Thursday, December 1, 2016

(5 Gambar) Alas Kaki Ada Ayat Al-Quran Dirampas, Kes Akan Disiasat

Alas Kaki Ada Ayat Al-Quran Dirampas, Kes Akan Disiasat

k

Kini telah menjadi viral apabila didapati banyak alas kaki didapati mengandungi tulisan ayat suci Al Quran seperti mana yang tersebar di laman media sosial sejak kelmarin.

Kejadian di Terengganu

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu membuka kertas siasatan tentang kes itu.

Pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan produk alas kaki mengandungi ayat-ayat suci al-Quran akan disiasat.

Pesuruhjaya Jabatan Agama, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada seorang pembeli alas kaki di sebuah pasar raya di Dungun yang mengadu terdapat ayat-ayat al-Quran di dalam alas kaki itu.

Operasi bersepadu bersama Kementerian Dalam Negeri diadakan bermula semalam, di pasar raya dan kedai yang dikenal pasti menjual alas kaki terbabit.

Ini komen Datuk:

“Semalam, ada pembeli itu datang ke Pejabat Agama Dungun.

“Ini untuk mendapatkan kesahihan berhubung penemuan ayat suci al-Quran di dalam alas kaki yang baru dibelinya disebuah pasar raya di Dungun.

“Pihak kami telah menjalankan siasatan dan mendapati kertas bercetak yang mengandungi ayat suci ini dipercayai digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk dijadikan sebagai salah satu cara menampakkan alas kaki itu lebih tebal berbanding alas kaki lain,”

“Bagi kesalahan itu, individu didapati bersalah mempersendakan ayat al-Quran atau hadis boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

“Bagaimanapun, sekiranya pengeluar produk itu berada di negeri lain, pihak kami akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama di negeri berkenaan,”

“Ini kerana alas kaki yang mengandungi ayat suci ini tidak boleh digunakan demi menjaga kehormatan dan kesucian al-Quran.

“Dalam kes ini, saya amat kesal dengan pihak pengeluar produk ini kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Saya berharap mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya,”

Orang ramai yang telah membeli alas kaki itu diarahkan menyerahkan dengan kadar segera kepada Jabatan Agama untuk dilupuskan.

Kejadian Di Melaka

Jabatan Agama Islam Melaka menyita kira-kira 500 alas kaki mengandungi helaian kertas bercetak ayat al-Quran.

Rampasan dibuat di sebuah gudang barangan jualan keperluan rumah di Krubong.

Sitaan terhadap alas kaki itu dibuat anggota penguat kuasa JAIM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka dan polis.

Pemeriksaan dibuat di gudang itu kira-kira jam 2 petang.

Pihaknya turut menemui terjemahan al-Quran dan doa-doa harian serta tulisan arab pada helaian kertas di bahagian dalam alas kaki berkenaan.

“Gudang ini dimiliki sebuah syarikat mengedar beberapa peralatan rumah termasuk alas kaki yang diperoleh dari Semarang, Indonesia.

“Ia akan dibekalkan di beberapa premis termasuk pasar raya di negeri ini dan Johor.

“Semasa pemeriksaan kita mendapat kerjasama dari syarikat malah mereka telah pun mengasingkan alas-alas kaki ini. Sitaan dibuat untuk siasatan lanjut dan tujuan perlupusan dengan kerjasama KDN,”

-PENMERAHDOTCOM

kapet-1 kapet-2 kapet-3 kapet-4 kapet-5

The post (5 Gambar) Alas Kaki Ada Ayat Al-Quran Dirampas, Kes Akan Disiasat appeared first on PenMerah.com.

Read more

(Video & Gambar) Baru Kerja 2 Hari Dah Rembat 4 Buah iPhone 7


KUALA LUMPUR - Baru dua hari bekerja, tak sangka tangannya panjang sampai empat buah iPhone 7 dicuri dari Epi Centre, Pavillion. 

Lelaki berusia 24 tahun yang menetap di Pandan Indah itu baru saja memulakan hari pertamanya di Epi Centre sebagai pekerja sepenuh masa dengan gaji RM1,400 termasuk elaun.

Video dan gambar yang baru dimuat naik Faris Fared empat jam yang lalu, kini viral dan trending di media sosial.

Menurut Faris, lelaki bernama Nazbukhari itu baru saja bekerja di premis itu selama dua hari, namun telah mengambil empat buah iPhone 7 di dalam stor pagi tadi, sebelum keluar menghilangkan diri mengikut pintu belakang. 


"Kami layan dia dengan baik. Siap ada staff yang nak carikan satu smartphone untuk dia sebab kasihan tengok dia guna handphone torchlight. Tetapi ini yang dibalasnya. Unta padang pasir pun tak ada macam ini perangainya," katanya. 

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat terhadap Nazbukhari untuk tindakan pihak polis. 

"Ada seorang rakannya menghubungi saya dan menawarkan bantuan yang dia boleh membantu mencari Nazbukhari. Sekarang, dia boleh datang dan serahkan kembali semua iPhone 7 itu dan mungkin kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik memandangkan ibunya ada penyakit kanser," katanya. 

Bagaimanapun, Faris tidak dapat memberi jaminan akan tindakan pihak syarikatnya sama ada mahu membuat pendakwaan sekiranya lelaki itu memulangkan kesemua iPhone 7 yang dicuri. 


Justeru, Faris berharap agar lelaki itu mengembalikan barangan tersebut atau mereka terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM14,786. - The Reporter
Read more

Cubaan Rompak Gagal, Video Perompak Kelam Kabut Larikan Diri Jadi Viral

Cubaan Rompak Gagal, Perompak Kelam Kabut Larikan Diri

rr

Sekumpulan penjenayah gagal yang gagal merompak seorang wanita berusia 62 tahun yang dikatakan baru mengeluarkan wang RM185,000 dari bank.

Ini selepas penjenayah terbabit panik dengan kemunculan kereta unit peronda polis.

Kejadian cubaan rompakan ini berlaku di Seksyen 15, di Bangi.

Pada jam 10.30 pagi itu, dua buah kereta yang dinaiki lima orang lelaki telah mengekori kereta dipandu wanita itu dari bank

Kenderaan penjenayah itu kemudian bertindak memintas kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang mengatakan kejadian itu disedari anggota MPV yang melakukan rondaan jenayah.

Melihat kehadiran polis, lima penjenayah itu melarikan diri dengan sebuah kereta.

Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan

Dari video yang sempat dirakam orang ramai, sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu oleh seorang suspek bertindak melanggar orang awam semasa hendak melarikan diri.

Ini videonya. -PENMERAHDOTCOM

r-1

r-2

r-3

r-4

r-5

r-6

The post Cubaan Rompak Gagal, Video Perompak Kelam Kabut Larikan Diri Jadi Viral appeared first on PenMerah.com.

Read more

Bunuh Diri Di Tangga Flat Lily


BALIK PULAU, PULAU PINANG - Penduduk di sebuah flat digemparkan dengan berita seorang lelaki berbangsa Cina mengambil tindakan membunuh diri di flat tersebut. 

Lapor Penang Kini, kejadian itu berlaku di sebuah pangsapuri Lily, Bukit Penara, hari ini. 

Mangsa yang dipercayai mempunyai masalah kemurungan telah menggantung dirinya dari tangan tingkat empat. 

Menurut seorang netizen yang dipercayai penduduk di pangsapuri tersebut, mangsa baik orangnya meskipun berlainan bangsa. 

"Siapa yang kenal dia, mesti tahu dia macam mana. Dia bertegur sapa dengan semua orang. Mungkin dia ada masalah sendiri yang orang lain tak tahu," katanya Zuria

Nordiana pula menjelaskan, lelaki berkenaan baru saja kematian isteri, kini tinggal dengan anaknya yang mempunyai masalah mental. 

"Dia ada masalah kemurungan. Isteri dia dah meninggal, tinggal anak dia saja. Lelaki ini memang baik dengan orang, ramah dan ringan tulang membantu orang dan berkawan pun tak mengira bangsa," katanya. - The Reporter
Read more

(Video) Plan Rompakan Gagal, Perompak Larikan Diri


BANGI - Video dua buah kereta yang dipercayai perompak yang sedang mengejar mangsanya terbabas di jalan raya, viral di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku sekitar tengah hari tadi di hadapan Stesen Petronas Bangi Seksyen 15, mangsa yang menaiki kereta Mercedes berwarna hitam, manakala dua buah kereta yang dinaiki perompak, Toyota Hilux dan Proton Gen 2 terbabas selepas berlaku adegan kejar mengejar. 

Setelah perancangan mereka gagal, difahamkan semua suspek melarikan diri dari tempat kejadian dan meninggalkan dua buah kereta tersebut. 

Salah seorang suspek yang memandu Proton Gen 2, bertindak memandu melawan arus sehingga melanggar seorang penunggang motosikal. 

Panik dengan keadaan itu, suspek terus keluar dari kereta dan melarikan diri. 

Kes itu kini dalam siasatan polis. - The Reporter
Read more

'Kak, Boleh Tolong Bank In RM380?' - Wanita Nyaris Ditipu Individu Menyamar Sebagai Adik Ipar Di Facebook


KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga online nyaris terperdaya dengan taktik seorang penipu yang cuba mendapatkan RM380 darinya. 

Bagaimanapun, Rina Hassan, terselamat dari menjadi mangsa individu terbabit kerana mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan mesej dari 'adik iparnya' itu. 

Menurut Rina, individu berkenaan sanggup membuat akaun Facebook palsu menggunakan gambar adik iparnya sebelum menghubunginya melalui aplikasi FB Messenger meminta tolong membuat pembayaran pada akaun sebuah syarikat jualan online.  

"Dia beri alasan dah malam, dia tidak dapat keluar pergi bank selain berjanji akan membayar saya semula pada keesokkan harinya. Namun saya rasa tak sedap hati dan curiga membaca gaya/lenggok mesej 'adik ipar' itu. Nampak lain dan skema sangat sampai saya baca berulang-ulang kali. 

"Disebabkan syak wasangka yang melampau, saya cuba bertanya pada adik ipar saya melalui WhatsApp dan menghubunginya, namun tidak dijawab, mungkin tengah sibuk. Tidak lama selepas itu, adik ipar menghubungi saya semula lalu saya menceritakan apa yang berlaku. 

"Dia terkejut dan memberitahu bahawa dia tidak pernah menyuruh saya membuat sebarang pembayaran pada mana-mana pihak. Sudah saya duga," katanya. 







Rina berpendapat, individu yang menyamar sebagai adik iparnya itu telah memerhatikan segala status yang dimuat naiknya di laman Facebook, termasuk siapa yang meninggalkan komen di status itu. Dari situ, individu terbabit memulakan agendanya untuk memperdayakan mangsa melalui Messenger atau WhatsApp. 

"Bagi kes saya ini, 'Along' yang dimaksudkan adalah anak sauadara saya (anak kepada adik ipar) darjah tiga. Takkan ibu dia semudah itu nak melepaskan anak dia pergi bank in duit? Mungkin si penipu itu menyangka 'Along' ini adalah orang dewasa.

"Tetapi Alhamdulillah, Allah menggerakkan hati saya untuk menghubungi adik ipar sebelum bertindak. Kalau tidak, dengan semudah itu saja individu yang tidak bertanggungjawab itu mendapat duit saya.

"Senang betul cara mereka mencari duit. Aman ke hidup makan duit haram seperti itu? Siap ucap 'Alhamdulillah' lagi. Dasar penunggang agama betul," katanya. 

Justeru, Rina menasihatkan agar orang ramai berhati-hati dan berwaspada dengan individu terbabit dan peka dengan nombor akaun serta nama yang didaftarkan pada nombor akaun bank tersebut bagi mengelakkan kejadian seumpamanya berlaku. - The Reporter
Read more

Wednesday, November 30, 2016

14 Gambar Sekitar Bulan Madu Amar Baharin Dan Amyra Rosli Di Jepun

14 Gambar Sekitar Bulan Madu Amar Baharin Dan Amyra Rosli Di Jepun

h

Pasangan baru kahwin, Amar Baharin dan Amyra Rosli memang sama cantik sama padan.

Mereka berdua baru bernikah awal bulan November yang lalu dan kini sedang bercuti.

Amar Baharin akhirnya telah menunaikan impian isterinya, Amyra Rosli untuk bulan madu di Jepun.

Pasangan baru berkahwin ini telah becuti di negara matahari terbit itu sejak beberapa hari lepas.

Mereka juga telah mengunjungi tempat yang amat best iaitu Disneyland, Jepun.

Melihat gambar mereka berdua, para peminat dilihat telah memberi komen, mendoakan Amar dan Amyra kekal bahagia begini buat selama-lamanya.

Ini merupakan beberapa koleksi gambar sekitar bulan madu Amar Baharin dan Amyra Rosli:

am-1

am-2

am-3

am-4

am-5

am-6

am-7

am-8

am-9

am-10

am-11

am-12

am-13

am-14

The post 14 Gambar Sekitar Bulan Madu Amar Baharin Dan Amyra Rosli Di Jepun appeared first on PenMerah.com.

Read more