Thursday, September 29, 2016

Pengalaman Rakan Buat Nad Zainal Takut Bersalin

Akibat selalu mendengar pengalaman rakan rakannya menceritakan proses bersalin, pelakon Nad Zainal mengakui dia merasa gementar lebih lebih lagi kini usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan.

BACA: Nad Zainal Sudah Pilih Nama Anak Pertama

“Masa mula-mula memang rasa teruja, pengalaman pertamalah katakan. Seronok bila lihat perut makin membesar, dapat rasa pergerakan anak, memang macam tak percaya. Tapi bila dah makin dekat dengan tarikh bersalin, tiba-tiba rasa gementar tu datang sendiri”

“Lebih-lebih lagi bila dengar cerita kawan-kawan yang pernah mengalami pengalaman menakutkan. Perasaan gementar tu tak boleh nak elak lagipun ini pengalaman pertama saya,” katanya kepada Astro Awani.

Tambahnya, ketika ini dia banyak menghabiskan masa dengan menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan bayi selain turut dibimbing tips dari ibu dan ibu mertuanya. Malah bermula dari pembacaan itu jugalah dia menyedari bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang ibu.

“Bila banyak buat rujukan barulah kita sedar yang sebenarnya bukan senang untuk menjadi seorang ibu. Besar tanggungjawabnya,” jelasnya yang dijangka menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada Oktober depan. (rtky/s)

7-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 6-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 5-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 4-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 3-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 1-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya
Read more

Isteri Pujuk Suami Kahwin Dengan Sahabat Baik, Maduku Kawan Karib

Isteri Pujuk Suami Kahwin Dengan Sahabat Baik, Maduku Kawan Karib

madu

Ini merupakan satu kisah benar yang berlaku di Malaysia dan amat ‘rare’. Seorang isteri telah memujuk suaminya bernikah dengan sahabat baiknya sendiri.

Ahli perniagaan bernama Ida Nirwana memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan rakannya, Norinie sebagai madunya.

Ida yang berumur 26 tahun menyatakan rakannya itu Norinie Rahmad, 35 tahun yang juga seorang yatim piatu, sebagai calon dan pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya sebagi madu.

Namun Ida akui terpaksa memujuk suaminya, Hakim Kusaini yang berumur 32 tahun untuk menerima Norinie dan bernikah dengannya.

Ini komen Ida:

Suami Keberatan Pada Mulanya

“Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.

“Suami memaklumkan supaya diberi masa untuk berfikir.

“Ketika suami meminta untuk berfikir, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak fitnah,”

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

“Daripada merisik, bertunang sehinggalan kepada majlis akad nikah diadakan semalam (Rabu) pada 11 pagi di Masjid As-Syakirin, Desa Petaling.

“Penerimaan keluarga juga baik dan tiada sebarang masalah malah anak lelaki saya berusia tiga tahun juga sangat rapat dan manja dengan madu saya sehingga memanggil madu saya dengan nama ‘didi’.

“Kami bercadang untuk tinggal serumah iaitu di kediaman saya dan suami di Taman Permaisuri, Cheras dalam masa terdekat ini,”

Detik Perkenalan

Dia mula mengenali Norinir pada awal Mei 2015 ketika menghadiri kursus yang menawarkan perundingan imej di sebuah hotel di ibu negara.

“Sejak itu hampir setiap hari, saya, madu dan suami keluar bersama. Selain menjadi rakan perniagaan, hubungan itu semakin rapat bukan hanya sekadar sahabat tetapi seperti kakak sendiri.

“Sepanjang tempoh lebih setahun ini, kami turut berkongsi mengenai kehidupan masing-masing apatah lagi saya juga sudah berpindah ke Cheras, berdekatan dengan kediaman madu. Jadi, hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama,”

Madu Tiada Tempat Mengadu

Katanya, madunya juga baru kehilangan ibu tersayang pada Mei 2016 selain adik beradik yang lain sudah membawa haluan masing-masing selepas berkahwin.

“Dari situ, timbul simpati memandangkan madu hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Saya mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup saya menyebabkan saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai madu.

“Saya mengambil masa selama lebih dua bulan untuk melamarnya.

“Tidak ada sedikit pun perasaan sedih malah teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya.

“Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih,”

Tahniah buat mereka sekeluarga. Semoga hidup berbahagia selalu. -PENMERAHDOTCOM

The post Isteri Pujuk Suami Kahwin Dengan Sahabat Baik, Maduku Kawan Karib appeared first on PenMerah.com.

Read more

Bekas Isteri Balas Kenyataan SM Faisal

Bekas Isteri Balas Kenyataan SM Faisal

emi

Video viral SM Faisal Nasimuddin yang berebut anak dengan bekas isterinya, Emilia Hanafi di mahkamah hangat diperkatakan orang ramai.

Sebelum ini, SM Faisal telah tampil mempertahankan dirinya dengan memberi penjelasan perkara sebenar yang berlaku.

Katanya, dia diberi kebenaran mengambil ketiga-tiga anak untuk 1 hari sahaja namun hanya dapat membawa seorang anak sahaja kerana apa yang berlaku di mahkamah.

Kini bekas isterinya, Emilia pula tampil menjelaskan perkara yang berlaku dari pihaknya.

Menurut Emilia, anak keduanya Faiz trauma dengan apa yang berlaku dan tidak mahu mengikut bapanya meskipun mahkamah membenarkan anak-anak mereka untuk bermalam dengan Faisal selama satu malam.

Emilia jug amenafikan keluarganya melemparkan kata-kata nista kepada SM Faisal.

Ini penjelasan Emilia:

ee

ee1

The post Bekas Isteri Balas Kenyataan SM Faisal appeared first on PenMerah.com.

Read more

Nadiya Nisaa Bertudung Sejak Hamil Anak Kedua

Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk bertudung, akhirnya Nadiya Nisaa nekad untuk berhijab sepenuhnya sejak Ramadan lalu ketika masih mengandungkan bayi keduanya. Akuinya lagi, hasrat itu terbantut kerana terpaksa akur dengan kontrak kerjanya sebelum ini. Namun, Allah lebih mengetahui, bayi yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut.

BACA: Kehilangan Cahaya Mata, Nadiya Nissa Kini Berehat

“Jadi pada Ramadan lalu semasa masih mengandungkan bayi kedua dan berpantang, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Ketika itulah saya perlahan-lahan cuba untuk mengenakan tudung. Alhamdulillah, selepas tiga bulan berlalu, saya semakin selesa dengan perubahan diri dan berdoa agar terus dikuatkan iman untuk istiqamah

“Ayat pertama yang keluar dari mulutnya memberitahu betapa cantiknya saya bertudung. Dia amat sukakannya,” katanya kepada Utusan Online mengenai penhijrahan beliau yang disambut baik oleh suaminya, Saiful Razman Kasim yang gemar melihatnya bertudung ayu.

Sebelum ini, awal Ogos lalu orang ramai dikejutkan dengan berita sedih yang menimpa Nadiya apabila kandungan kedua beliau didapati meninggal dunia. Sedih dengan kejadian itu, Nadiya membuat keputusan untuk berehat dan menenangkan fikiran. Menurut suaminya, jenazah anaknya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak. (rkty/w)

2-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg 3-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg 4-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg 5-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg 6-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg 7-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg
Read more

Raja Farah Bakal Bawa Anak Tunaikan Umrah

Bakal mengerjakan umrah buat kali kedua pada Disember ini, Raja Rafah berkongsi secara eksklusif kepada BH Online bahawa dia dan juga suami akan membawa anak pertama mereka ke Tanah Suci.

BACA: Raja Farah Dan Suami Selamat Timang Bayi lelaki

“Kami baru saja membuat keputusan ini kerana mahu mengimbau memori ketika mengerjakan umrah, Disember tahun lalu. Ketika itu juga saya sebenarnya sudah dua bulan mengandungkan Imran. Lucunya, saya hanya menyedari diri hamil sekembali ke tanah air.

“Alhamdulillah, kehadiran Imran benar-benar menyerikan lagi hidup kami. Saya sendiri berasa cukup dirahmati dan mengharapkan kebahagiaan ini akan berpanjangan,” kata Raja Farah yang turut berkongsi gambar eksklusif anak sulungnya itu bersama BH Online.

Tambah Raja Farah, kehadiran anak lelakinya Imran Iskandar, ternyata membawa limpahan rezeki selain berharap agar kehadiran cahaya matanya itu membawa bahagia berpanjangan. (rtky/s)

6-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya 5-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya 4-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya 3-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya 2-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya 1-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya
Read more

Zila Seeron Akhirnya Mengaku Salah Berkhalwat

Zila Seeron Akhirnya Mengaku Salah Berkhalwat

zs2

Bekas isteri kepada Along Cham, Zila Seeron akhirnya mengaku bersalah di mahkamah atas tuduhan berkhalwat dengan pasangannya bernama Khairul Azizi.

Zila Seeron dan Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhalwat.

Pasangan ini yang bukan suami isteri atau mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah Khairul Azizi.

Satu serbuan dibuat di Blok A-15-2,  Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016.

Zila Seeron yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman ringan kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Ini komen Zila: “Saya minta diringankan hukuman kerana saya baru sahaja bekerja dan gaji tidak mencukupi,” 

Khairul juga tidak diwakili peguam dan memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung anak dan telah menyesal.

Kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda. -PENMERAHDOTCOM

The post Zila Seeron Akhirnya Mengaku Salah Berkhalwat appeared first on PenMerah.com.

Read more

Fahrin Ahmad, Isteri Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Fahrin Ahmad dan juga isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka. Fahrin berkongsikan berita gembira tersebut bersama peminatnya di Instagram.

BACA: Fahrin Ahmad Tidak Halang Isteri Untuk Bekerja Semula

2-fahrin-ahmad-isteri-selamat-timang-anak-sulung-rotikaya

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Baby boy selamat dilahirkan secara normal, 4.05 minit petang, Khamis, 29 September 2016,” luah Fahrin yang ternyata meluahkan rasa syukur dengan perkara berkenaan.

Apa yang pasti, berita gembira tersebut ternyata disambut dengan doa yang baik dan juga sokongan daripada peminat terhadap pasangan tersebut. Dalam kenyataan Fahrin sebelum ini, dia sememangnya teruja dengan kehadiran insan baru dalam keluarganya itu.

Semoga kehadiran cahaya mata sulung di dalam keluarga Fahrin Ahmad dan isteri akan terus memberikan sinar bahagia selain turut dilimpahkan rezeki. (rtky/s)

Read more

Zila Seeron, Pasangan Mengaku Berkhalwat

Bekas isteri pelawak, Along Cham, Zila Seeron dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas keduanya mengaku bersalah atas tuduhan khalwat yang dilakukan pada Ogos lalu. Hukuman itu telah diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar, jika gagal membayar denda mereka boleh dipenjara selama lima bulan.

BACA: “Saya Akui Diri Kurang Didikan Agama” – Zila Seeron

Memetik laporan m Star Online, Zila yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah agar beliau dikenakan hukuman ringan dengan alasan beliau baru sahaja bekerja dan tidak mempunyai wang yang mencukupi. Manakala Khairul Azizi yang juga tidak diwakili peguam memohon hukuman sama kerana perlu menanggung anak dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Namun kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda tersebut. Zila dan Mohd Khairul Azizi yang bukan mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah lelaki itu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pada 29 Ogos lalu, Zila dan Along telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Along sebelum ini mendakwa isterinya berlaku curang apabila Zila mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum berita kedua mereka ditangkap khalwat di kediaman lelaki terbabit di Bandar Bukit Jalil mula tersebar di laman sosial. (rkty/w)

Gambar kredit: m Star Online

Read more

Wednesday, September 28, 2016

Universiti Malaya (UM) Nafi Beri Gelaran ‘Doktor’ Kepada Azizan Osman

Universiti Malaya (UM) Nafi Beri Gelaran ‘Doktor’ Kepada Azizan Osman

ao

Hari ini satu pengumuman mengejutkan dibuat oleh Universiti Malaya apabila menafikan telah memberi gelaran Doktor melalui Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan Osman.

Menerusi laman web Richworks iaitu syarikat milik Azizan, ia jelas memberitahu Azizan memperoleh Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM).

Ini kenyataan media oleh UM:

um

“Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.

Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.

Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut.”

Azizan Osman merupakan pakar motivasi dan usahawan yang terkenal di Malaysia. Setakat ini Azizan sendiri belum mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan ini. -PENMERAHDOTCOM

The post Universiti Malaya (UM) Nafi Beri Gelaran ‘Doktor’ Kepada Azizan Osman appeared first on PenMerah.com.

Read more

Customer ‘Racist’ Berperangai Buruk Dan Biadap, Dikecam Orang Ramai

Customer Racist Perangai Buruk Dikecam Orang Ramai

mangsa

Seorang pelanggan yang bersikap biadap dan amat racist telah menerima kecaman dari orang ramai.

Ini kisah benar yang baru sahaja berlaku ke atas seorang peniaga wanita yang menjual secara online apabila customernya tidak jadi membeli barang setelah mengetahui dia berkahwin dengan orang berkulit hitam.

Customer tersebut bersikap biadap dan terus menghina warga kulit hitam dan tidak mahu meneruskan pembelian dari peniaga terbabit.

Yang peliknya dia mahu menviralkan kisah tersebut walhal dia yang bersikap biadap dan racist.

Jom baca kisah ini yang dikongsi oleh Emma :

m

mm

mmm

mmmmm

The post Customer ‘Racist’ Berperangai Buruk Dan Biadap, Dikecam Orang Ramai appeared first on PenMerah.com.

Read more