Monday, August 1, 2016

Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Ana Dahlia yang selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama pasangan, Ashraf juga anak kepada pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli pada 30 Julai yang lalu. Majlis pertunangan yang berlangsung pada saat akhir itu telah diadakan di kediaman keluarga Ana di Taiping, Perak dan dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga

BACA: Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Rai Songkran

“Asalnya hendak diadakan acara merisik saja. Tetapi ia bertukar menjadi majlis bertunang. Keputusan untuk bertunang dibuat tidak sampai seminggu dengan acara sebenar. Kebetulan, ia dilangsungkan dalam bulan Syawal yang penuh berkat. Majlis berlangsung dengan gaya sederhana, hanya ada pemanis daripada kedua-dua keluarga dan cincin tanda”

“Perkahwinan ini nanti akan menjadi yang kedua buat kami. Saya sendiri pernah berkahwin sekitar enam tahun lalu. Dia juga bergelar duda dan mempunyai tiga anak. Ibaratnya saya akan mendapat anak segera tak lama lagi,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan persiapan pertunangan yang dijalankan secara mengejut pada 30 Julai lalu.

Manakala bagi majlis perkahwinan pula pasangan ini merancangan untuk menamatkan zaman bujang mereka pada penghujung bulan Ogos atau awal September ini. Namun begitu, tarikh dan tempat masih belum ditetapkan berikutan bakal suaminya yang sibuk mengarah, tetapi Ana yang kini berehat daripada lakonan akan mengendalikan persiapan perkahwinan. (rkty/w)

2- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg 3- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg 4- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg 5- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg 6- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg 7- Ana Dahlia, Ashraf Selamat Bertunang - jpeg
Load disqus comments

0 comments