Tak sabar betul nak tunggu lagi 3 hari untuk pergi Karnival Mega Raya pada 2 dan juga 3 Julai ini yang bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Karnival ini dibuka pada pukul 10 pagi sampailah 10 malam tapi saja nak beritahu, 500 yang terawal akan dapat goodies bag percuma dan juga duit raya!
Malah, di karnival ini juga ada pesta lelongan harga sehingga 90%! Memang untung siapa yang dapatkan peluang di sini lagi pulak ada lebih 300 jenama terbaik untuk ada serbu sempena persiapan raya ini.
Jadi bagi anda yang memang tahu sangat bahawa memang akan ada promosi gila gila di sini menjelang raya, bukankah dah dapat berjimat dengan potongan harga yang ada di sini.
Memang sesaklah nanti bila tengah lelong, jadi kenalah datang awal untuk dapatkan yang terbaik. Nanti saiz pun susah nak cari jika datang lambat.
Jika anda tak percaya, tengoklah sendiri gambar ketika episod pertama yang diadakan baru-baru ini. Memang lelong tak ingat punya kena serbu!
Jadi, jangan lupa ya letak dalam kalendar, ajak suami datang ke Stadium Melawati, Shah Alam pada 2 dan juga 3 Julai (Sabtu & Ahad). Siapa datang cepat, lagi besar peluang untuk dapatkan goodies percuma dan juga duit raya!
Ikuti juga Facebook, Instagram
0 comments