Wednesday, June 1, 2016

Khas Buat Peminat, JDT Lancarkan Minyak Wangi Jenama Sendiri

Pasukan bolasepak JDT bukanlah nama asing didalam industri sukan tempatan, selepas pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh pasukan itu akhirnya kini mereka tampil dengan sebuah produk wangian baru yang dikenali sebagai Southern Tigers by Legacy.

produk

Wangian yang dicetuskan oleh JDT FC ini dikeluarkan istimewa buat peminat-peminatnya yang selama ini telah sama-sama menyokong serta menaikan pasukan hebat ini sehingga berjaya menjadi Juara Piala AFC 2015 yang dianggap sebagai satu pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh pasukan bolasepak di negara Malaysia.

Produk ini ternyata memenuhi kepuasan peminat pasukan ini apabila sebanyak 1,000 botol telah berjaya terjual sebaik sahaja produk wangian rasmi pasukan JDT FC ini dilancarkan. Selain itu, produk wangian ini juga mendapat sambutan menggalakan daripada peminat-peminat yang datang membanjiri Stadium Larkin pada hari tersebut.

NRP_7999

Bukan itu sahaja, malah dalam tempot masa dua minggu selepas hari pelancaran, sebanyak 5,000 botol telah habis ditempah oleh peminat-peminat JDT FC diseluruh negara termasuk dari Singapura dan Brunei. Manakala sebanyak 200,000 botol wangian Southern Tigers by Legacy telah disasarkan untuk jualan keseluruhan bagi musim 2016 ini.

Wangian Southern Tigers by Legacy yang di inspirasikan oleh pasukan JDT FC ini adalah hasil kerjasama yang dijalankan oleh Richway International SB yang juga merupakan pemilik jenama Legacy Perfume dan Southern Tigers SB. Wangian ini boleh didapati didalam dua variasi berbeza iaitu, Born To Rule khan buat kaum lelaki manakala Dangerously Sweet pula sebagai teman setia wanita dengan kandungan 50ml pada setiap botol.

NRP_7885

Lebih istimewa lagi apabila Southern Tigers by Legacy juga telah melantik dua pemain utama pasukan JDT FC – Aidil Zafuan Abdul Razak dan Juan Martin Lucero sebagai Duta & Star User kepada jenama wangian ini. Selain itu penampilan khas oleh selebriti pelawak, Along Cham turut bersama-sama turun padang bagi menjalankan aktiviti-aktiviti promosi melalui media sosial.

Rata-rata peminat yang telah mencuba wangian ini mengakui haruman ini setaraf produk wangian antarabangsa. Dengan harga serendah RM89.00 sebotol, wangian ini ternyata memberi kesan berbeza berbanding jenama yang lain dengan ketahanan sehingga melebihi 10 jam sehari.

Jadi tidak rugi jika sesiapa berkeinginan untuk memiliki wangian ini kerana nilai yang ditawarkan adalah jauh lebih berbaloi dari harga yang dibelanjakan. Dan yang paling penting sekali produk ini seratus peratus halal dan mudah untuk dibawa solat bagi orang Muslim.

Bagi sesiapa yang tidak sabar lagi untuk mendapatkan wangian fenomena ini, boleh terus mengunjungi FB : Southern Tigers Perfume by Legacy atau Website : http://ift.tt/1TJaw8d atau boleh hubungi hotline 017-8773368 / 018-3757828 untuk pembelian atau info lanjut.

JDT booth 2

Selain itu, peluang perniagaan juga dibuka bagi sesiapa yang ingin menjadi wakil jualan dengan pelbagai pakej telah disediakan dengan modal yang minimum, keuntungan lumayan, produk mudah jual serta sangat laris selain latihan lengkap yang disediakan oleh syarikat. Slot Wakil Jualan juga adalah terhad dan akan ditutup bila kouta dipenuhi.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi rakaniaga Southern Tigers by Legacy, boleh hubungi hotline 017-8773368 / 018-3757828 untuk pendaftaran/pertanyaan atau info lanjut. Jika berminat untuk melihat produk ini dengan lebih dekat lagi boleh tekan link ini – http://ift.tt/1TJa8GS

NRP_7939 NRP_7962 NRP_7999 NRP_8045 NRP_8080 NRP_8111
Load disqus comments

0 comments