juga telah melantik dua pemain utama pasukan JDT FC – Aidil Zafuan Abdul Razak dan Juan Martin Lucero sebagai Duta & Star User kepada jenama wangian ini. Selain itu penampilan khas oleh selebriti pelawak, Along Cham turut bersama-sama turun padang bagi menjalankan aktiviti-aktiviti promosi melalui media sosial.

Rata-rata peminat yang telah mencuba wangian ini mengakui haruman ini setaraf produk wangian antarabangsa. Dengan harga serendah RM89.00 sebotol, wangian ini ternyata memberi kesan berbeza berbanding jenama yang lain dengan ketahanan sehingga melebihi 10 jam sehari.

Jadi tidak rugi jika sesiapa berkeinginan untuk memiliki wangian ini kerana nilai yang ditawarkan adalah jauh lebih berbaloi dari harga yang dibelanjakan. Dan yang paling penting sekali produk ini seratus peratus halal dan mudah untuk dibawa solat bagi orang Muslim.

Bagi sesiapa yang tidak sabar lagi untuk mendapatkan wangian fenomena ini, boleh terus mengunjungi FB : Southern Tigers Perfume by Legacy atau Website : http://ift.tt/1TJaw8d atau boleh hubungi hotline 017-8773368 / 018-3757828 untuk pembelian atau info lanjut.

JDT booth 2

Selain itu, peluang perniagaan juga dibuka bagi sesiapa yang ingin menjadi wakil jualan dengan pelbagai pakej telah disediakan dengan modal yang minimum, keuntungan lumayan, produk mudah jual serta sangat laris selain latihan lengkap yang disediakan oleh syarikat. Slot Wakil Jualan juga adalah terhad dan akan ditutup bila kouta dipenuhi.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi rakaniaga Southern Tigers by Legacy, boleh hubungi hotline 017-8773368 / 018-3757828 untuk pendaftaran/pertanyaan atau info lanjut. Jika berminat untuk melihat produk ini dengan lebih dekat lagi boleh tekan link ini – http://ift.tt/1TJa8GS

NRP_7939 NRP_7962 NRP_7999 NRP_8045 NRP_8080 NRP_8111
Read more

Kerana Tabligh, Kini Ezany Nizariff Perbaiki Amalan

Siapa sangka bermula dengan kejadian terlepas penerbangan ke Kuala Lumpur dari Kangar pada pertengahan tahun lalu membuatkan Ezany Nizariff kini semakin mengenali usaha dakwah yang dibuat jemaah tabligh apabila beliau sendiri mengikuti sekumpulan tabligh di sebuah pulau.

BACA: Ezany Nizariff: Terbukti Bukan Salah Saya

“Semua ini bermula ketika saya terlepas penerbangan ke Kuala Lumpur dari Kangar pada pertengahan tahun lalu. Hendak dijadikan cerita, seorang rakan mahu menumpangkan saya pulang. Saya ikut tetapi dia membawa saya ke Janda Baik kononnya mahu melihat resort mliliknya. Tidak lama selepas itu saya diajak ke Pulau Perhentian”

“Pada mulanya saya terfikir dengan melihat panorama laut akan membantu jiwa saya tenang tetapi lain pula jadinya. Saya menyertai sekumpulan tabligh tidur di masjid pulau itu. Sepanjang bersama saya lihat mereka hanya menunaikan solat jemaah dan melakukan aktiviti harian mengikut sunnah,” katanya kepada Berita Harian Online.

Ezany turut bercerita bagaimana jemaah-jemaah disana yang sanggup meninggalkan kemewahan semata-mata mahu bermalam di masjid terbabit telah menarik perhatiannya. Tambahnya lagi, sepanjang beliau berada disana, jemaah kelihatan hanya menunaikan solat jemaah serta melakukan aktiviti harian mengikut sunnah sahaja.

Sejak pengalaman yang dilaluinya itu, membuatkan Ezany sedar dan mahu memperbaiki amalan ibadatnya. Malah katanya, penyertaan bersama jemaah itu akan dijadikan peluang terbaik untuk mencuba sendiri amalan dakwah seperti menyeru penduduk setempat hadir ke masjid. (rkty/w)

Read more