Tuesday, August 30, 2016

Respon Dato Red Apabila Ditanya Akan Bercerai Dengan Adira

Respon Dato Red Apabila Ditanya Akan Bercerai Dengan Adira

red

Ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu atau nama gelarannya Dato Red tampil memberi respon setelah gosip penceraiannya dengan isteri kedua iaitu penyanyi popular Adira tersebar.

Dato Red telah menafikan dakwaan kononya sudah bercerai dengan isteri kedua itu dan sekali lagi menafikan bakal berkahwin dengan pelakon baharu yang sedang meningkat naik iaitu Ruhainies.

Dato Red menegaskan dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lain. Jika ingin berkahwin lain, dia masih akan kekal bersama kedua-dua isterinya itu.

Ini komennya:

“Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya.

“Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah,”

Sebuah forum gosip hangat mempersoalkan hubungan penyanyi Adira dengan suaminya Datuk Red yang dikatakan sedang bergolak dan bakal berakhir.

Malah Dato Red dikaitkan dengan Ruhainies yang telah memuatnaik gambar sedang memilih untuk membeli barang kemas baru-baru ini. Ruhainies memberitahu, Dato Red tiada kaitan dengan pembelian barangan kemas itu.

Dalam pada itu, Datuk Red berkata, dia kini sedang mencari nama yang sesuai untuk bayi pertama dengan Adira biarpun masih belum mengetahui jantinanya.

Kata Dato Red, isteri keduanya itu kini sedang mengalami fasa muntah-muntah tetapi masih sihat walafiat. Adira juga sedang sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia. -PENMERAHDOTCOM

The post Respon Dato Red Apabila Ditanya Akan Bercerai Dengan Adira appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments