Tuesday, August 30, 2016

Pelik Tiba-Tiba Mak Mertua Belikan Sarapan, Baru Aku Tahu Muslihat Sebenarnya

Pelik Tiba-Tiba Mak Mertua Belikan Sarapan, Baru Aku Tahu Muslihat Sebenarnya

muslihat

Ini merupakan satu perkongsian kisah benar yang berlaku ke atas seorang wanita. Sikap ibu mertuanya dilihat amat keterlaluan dan didakwa menyihir menantunya sendiri.

Jom baca kisah yang menakutkan buat para menantu.

Ini kisahnya:

Bapa mertua penah marah n tak bagi jumpa dgn bomoh tu lagi,tapi yg mak mertua ni still degil dan dia akn jumpa secara senyap2.

Pagi kejadian bomoh tu datang rumah,sy ada dalam bilik dan bila sy turun mereka dh keluar.Maid yg ceritakn segalanya.Makanan yg mak mertua beli maid ambil buang,dia cakap jangan makan.Pelik jugak mak mertua mmg tak akan beli breakfast untuk sy pun.Tiba2 beli,dan banyak kali dia tanya maid, sy makan tak makanan yg dia beli tu.Wallahualam tak tahu la sbab apa.Punca ni la yg merisaukan sy,mungkin mak mertua bole baca kot dari raut wajah sy yg sy marah dgn perbuatan dia bawak balik bomoh.Dia kata sy buat muka dkat dia.

Ok..nak dijadikan cerita keesokkan harinya suami sy kena panggil masuk bilik parents dia untuk berbincang, tnpa pengetahuan sy.Mak mertua ckap yg sy ni dah buat black magic kat suami supaya suami tunduk dekat sy.Dia jugak cakap selalu nampak kelibat sy dalam rumah tu,padahal sy ada dalam bilik.Mcm2 lagi yg dia burukkan sy.Mungkin dia nak cuba pusing cerita,sebab dia dah terkantoi bwak balik bomoh dkat rumah.Suami sy pulak mcm biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Suami dah lali dngan perangai mak dia sbenarnya,dah banyak kali berbincang dan asyik ckap benda yg sama. Parents dia pesan dkat suami jgn beritahu sy.Sy tak tahu apa2..

Esok harinya bermula kisah kami keluar terus dari rumah.Sy ada wassap mak mertua pagi2 cakap nak keluar.Mak kandung sy dtg jemput sy dirumah.Atas izin suami sy.Bila sy dah keluar mertua lari turun bawah terjerit2 dekat suami yg masa tu tngah panaskn enjin kereta nak pegi keja.Mak mertua ckap knp dia keluar rumah pagi2 tak mintak izin aku,nak bawak cucu aku pegi mana!!!.

Suami ckap dia dah wassap cakap nak keluar dgn mak dia,tengok la handfon.Yang dia bawak tu anak dia,biarla..Suami ckap yg dia dah izinkan.Dalam setengah jam jugak mak mertua tahan suami dari pegi keja.Suami cakap dia dah mcm kena rasuk menjerit2 tak puas hati.Mak mertua suruh jugak suami col sy supaya balik.Suami tnya untuk apa balik? Mak mertua cakap aku nak bagi dia, pukul.Suami cakap snang hati nak pukul anak org,dia isteri sy,tanggungjawab sy.Suami salam dn cium dahi mak dia dan terus pegi keja.Masa tu mak dia buat drama korea la terjelopok duduk tersandar kat kereta.
Sy yg keluar ni tak tahu cerita, smpai la adik ipar col suruh balik sekarang!! dgn nada yg kasar, tak sempat tanya sbb apa terus putus.Sy col suami tanya knp adik dia suruh balik suami jawap jgn balik.Suami dh balik keja baru sy balik.

Malam tu jugak suami suruh kemas semua baju2,ambil yg penting dulu..Suami dapat rumah sewa dan kami berpindah tanpa pengetahuan keluarga mertua.Rumah mertua besar jadi dia tak perasan yg kami keluar.Bermula la episod kami dibuang keluarga.Sampai skarang still tak berbaik.Suami sy pulak dah digelar anak derhaka.Cerita sy pulak dah mcm cerita artis.Semua org dh pndang serong dgn sy.

Dah cuba berbaik tapi ego keluarga mertua sgtLa tinggi..Dan sampai skarng jugak sy masih berubat dengan Al-Hidayah tuk buang sihir.Setelah kami pindah baru sy tahu slama ni sy dah terkena sihir pemisah.Sampai skarang masih tidak baik.Wallahualam sape yg buat sy berdoa agar dia cepat bertaubat.Cuma sy kesiankan suami,syurga dia bwah tapak kaki ibu dia..Jadi mcm ni serba salah dibuatnye.Sebabkan mak dia terlampau ganas, sbb tu suami bawak sy pindah.Dia takot pape jadi kalau dia pergi kerja tinggal sy berdua dgn mak dia kat rumah.

Ohhh..peranan bapak mertua sy dlam cerita ni,dia umpama dinding sahaja.Tak mampu buat apa2 keputusan.Bagi dia cakap isteri dia saja yg betol.
Terima kasih sudi baca yer,maaf panjang benar.

Kisah ini menunjukkan masih ramai yang suka bermain api dengan bomoh dan juga ilmu hitam. Di Malaysia ni memang masih berleluasa. Perasaan hasrat dengki dan ingin jatuhkan orang lain menjadi punca utama mereka mengamalkan ilmu ini. -PENMERAHDOTCOM

The post Pelik Tiba-Tiba Mak Mertua Belikan Sarapan, Baru Aku Tahu Muslihat Sebenarnya appeared first on PenMerah.com.

Read more

Bukan Senang Untuk Berjaya, Dhabitah Kongsi Gambar Latihan Keras Yang Dilaluinya

Bukan Senang Untuk Berjaya, Dhabitah Kongsi Gambar Latihan Keras Yang Dilaluinya

dha

Atlet dan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri kini semakin mula dikenali ramai selepas beliau telah berjaya ke peringkat akhir dalam acara terjun Olimpik Rio baru-baru ini.

Malah gandingannya bersama rakan penerjun Jun Hoong hampir hampir berjaya meraih pingat menerusi acara 3 meter papan anjal terjun berirama yang mana mereka menamatkan di tempat kelina walaupun mendahului di tempat kedua pada satu masa.

Bagi acara perseorangan pula, Dhabitah telah berjaya menduduki tempat ketujuh dikalangan penerjun terbaik dunia di mana ia adalah memori indah yang tidak dapat dilupakannya.

Walaupun ada yang melihat mudah, sebenarnya Dhabitah dan rakan-rakan penerjun telah menjalani latihan yang amat perit dan bekerja keras untuk mencapai tahap yang dikecapinya pasa masa ini.

Dhabitah telah memuatnaik sekeping gambarnya menjalani latihan yang sememangnya agak mengejutkan ramai. Memang satu usaha / latihan yang amat keras.

Ini tulis Dhabitah:

“Macam inilah bagaimana pasukan terjun Malaysia berlatih. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sangat sukar untuk berlatih dan menjadi atlet bertaraf dunia. Kerana itu, saya sangat menghargai segala sokongan dan galakan yang telah diberi anda. Tolong jangan berhenti memberi sokongan dan tolong jangan mula membenci saya. Saya mencuba sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik.”

14102229_387939127996339_7279289454167474348_n

Gambar berkenaan menunjukkan tubuh mereka akan ditindih dan kaki perlu diluas bagi mendapatkan aksi terjunan terbaik. Apapun diharapkan Dhabitah berjaya di masa akan datang dan berjaya meraih pingat di Olimpik Tokyo nanti. -PENMERAHDOTCOM

The post Bukan Senang Untuk Berjaya, Dhabitah Kongsi Gambar Latihan Keras Yang Dilaluinya appeared first on PenMerah.com.

Read more

Dato Vida Marah, Tegur Penyokong Kelantan

Dato Vida Marah, Tegur Penyokong Kelantan

v

Penaja pasukan Kelantan, Dato Vida dilihat tidak berpuashati apabila ada segelintir penyokong The Red Warrior Pamoga Qu Puteh yang tidak menyokong sepenuhnya pasukan Kelantan.

Kata Dato Vida, ada penyokong TRW yang tidak mahu memakai jersi pink / merah jambu pasukan Kelantan dan ternyata dia kecewa dan sedih dengan keadaan itu.

“Penyokong kena sokong, sokong apa, beli lah jersi. Saya tengok kat stadium tu carca merba, semua warna ada. Tak boleh kah pakai baju warna pink, maruah tergadaikah pakai baju warna pink? Itu yang saya sedih”

“Semangat ada, cakap itu cakap ini, boleh tak laburkan, jadi sponsor, beli satu jersi untuk diri sendiri, pakai cantik bergaya hilang dari panas dan pakai jersi hari-hari dan bola pakai jersi warna pink nampak keseragaman”

“Sokong jangan pakai air liur, kena bagi sesuatu kepada pasukan. Kalau tak nak pakai jersi warna pink, ada warna merah dan biru.”

Itulah antara luahan Dato Vida kepada pasukan Kelantan. Ini video nya:

-PENMERAHDOTCOM

The post Dato Vida Marah, Tegur Penyokong Kelantan appeared first on PenMerah.com.

Read more

Gambar Isteri Kedua Khir Toyo Yang Jelita, Christine Zanitrah

Gambar Isteri Kedua Khir Toyo, Christine Zanitrah

jelita

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo telah selamat melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya bernama Christine Zanitrah Abdullah.

Khir Toyo kini berumur 51 tahun manakala isteri keduanya itu berumur 39 tahun.

Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan dikhabarkan memeluk agama Islam pada April tahun ini dan mereka berdua melangsungkan perkahwinan di satu majlis dalam negara.

Menurut laporan Bernama, sumber mengatakan Christine merupakan penjawat awam yang bekrja di Putrajaya.

“Perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya,” kata sumber.

Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Ini gambar isteri kedua Khir Toyo:

khir toyo isteri kedua (1)

khir toyo isteri kedua (1)

khir toyo isteri kedua (1)

khir toyo isteri kedua (2)

The post Gambar Isteri Kedua Khir Toyo Yang Jelita, Christine Zanitrah appeared first on PenMerah.com.

Read more

“Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin”

Jika sebelum ini pernah digosipkan dengan Zizan Razak dan Ben Ali, terbaru Mira Filzah didakwa mempunyai hubungan istimewa bersama Fattah Amin pula. Malah beliau juga dikatakan penyebab hubungan pelakon itu dengan Sherry Ibrahim putus. Bagaimanapun, Mira menafikan tuduhan berkenaan dan menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin hanyalah atas dasar kerja.

BACA: Mira Filzah Punca Fattah Dan Sherry Putus?

“Tiada apa-apa hubungan istimewa antara kami. Semuanya dilakukan hanya atas dasar kerja. Memang tidak ada yang lebih-lebih seperti heboh diperkatakan. Selagi tidak keluar daripada mulut saya sendiri, saya bercinta dengan sesiapa, bermakna saya masih single. Cerita yang bertebaran itu tidak benar sama sekali. Saya selesa berkawan dengan semua orang”

“Sebelum ini pun saya pernah cakap, mungkin dengan berkahwin saja barangkali cerita sebegini akan lenyap. Bagaimanapun saya belum ada calon lagi, jadi macam mana nak kahwin. Seperti penyertaan saya dalam syarikat Myfastyle pun kerana saya berhubung sendiri dengan Faz, memang tiada kaitan dengan Fattah,” katanya kepada Berita Harian Online.

Terdahulu, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, Fattah sebenarnya sudah lama ingin memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya itu kerana sudah tidak tahan dengan sikap dramatis wanita itu yang dikatakan kuat cemburu dan terlalu mengongkong. Selain itu Fattah juga kini membuka syarikat pengurusan artis dan menarik Mira untuk bernaung.

Namun Mira ketika ditanya mengenai penyertaan beliau ke syarikat pengurusan itu, beliau menafikan dakwaan mengatakan beliau menyertai syarikat itu kerana ajakan Fattah semata. Jelasnya, beliau memerlukan mereka yang lebih pakar dan berpengalaman dalam menguruskan apa saja tawaran membabitkan tanggungjawab sebagai duta atau jenama. (rkty/w)

2- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg 3- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg 4- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg 5- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg 6- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg 7- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg
Read more

Apa Yang Ayda Jebat Lakukan Sampai Tak Dapat Tidur Malam? Hmm.

Nampaknya Ayda Jebat buat ketika ini enggan berkongsi dengan lebih lanjut tentang perkara menarik yang sedang dilakukannya malah ternyata apa yang dilakukan oleh Ayda buat masa sekarang ternyata membuatkan matanya macam orang tak cukup tidur.

Malah dengar khabarnya penyanyi ini juga tak dapat tidur malam kerana sibuk memikirkan idea untuk muzik video terbaru Pencuri Hati dalam versi dangdut! Entah macam manalah agaknya jadi video klip nanti.

Dengarnya Ayda Jebat mencuba sesuatu yang baru berkaitan #projectxt, ada kaitan ke?

Bagi nak dapatkan idea untuk muzik video terbaru itu, Ayda Jebat ada memberi sedikit bayangan bahawa mungkin produk yang sedang diujinya kini membuatkannya tidak dapat tidur di waktu malam. Mana tidaknya, kalau dah leka layan Youtube sampai pagi, memang tak sedar apa!

Tapi, jika anda ada idea muzik video ala ala dangdut untuk dikongsikan bersama, boleh saja kongsikan di ruangan komen. Ayda Jebat atau peminat suka panggil Kenid ini tidur lambat pun masih cergas. Tak percaya cuba tengok video di bawah.

Tapi kan, anda semua pernah dengar apa apa tentang #projectxt yang Ayda Jebat asyik sebut dalam video di atas? Kalau Ayda Jebat pun boleh berjaga sepanjang malam untuk layan #projectxt, kami pun mahu turut serta.

Kalau anda rajin, boleh tengok tengok hashtag #projekxt di laman sosial utama seperti Facebook, Instagram mahu pun Twitter — mana tahu boleh dapat idea apa sebenarnya #projectxt ini.

Kami lihat sendiri di Twitter yang #projectxt ini mula diperkatakan ramai dan nampaknya Youtuber terkenal, Jinnyboy juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam #projectxt ini. Tak sabar kami mahu tahu lebih dalam tentang semua ini.

Screen Shot 2016-08-30 at 6.12.04 PM

Untuk Ayda Jebat, bolehlah ganti tidur nanti letih kesian awak, heh.

Read more

Respon Dato Red Apabila Ditanya Akan Bercerai Dengan Adira

Respon Dato Red Apabila Ditanya Akan Bercerai Dengan Adira

red

Ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu atau nama gelarannya Dato Red tampil memberi respon setelah gosip penceraiannya dengan isteri kedua iaitu penyanyi popular Adira tersebar.

Dato Red telah menafikan dakwaan kononya sudah bercerai dengan isteri kedua itu dan sekali lagi menafikan bakal berkahwin dengan pelakon baharu yang sedang meningkat naik iaitu Ruhainies.

Dato Red menegaskan dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lain. Jika ingin berkahwin lain, dia masih akan kekal bersama kedua-dua isterinya itu.

Ini komennya:

“Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya.

“Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah,”

Sebuah forum gosip hangat mempersoalkan hubungan penyanyi Adira dengan suaminya Datuk Red yang dikatakan sedang bergolak dan bakal berakhir.

Malah Dato Red dikaitkan dengan Ruhainies yang telah memuatnaik gambar sedang memilih untuk membeli barang kemas baru-baru ini. Ruhainies memberitahu, Dato Red tiada kaitan dengan pembelian barangan kemas itu.

Dalam pada itu, Datuk Red berkata, dia kini sedang mencari nama yang sesuai untuk bayi pertama dengan Adira biarpun masih belum mengetahui jantinanya.

Kata Dato Red, isteri keduanya itu kini sedang mengalami fasa muntah-muntah tetapi masih sihat walafiat. Adira juga sedang sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia. -PENMERAHDOTCOM

The post Respon Dato Red Apabila Ditanya Akan Bercerai Dengan Adira appeared first on PenMerah.com.

Read more

Da’i Wan Teruk Dikecam Kerana Tulis Surat Buat Uqasha Senrose

Da’i Wan Teruk Dikecam Kerana Tulis Surat Buat Uqasha Senrose

wan dazrin

Baru-baru ini pendakwah muda bernama Da’i Wan menjadi tumpuan apabila menulis surat terbuka kepada pelakon jelita yang kini tidak lagi bertudung iaitu Uqasha Senrose.

Da’i Wan atau nama penuhnya Wan Dazrin tiba-tiba menjadi bualan ramai dan ternyata ada pihak yang tidak berpuas hati dengan nukilan yang ditulisnya itu.

Antara yang lantang mengkritik tindakan Da’i Wan ialah Ketua Beliawanis bernama Khairunissa Mazlan. Wanita ini juga telah menulis surat terbuka kepada Da’i Wan.

Sememangnya Khairunnisa tidak bersetuju dengan cara Da’i Wan yang dilihat seperti mahu mengurat Uqasha Senrose.

Ini tulisnya:

SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA WAN DAZRIN

Lewat malam semalam saudara menulis sebuah karangan panjang mengenai satu luahan perasaan (bagi saya ia bukan mesej dakwah jika anda mendakwa begitu) yang kononnya mengajak wanita tersebut untuk istiqamah bertudung.

Oleh kerana saudara adalah public figure yang menjadi perhatian umum dan menggelar diri sebagai seorang Da’i (pendakwah), saya tuliskan surat terbuka ini bagi menyampaikan kekesalan atas tindakan saudara.

Saya keliru sebenarnya saudara cuba menyampaikan mesej dakwah pada wanita berkenaan atau sedang mengorat, memancing cinta wanita berkenaan atau mencari perhatian netizen.

Jika saudara ingin menyampaikan dakwah, mesej yang anda ingin sampaikan tidak mencapai maksud yang sebenar.

Kerana ia lebih kepada nada memujuk dan merayu kepada wanita yang bukan mahram, dengan kata-kata yang tidak matang dan ayat-ayat yang tidak sesuai sehingga mengundang fitnah yang sangat buruk. Fitnah bahawa pendakwah boleh mengambil pendekatan itu dengan tiket untuk berdakwah.

Netizen melihat ia sesuatu yang tidak salah, malah menggalakkan. Sedangkan di dalam Islam ada batasan akhlak dan syari’at yang memandu method dakwah yang suci dari kehendak nafsu atau manfaat peribadi.

Ia agak keterlaluan bila anda sampaikan di medium umum dan menyeru netizen untuk viralkan. Saudara boleh berfikir dengan matang apa yang saudara tuliskan itu sebenarnya menyampaikan maksud sebenar atau sekadar mencari perhatian netizen.

Saya kesal dengan akhlak dan tindakan saudara yang mencemarkan imej seorang Muslim yang ingin berdakwah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat untuk menyampaikan dakwah tidak menghalalkan anda menulis ayat-ayat sedemikian yang tidak layak bagi seorang Da’i.

Oleh yang demikian, dengan penuh rasa hormat saya menyeru saudara untuk DELETE semua surat cinta saudara yang bertopengkan agama tersebut di semua saluran Facebook, Twitter dan mana-mana medium agar fitnah ini tidak jauh tersebar.

Bertakwalah kepada Allah.
Semoga Allah mengampunkan dosa saya, saudara dan seluruh netizen.

#talbisiblis
#daimilenia

Khairunnisa binti Mazlan
Ketua Beliawanis
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Apabila surat terbuka ditulis, ramai juga yang melahirkan rasa tidak suka dengan cara Da’i Wan ini rupanya. Ramai yang menyokong dan bersetuju dengan Khairunnisa Mazlan tentang hal ini. -PENMERAHDOTCOM

The post Da’i Wan Teruk Dikecam Kerana Tulis Surat Buat Uqasha Senrose appeared first on PenMerah.com.

Read more

Monday, August 29, 2016

“Sebelum ni, semua orang nampak saya jahat, saya zalim..” – Luah Along Cham

“Semua orang nampak saya jahat, saya zalim..” – Along Cham

along chamm

Sebelum ini, ketika khabar angin tentang keretakan rumah tangga mereka mula tersebar, ramai yang menuding jari kepada Along Cham dan mengatakan pelawak itu sebagai puncanya.

Zila Seeron juga merupakan orang yang membuka cerita keretakkan rumah tangga mereka dengan membuat cerita dia merindui anaknya manakala Along hanya berdiam diri sahaja.

Apabila Zila mengatakan anaknya diambil seperti diculik, barulah Along tampil membalas kenyataan kerana itu melibatkan ibu bapanya yang selama ini menjaga cucunya dengan baik ketika rumah tangga mereka bermasalah.

Mengakui terpaksa melalui tempoh tersebut, Along Cham berharap agar bekas isterinya memohon maaf kepada kedua ibu bapanya.

Ini komen Along:

“Awak tengok sendirilah, nilailah. Empat bulan saya diam. Awak nilailah. Saya tak boleh nak cakap pasal dia yang buka semua karakter. Sebab kat mata orang, semua orang nampak saya jahat, saya zalim”

“Sebagai seorang bapa, bapa mana nak pisahkan mak dengan anak? Sebab keluarga saya bukan dalam keluarga penceraian. Takkan saya nak tengok penceraian berlaku dalam keluarga saya. Diri saya sendiri,”

“Hak jagaan memang dapat kat saya. Saya failkan penceraian selepas dia ditangkap khalwat. Jujur saya nakcakap saya akhiri zaman bujang saya, saya ingin fokus untuk keluarga…”

“Biasa saya tengok drama kat tv, sekarang kena muka sendiri..”

Zila Seeron tidak mahu memberi komen apabila diserbu wartawan selepas kes penceraian itu. Penyanyi ini telah ditangkap khalwat bersama seorang lelaki ketika ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pukul 5 pagi di Bukit Jalil. -PENMERAHDOTCOM

The post “Sebelum ni, semua orang nampak saya jahat, saya zalim..” – Luah Along Cham appeared first on PenMerah.com.

Read more

“Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat”

Daripada kisah cinta tidak kesampaian, kes putus tunang, berperang mulut dengan rakan sama industri hinggalah cerita mendedahkan aurat di pulau percutian, kini Uqasha Senrose tidak mahu lagi menipu diri sendiri. Ini kerana beliau menganggap bahawa jika beliau terus bertudung tetapi hatinya tidak ikhlas, dirinya dirasakan seperti munafik dan membelakangkan Tuhan.

BACA: “Jangan Perasan Bagus, Balik Cermin Diri Dulu”

“Pastinya orang akan terus memberi kecaman, cakap macam-macam dan menjatuhkan hukuman, tetapi saya redha. Tetapi jika ada yang anggap keputusan ini sebagai ruang untuk membuka banyak lagi kontroversi, saya tidak mencari semua itu. Jika boleh saya mahu menamatkan kontroversi termasuk gosip mengatakan saya tak pakai tudung di beberapa tempat”

“Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas bekahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati. Benar ianya bukanlah perkara yang elok yang boleh dijadikan contoh. Tetapi saya bukannya hendak jadi manusia yang tiba-tiba membuat perkara tak elok. Tetapi hanya kerana saya bergelar artis, kecaman itu cukup hebat. Ceritanya hanya saya buka tudung”

“Sebulan dua mengenakan tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya dengan cukup tebal. Namun selama saya pakai tudung, lama kelamaan saya seperti tidak ikhlas. Saya seakan takut dengan apa yang orang akan cakap dan fikir. Keputusan itu biarlah antara saya dan Tuhan,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung dengan keputusan yang diambil.

Sementara itu, Uqasha turut mengaku dirinya tidak cukup kuat ketika memakai tudung, imannya turun naik kerana berdepan dengan persekitarannya sekarang, apatah lagi bergaul dengan teman-teman yang tidak berhijab. Malah katanya, keadaan itu juga terjadi mungkin kerana dirinya belum cukup istiqamah untuk menutup aurat sepenuhnya seperti pada ketika awalnya. (rkty/w)

1- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg 3- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg 4- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg 5- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg 6- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg 7- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg
Read more