Monday, August 1, 2016

Kevin Zahri Mohon Maaf Isu Sindir Juruterbang Gemuk

Nama Kevin Zahri amat sinonim dengan program menurunkan berat badan, Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M). Namun baru-baru ini beliau dikecam hebat oleh orang ramai gara-gara menyindir seorang pembantu juruterbang yang mempunyai berat badan berlebihan sehingga menyebabkan penerbangan beliau ke Brunei lewat selama 30 minit menerusi akaun Twitter beliau.

BACA: Kevin Zahri Bersyukur Khatam Quran Selepas 2 Tahun

Screen Shot 2016-08-02 at 10.10.46 AM

Menerusi tweet itu, Kevin memberitahun bahawa pada 30 Julai lalu, beliau baru memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Brunei selepas penerbangan yang dinaikinya lewat selama 30 minit. Selepas itu, kelihatan seorang pembantu juruterbang pesawat berkenaan sampai dalam keadaan tergesa-gesa serta tercunggap-cungap kerana terlalu gemuk.

Bagaimanapun tweet tersebut mendapat pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan sindiran Kevin yang berbunyi seperti menghina orang gemuk. Rata-rata orang ramai amat berang dengan tindakan Kevin itu dengan menyifatkan pemikiran beliau sebagai kurang cerdik kerana menjadikan fizikal seseorang sebagai jenaka.

Pun begitu selepas menyedari tweet beliau mengundang kemarahan orang ramai, Kevin telah memuat naik status memohon maaf diatas kata-kata beliau menerusi laman akaun instagram. Dalam kenyataan itu, beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menghina atau menyindir pembantu juruterbang itu, hanya sekadar prihatin dengan fizikal individu tersebut.

Screen Shot 2016-08-02 at 10.15.50 AM

Rata-rata tindakan beliau memohon maaf disambut dengan rasa hormat oleh para penyokongnya yang berpendapat beliau bersikap matang kerana mengakui kesalahannya dan tampil memohon maaf kepada orang ramai. Walau apapun, semoga Kevin mendapat pengajaran daripada kejadian ini dan berfikir panjang sebelum memuat sebarang di masa akan datang. (rkty/w)

2- Kevin Zahri Mohon Maaf Isu Sindir Juruterbang Gemuk - jpeg 3- Kevin Zahri Mohon Maaf Isu Sindir Juruterbang Gemuk - jpeg 4- Kevin Zahri Mohon Maaf Isu Sindir Juruterbang Gemuk - jpeg 5- Kevin Zahri Mohon Maaf Isu Sindir Juruterbang Gemuk - jpeg 6- Kevin Zahri Mohon Maaf Isu Sindir Juruterbang Gemuk - jpeg 7- Kevin Zahri Mohon Maaf Isu Sindir Juruterbang Gemuk - jpeg
Read more

Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Ana Dahlia yang selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama pasangan, Ashraf juga anak kepada pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli pada 30 Julai yang lalu. Majlis pertunangan yang berlangsung pada saat akhir itu telah diadakan di kediaman keluarga Ana di Taiping, Perak dan dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga

BACA: Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Rai Songkran

“Asalnya hendak diadakan acara merisik saja. Tetapi ia bertukar menjadi majlis bertunang. Keputusan untuk bertunang dibuat tidak sampai seminggu dengan acara sebenar. Kebetulan, ia dilangsungkan dalam bulan Syawal yang penuh berkat. Majlis berlangsung dengan gaya sederhana, hanya ada pemanis daripada kedua-dua keluarga dan cincin tanda”

“Perkahwinan ini nanti akan menjadi yang kedua buat kami. Saya sendiri pernah berkahwin sekitar enam tahun lalu. Dia juga bergelar duda dan mempunyai tiga anak. Ibaratnya saya akan mendapat anak segera tak lama lagi,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan persiapan pertunangan yang dijalankan secara mengejut pada 30 Julai lalu.

Manakala bagi majlis perkahwinan pula pasangan ini merancangan untuk menamatkan zaman bujang mereka pada penghujung bulan Ogos atau awal September ini. Namun begitu, tarikh dan tempat masih belum ditetapkan berikutan bakal suaminya yang sibuk mengarah, tetapi Ana yang kini berehat daripada lakonan akan mengendalikan persiapan perkahwinan. (rkty/w)

2- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg 3- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg 4- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg 5- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg 6- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg 7- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg
Read more

Jangan Lihat Aksi Lelaki Ini Jika Anda Gerun Pada Ketinggian

screen-shot-2016-06-30-at-10-00-22-am_1

Oleh Feyra Nasrom instagram Chernobro

Ini memang kerja gila. Kami pelik dengan hobi mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri. Lihat aksi lelaki ini, individu yang dikenali sebagai Chernobro ini memiliki hobi yang sangat mencintai aktiviti-aktiviti ekstrem.

Bayangkan, tanpa alat keselematan, Chernobro dengan selamba memanjat tiang yang terletak di hujung bumbung sebuah bangunan tinggi di China. Kami ada kongsi beberapa gambar dan video Chernobro ketika memanjat tiang tersebut.

p.s: JANGAN TIRU AKSI MERBAHAYA INI.

screen-shot-2016-06-30-at-9-59-53-am_1

screen-shot-2016-06-30-at-9-59-59-am_1

screen-shot-2016-06-30-at-10-00-07-am_1

screen-shot-2016-06-30-at-10-00-15-am_1

 

 

Read more

Fara Fauzana Sahkan Bakal Kahwin September Ini

Akhirnya segala spekulasi mengenai Fara Fauzana terjawab apabila beliau tampil mengadakan sidang media mengesahkan perkahwinan beliau bersama seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz pada 17 September depan. Selain itu, Fara turut memaklumkan pada Febuari lalu, keluarga Hafiz telah pun datang merisik beliau dalam satu majlis yang ringkas.

BACA: Fara Fauzana Bakal Kahwini Ahli Perniagaan?

“Kami tidak bertunang, sebaliknya hanya majlis bertemu keluarga diadakan sekitar Februari lalu. Majlis kahwin saya nanti juga sangat sederhana dan ringkas. Kemeriahan itu saya percaya akan dirasa daripada tetamu yang hadir. Saya pun banyak bertekak manja dengan ibu bapa kerana saya tidak mahu mengadakan beberapa acara berbeza, saya enggan menyusahkan sesiapa”

“Begitupun, kami hanya kian rapat dan serius ke arah perkahwinan sejak baru-baru ini. Kami bertemu selepas diaturkan teman pada sebuah majlis makan. Selama ini, kami selalu keluar beramai-ramai bagi mengelakkan perkara tidak diingini. Jadi, menerusi cara itu juga mungkin orang tidak dapat menghidu persahabatan kami,” katanya kepada Berita Harian Online.

Dalam sidang media itu juga, Fara memberitahu bahawa majlis pernikahannya dan pasangan bakal dilangsungkan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara. Manakala bagi majlis pernikahan pula, mereka memilih untuk melangsungkan di sebelah pagi dan diteruskan dengan acara resepsi pada tengahhari. Majlis bertandang pula akan diadakan seminggu selepas akad nikah.

Apabila ditanyakan lanjut mengenai kekasih hatinya, Fara memilih untuk memberitahu namanya sahaja terlebih dahulu. Selebihnya beliau akan memeperkenalkannya di majlis perkahwinan mereka. Walau apapun, tahniah diucapkan kepada Fara Fauzana dan pasangan, Hafiz diatas pengumuman majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. (rkty/w)

2- Fara Fauzana Sahkan Bakal Kahwin September Ini - jpeg 3- Fara Fauzana Sahkan Bakal Kahwin September Ini - jpeg 4- Fara Fauzana Sahkan Bakal Kahwin September Ini - jpeg 5- Fara Fauzana Sahkan Bakal Kahwin September Ini - jpeg 6- Fara Fauzana Sahkan Bakal Kahwin September Ini - jpeg 7- Fara Fauzana Sahkan Bakal Kahwin September Ini - jpeg
Read more

Kalau Tak Suka Cicak Masuk Rumah, Boleh Cuba 7 Cara Ini

Oleh Feyra Nasrom Sumber Siraplimau

Rumah ada cicak tu perkara biasa. Tapi kalau dah banyak sangat, korang boleh ikut 9 petua ni. Sangat berguna untuk halau cicak dari masuk dalam rumah. Jom usha!

KULIT TELUR

screen-shot-2016-07-29-at-10-57-09-am

Cicak tidak suka bau kulit telur. Korang letak je celah tingkap atau dekat dapur, atau di bahagian yang banyak cicak. Kulit telur harus ditukarselepas 3 minggu digunakan okay.

SERBUK KOPI

screen-shot-2016-07-29-at-10-58-18-am

Korang sediakan bekas, letak serbuk kopi dan serbuk tembakau, lepastu gaul. LKemudia, sediakan pencungkil gigi atau batang mancis. Korang sapu sedikit gam di atasnya, kemudian lalukan pada serbuk yang korang dah campur dan gaul .  Dah siap boleh letak di belakang almari, belakang peti ais . Cicak akan mati bila makan serbuk ini.

SEDIAKAN BAWANG PUTIH ATAU BAWANG MERAH

screen-shot-2016-07-29-at-10-58-55-am

Kalau korang tak percaya, cuba gantung bawang ini. Ataupun, kisar dan sembur di sudut-sudut yang banyak cicak.

LADA HITAM

screen-shot-2016-07-29-at-11-00-06-am

Sediakan lada hitam, serbuk cili dan letak air. Korang masukkan dalam botol spray. Sembur di bahagian dinding, sudut, celah pintu, belakang alamri untuk halau cicak. Cicak memang tidak tahan dengan pedas.

PLY PAPER

screen-shot-2016-07-29-at-10-50-18-am

Ply paper boleh membuatkan cicak tersekat. Korang letak di bucu dinding untuk perangkap cicak yang lalu di atas ply paper ini.

AIR SEJUK

screen-shot-2016-07-29-at-11-06-26-am

Kalau nampak cicak, sembur dengan air sejuk. Air sejuk akan melumpuhkan pergerakan cicak.

BULU AYAM

screen-shot-2016-07-29-at-10-50-47-am

Cicak takut dengan burung. Bulu ayam ini akan disangka bulu burung dan membuatkan cicak melarikan diri, Korang gantung je bulu ayam dekat sudut dalam rumah tu okay.

Read more

“Saya Memang Niat Peristerikan Emma Maembong”

Walaupun hubungan cinta diantara pasangan, Kamal Adli dan Emma Maembong dikatakan sedang berantakan namun Kamal masih mengharap hubungan itu berakhir dengan perkahwinan. Beliau dalam masa yang sama menyangkal dakwaan kehadiran orang ketiga sebagai punca dan meletakkan kesalahan itu ke atas dirinya yang menyebabkan kekasih hatinya itu terasa hati.

BACA: Cinta Emma Maembong, Kamal Adli Tak Kesampaian?

“Apa yang terjadi antara kami tiada kena mengena dengan orang ketiga. Kesalahan patut dituding kepada saya. Sebagai manusia biasa, banyak perkara yang perlu saya perbetulkan. Setiap hubungan juga ada fasa turun naik. Saya mohon maaf atas kekhilafan itu. Pastinya saya tak main-main malah serius dalam hubungan ini selain mahu memperisterikannya”

“Fakta yang tidak boleh diubah adalah saya sangat sayang insan bernama Emma Maembong. Saya juga tidak mahu hubungan kami berakhir separuh jalan. Hubungan ini akan saya selamatkan selagi terdaya. Saya pun bukan makin muda. Jadi, saya harap yang di luar tidak pantas menghakimi hal ini,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara ini.

Sebelum ini, pergolakan hubungan cinta diantara dua pelakon ini seakan dapat dihidu oleh peminat mereka apabila masing-masing sudah jarang memuat naik gambar bersama di laman sosial. Malah status di aplikasi Whatsapp salah seorang daripada mereka juga mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai hubungan cinta mereka yang kelihatan dingin.

Sementara itu, Emma pula dalam satu kenyataan semalam meminta ruang dan masa untuk dirinya berbincang mengenai hala tuju hubungan beliau dan Kamal sejurus pelakon itu pulang dari pengambaran di Sepanyol. Selain itu, Emma turut meminta kepada orang ramai untuk tidak pantas menghakimi mereka jika hubungan ercintaan mereka terputus di tengah jalan. (rkty/w)

2- %22Saya Memang Niat Peristerikan Emma Maembong%22 - jpeg 3- %22Saya Memang Niat Peristerikan Emma Maembong%22 - jpeg 4- %22Saya Memang Niat Peristerikan Emma Maembong%22 - jpeg 5- %22Saya Memang Niat Peristerikan Emma Maembong%22 - jpeg 6- %22Saya Memang Niat Peristerikan Emma Maembong%22 - jpeg 7- %22Saya Memang Niat Peristerikan Emma Maembong%22 - jpeg
Read more

Mawi, Ekin Masih Menanti Timang Cahaya Mata Kedua

Dengan usia cahaya mata pertama memasuki empat tahun, Mawi akui kerap diasak soalan untuk menambah cahaya mata namun bagi dirinya dan juga isteri, mereka tidak mahu terlalu mengharap sebaliknya menyerahkannya kepada takdir. Selain itu, tuntutan kerjaya masing-masing juga membuatkan pasangan ini tidak merancang untuk mendapatkan zuriat kedua.

BACA: Mawi Kongsikan Pengalaman Masuk Israel, Palestin

“Saya dan Ekin tidak merancang untuk mendapatkan anak kedua. Cuma buat masa sekarang, kami sibuk dengan perniagaan. Bagaimanapun, kami tidak kisah, terserah pada takdir dan rezeki. Cahaya sudah memasuki usia empat tahun. Ramai yang bertanya, tak mahu tambah anak ke. Itulah, belum ada rezeki lagi,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung perkara itu.

Sementara itu, Mawi yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya pada 24 Syawal lalu meluahkan rasa bersyukur diatas kejayaan yang dikecapinya serta kesejahteraan yang melimpahi oleh mereka sekeluarga. Dalam masa yang sama beliau turut merasakan dirinya semakin matang dalam menjalani kehidupan walaupun masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya.

Dalam perkembangan kerjaya pula, Mawi ada menyatakan hasratnya untuk mengembangkan kerjayanya untuk menjadi seorang pengarah filem pula. Menurutnya, beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut, manakala perancangan kini sedang dilakukan disamping menghabiskan masa untuk menulis beberapa lirik untuk lagi beliau seterusnya. (rkty/w)

1- Mawi, Ekin Masih Menanti Timang Cahaya Mata Kedua - jpeg 2- Mawi, Ekin Masih Menanti Timang Cahaya Mata Kedua - jpeg 4- Mawi, Ekin Masih Menanti Timang Cahaya Mata Kedua - jpeg 5- Mawi, Ekin Masih Menanti Timang Cahaya Mata Kedua - jpeg 6- Mawi, Ekin Masih Menanti Timang Cahaya Mata Kedua - jpeg 7- Mawi, Ekin Masih Menanti Timang Cahaya Mata Kedua - jpeg
Read more