Thursday, September 29, 2016

Zila Seeron Akhirnya Mengaku Salah Berkhalwat

Zila Seeron Akhirnya Mengaku Salah Berkhalwat

zs2

Bekas isteri kepada Along Cham, Zila Seeron akhirnya mengaku bersalah di mahkamah atas tuduhan berkhalwat dengan pasangannya bernama Khairul Azizi.

Zila Seeron dan Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhalwat.

Pasangan ini yang bukan suami isteri atau mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah Khairul Azizi.

Satu serbuan dibuat di Blok A-15-2,  Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016.

Zila Seeron yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman ringan kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Ini komen Zila: “Saya minta diringankan hukuman kerana saya baru sahaja bekerja dan gaji tidak mencukupi,” 

Khairul juga tidak diwakili peguam dan memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung anak dan telah menyesal.

Kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda. -PENMERAHDOTCOM

The post Zila Seeron Akhirnya Mengaku Salah Berkhalwat appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments