Thursday, June 30, 2016

“Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami”

Walaupun pelbagai spekulasi timbul selepas pendedahan hubungan cinta mereka kepada umum, Erra Fazira berkata buat masa ini, tiada sebarang berita yang perlu dihebahkan kepada peminat. Seterusnya menafikan segala dakwaan yang tersebar termasuk berita pertunangan diantara beliau dan Shahir selepas Aidilfitri ini nanti.

BACA: Erra Fazira Akui Sukar Menolak Cinta Shahir

“Kami bukannya rapat dalam masa sebulan dua. Ia berkembang sedikit demi sedikit, bermula dengan mengenal hati budi masing-masing dan mencari keserasian. Menjadi lumrah, tiada sesuatu yang pun yang bergerak lancar dalam hubungan. Rintangan pasti ada kerana ia juga sebahagian daripada proses menyesuaikan diri”

“Memang tiada perkembangan lanjut seperti yang diperkatakan ramai. Apatah lagi kemungkinan itu dan ini. Selagi ia tidak membabitkan orang tua kami, maka apa sahaja termasuk perbincangan ke arah itu boleh dikategorikan sebagai angan-angan sahaja,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung spekulasi hubungan cinta mereka.

Sementara itu, Erra yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini kini lebih berhati-hati dalam menjaga hal peribadinya dengan mengambil pendekatan selamat untuk tidak menghebahkan soal peribadi kepada umum. Namun, beliau akui berasa lega apabila Shahir sendiri tampil membuka mulut mengenai hubungan cinta mereka. (rkty/w)

1- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg 2- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg 4- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg 5- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg 6- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg 7- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg
Read more

Wednesday, June 29, 2016

Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat

Sebagai selebriti pasti banyak mata yang memandang setiap kali mereka menghabiskan masa diluar, terbaru pasangan suami isteri, Stacy Anam dan Akim Ahmad pula didakwa berlagak sombong kerana tidak memberikan respon ketika ditegur peminat. Mengetahui perkara itu, Stacy meluahkan rasa terkilannya dan seterusnya menafikan tuduhan itu.

BACA: “Saya Tahu Orang Kata Saya Dayus Biarkan Stacy Tak Berhijab”

Screen Shot 2016-06-30 at 10.32.28 AM

Perkongsian menerusi Instagramnya, Stacy menjelaskan bahawa beliau dan suami tidak pernah berniat untuk berlagak sombong dengan peminat, malah sering mesra dengan sesiapa sahaja menegur mereka. Pada masa yang sama, Stacy turut menegur tindakan individu tersebut yang membawa imej tudung tetapi melemparkan kata-kata kasar di bulan Ramadhan.

Sementara itu, beberapa jam selepas posting tersebut dimuat naik, ramai peminat kesayangan Akim dan Stacy mula membanjiri ruangan komen dengan menyokong serta memberikan kata-kata semangat kepada selebriti kesayangan mereka itu. Ada juga yang turut sama berang dengan tuduhan yang dilemparkan dan meminta peminat supaya lebih memahami.

Walau apapun, untuk Stacy dan Akim bersabarlah dengan ujian yang diberikan pada bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya manusia tidak boleh menutup mulut sesama manusia. Biarlah mereka berkata-kata selagi mampu, lama kelamaan jika kita berada di pihak yang benar, pasti mulut itu akan terdiam dengan sendirinya. (rkty/w)

5- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 1- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 2- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 3- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 4- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 6- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 7- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg
Read more

[Video] Dicaci Bila Pakai Selekeh, Disayangi Bila Pakai Cantik. Lumrah Kehidupan

SM

Sumber: FB Now This. Oleh: Aimi Nordin

Manusia memang suka melihat kepada kecantikan luaran semata-mata. Video ni bukti kepada apa yang kami cakapkan.

Satu eksperimen sosial telah dilakukan ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel. Dia dipakaikan baju yang comot dan dibiarkan berkeliaran. Bagaimana pun, tak ada seorang pun yang sanggup mendekatinya bertanya di mana ibu bapanya, malah dia dihalau keluar dari restoran.

Namun memeranjatkan apabila dia dipakaikan pakaian yang cantik. Dia dikerumuni orang ramai, dilayan elok sahaja.

Tanya pada diri anda kenapa perlu bersikap tidak adil seperti ini?

Read more

[Video] Kahwin Dengan Telefon Pintar, Pelik Tapi Benar

27c87a017b8404ca960cf788a9a3acad

Memanglah telefon pintar dah jadi satu keperluan dalam hidup kita semua kerana sebahagian besar hidup kita tak lengkap tanpanya. Tapi tak lah sampai nak kahwin dengan telefon tu. 

Aaron Chervenak, berasal dari Los Angeles ini sanggup ke Las Vegas semata-mata mahu menunaikan impian untuk berkahwin dengan telefon pintar. 

Gereja di Las Vegas menjadi pilihan kerana di sana memang terkenal dengan perkahwinan yang aneh dan tak masuk akal.

Kata Aaron, “Perkahwinan ini adalah satu simbolik bagi menunjukkan bagaimana telefon pintar menjadi semakin dihargai dalam kehidupan kita”.

Pelik sungguh tindakan lelaki ini. Siap sarung cincin lagi, tanda ikatan cinta katanya.

p

c

35C9BC0C00000578-3666133-image-m-16_1467214920356

35C9AEDD00000578-3666133-image-m-7_1467214270695

35C9BC0800000578-3666133-image-m-14_1467214804034

Sumber: Daily Mail

Read more

Suami Anzalna Nasir Masuk Hospital Akibat Gastrik

Selepas beberapa hari mengalami sakit perut, suami kepada pelakon jelita, Anzalna Nasir, Mohamad Hanif Mohamad Zaki telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta berdekatan pagi tadi akibat gastrik. Menurut Anzalna lagi, suaminya itu mengalami luka di dalam perut dan dijadualkan berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut dari doktor.

BACA: Gambar Sekitar Anzalna Nasir & Keluarga Tunai Umrah Bersama

Screen Shot 2016-06-30 at 5.34.51 AM

“Sejak minggu lalu suami saya sudah mengadu sakit perut, namun tak berjumpa doktor. Saya membawanya ke hospital setelah dia mengadu sakit, pagi tadi. Tak sangka pula keadaannya makin teruk hingga dimasukkan ke wad. Saya kurang pasti faktor utama penyakitnya itu, sebelum ini dia tidak mengalami gastrik,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, bercakap pula mengenai rumah tangga, Anzalna akui kehidupan selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu lebih bahagia berbanding ketika dirinya masih solo dahulu. Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa terujanya melalui saat pertama kali melalui bulan puasa dan bakal menyambut Aidilfitri bersama suami tersayang.

Tambahnya lagi, Hanif juga seorang yang senang untuk diuruskan kerana beliau tidak cerewet dalam pemakanan, jadi jika ingin memasak juadah berbuka atau sahur juga sangat mudah. Memang terserlah kebahagiaan Anzalna sehingga beliau sendiri akui sampai tidak mahu bekerja kerana tidak sanggup untuk berjauhan dengan suami. (rkty/w)

1- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg 2- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg 3- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg 4- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg 6- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg 7- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg
Read more

Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan

Bagi mencegah daripada kemungkinan buruk yang boleh berlaku, pasangan selebriti Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos mengambil pendekatan untuk tidak berjumpa antara satu sama lain selama sebulan. Ezzaty berkata, dalam hal ini ibu dan neneknya banyak memberikan nasihat bagaimana untuk mengekalkan perkahwinan yang baik.

BACA: Gambar Pra Perkahwinan Azwan Kombos Dan Ezzaty Abdullah

“Kata orang, tidak elok berjumpa selalu ketika darah manis dan saya sendiri memang mahu mengelakkan kami daripada berjumpa pada saat-saat akhir sebelum dinikahkan. Maklumlah, dalam masa terbabit macam-macam boleh jadi kalau jumpa selalu. Jadi, kami mahu elakkan sebarang perkara buruk yang mungkin boleh terjadi”

“Saya rasa, apabila orang tua memberi nasihat mengenai tips perkahwinan, kita perlu mengambil ilmu itu dengan serius kerana mereka lebih tahu mengenai asam garam rumah tangga. Saya harap segala nasihat yang diberi dapat saya laksanakan dengan baik,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung persiapan perkahwinan mereka.

Pasangan sama padan ini bakal bernikah pada bulan Syawal nanti di kediaman keluarga Ezzaty di Pahang, manakala majlis pernikahan pula akan berlangsung disebelah pagi dan diikuti dengan majlis persandingan. Sementara itu keesokan harinya, akan diadakan pula majlis resepsi bagi meraikan pernikahan mereka di Kuala Lumpur. (rkty/w)

2- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg 3- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg 4- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg 5- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg 6- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg 7- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg
Read more

Tuesday, June 28, 2016

Kucing Ni Datang Universiti Setiap Hari Sebab Nak Bermanja Dengan Pelajar

cat-1_1

Sumber: Bored Panda Oleh: Aimi Nordin
Pencinta haiwan atau kucing mesti tahu yang kucing boleh hilangkan stress dan jadikan kita lebih tenang setiap kali mereka cuba bermanja dengan kita.

Itulah yang dilakukan oleh seekor kucing yang dipanggil ‘Kucing Kampus’. Kucing ni akan datang setiap hari ke Universiti of Augsburg hanya untuk bermanja dan bermain-main dengan pelajar di situ.

Kucing ni akan berjalan dari satu fakulti ke fakulti yang lain selain daripada tidur, tidur dan tidur. Ramai pelajar di situ mengatakan kucing ni mampu buat mereka relaks sebentar sebelum peperiksaan dan ujian. Kucing ni ada je rumah dan dijaga baik, cumanya dia memang suka berjalan-jalan dan jumpa pelajar di situ. Comel je!

cat-2

cat-3

15_6

Read more

Pesta Jualan Mega Termurah Di Malaysia, Tiga Hari Lagi!

Tak sabar betul nak tunggu lagi 3 hari untuk pergi Karnival Mega Raya pada 2 dan juga 3 Julai ini yang bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Karnival ini dibuka pada pukul 10 pagi sampailah 10 malam tapi saja nak beritahu, 500 yang terawal akan dapat goodies bag percuma dan juga duit raya!

1- Pesta Jualan Mega Termurah Di Malaysia, Tiga Hari Lagi - ROTIKAYA

Malah, di karnival ini juga ada pesta lelongan harga sehingga 90%! Memang untung siapa yang dapatkan peluang di sini lagi pulak ada lebih 300 jenama terbaik untuk ada serbu sempena persiapan raya ini.

2- Pesta Jualan Mega Termurah Di Malaysia, Tiga Hari Lagi - ROTIKAYA

Jadi bagi anda yang memang tahu sangat bahawa memang akan ada promosi gila gila di sini menjelang raya, bukankah dah dapat berjimat dengan potongan harga yang ada di sini.

5- Pesta Jualan Mega Termurah Di Malaysia, Tiga Hari Lagi - ROTIKAYA

Memang sesaklah nanti bila tengah lelong, jadi kenalah datang awal untuk dapatkan yang terbaik. Nanti saiz pun susah nak cari jika datang lambat.

4- Pesta Jualan Mega Termurah Di Malaysia, Tiga Hari Lagi - ROTIKAYA

Jika anda tak percaya, tengoklah sendiri gambar ketika episod pertama yang diadakan baru-baru ini. Memang lelong tak ingat punya kena serbu!

3- Pesta Jualan Mega Termurah Di Malaysia, Tiga Hari Lagi - ROTIKAYA

Jadi, jangan lupa ya letak dalam kalendar, ajak suami datang ke Stadium Melawati, Shah Alam pada 2 dan juga 3 Julai (Sabtu & Ahad). Siapa datang cepat, lagi besar peluang untuk dapatkan goodies percuma dan juga duit raya!

Ikuti juga Facebook, Instagram

Read more