Alas Kaki Ada Ayat Al-Quran Dirampas, Kes Akan Disiasat
Kini telah menjadi viral apabila didapati banyak alas kaki didapati mengandungi tulisan ayat suci Al Quran seperti mana yang tersebar di laman media sosial sejak kelmarin.
Kejadian di Terengganu
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu membuka kertas siasatan tentang kes itu.
Pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan produk alas kaki mengandungi ayat-ayat suci al-Quran akan disiasat.
Pesuruhjaya Jabatan Agama, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada seorang pembeli alas kaki di sebuah pasar raya di Dungun yang mengadu terdapat ayat-ayat al-Quran di dalam alas kaki itu.
Operasi bersepadu bersama Kementerian Dalam Negeri diadakan bermula semalam, di pasar raya dan kedai yang dikenal pasti menjual alas kaki terbabit.
Ini komen Datuk:
“Semalam, ada pembeli itu datang ke Pejabat Agama Dungun.
“Ini untuk mendapatkan kesahihan berhubung penemuan ayat suci al-Quran di dalam alas kaki yang baru dibelinya disebuah pasar raya di Dungun.
“Pihak kami telah menjalankan siasatan dan mendapati kertas bercetak yang mengandungi ayat suci ini dipercayai digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk dijadikan sebagai salah satu cara menampakkan alas kaki itu lebih tebal berbanding alas kaki lain,”
“Bagi kesalahan itu, individu didapati bersalah mempersendakan ayat al-Quran atau hadis boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.
“Bagaimanapun, sekiranya pengeluar produk itu berada di negeri lain, pihak kami akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama di negeri berkenaan,”
“Ini kerana alas kaki yang mengandungi ayat suci ini tidak boleh digunakan demi menjaga kehormatan dan kesucian al-Quran.
“Dalam kes ini, saya amat kesal dengan pihak pengeluar produk ini kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.
“Saya berharap mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya,”
Orang ramai yang telah membeli alas kaki itu diarahkan menyerahkan dengan kadar segera kepada Jabatan Agama untuk dilupuskan.
Kejadian Di Melaka
Jabatan Agama Islam Melaka menyita kira-kira 500 alas kaki mengandungi helaian kertas bercetak ayat al-Quran.
Rampasan dibuat di sebuah gudang barangan jualan keperluan rumah di Krubong.
Sitaan terhadap alas kaki itu dibuat anggota penguat kuasa JAIM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka dan polis.
Pemeriksaan dibuat di gudang itu kira-kira jam 2 petang.
Pihaknya turut menemui terjemahan al-Quran dan doa-doa harian serta tulisan arab pada helaian kertas di bahagian dalam alas kaki berkenaan.
“Gudang ini dimiliki sebuah syarikat mengedar beberapa peralatan rumah termasuk alas kaki yang diperoleh dari Semarang, Indonesia.
“Ia akan dibekalkan di beberapa premis termasuk pasar raya di negeri ini dan Johor.
“Semasa pemeriksaan kita mendapat kerjasama dari syarikat malah mereka telah pun mengasingkan alas-alas kaki ini. Sitaan dibuat untuk siasatan lanjut dan tujuan perlupusan dengan kerjasama KDN,”
-PENMERAHDOTCOM
The post (5 Gambar) Alas Kaki Ada Ayat Al-Quran Dirampas, Kes Akan Disiasat appeared first on PenMerah.com.
0 comments