Sunday, October 30, 2016

Nazrief Nazri Terganggu, Tertekan Dikutuk Peminat Emma Maembong

Nazrief Nazri Terganggu, Tertekan Dikutuk Peminat Emma Maembong

naz

Pelakon Nazrief Nazri mengakui dirinya terganggu apabila dihentam peminat tegar Emma Maembong.

Nazrief juga berasa pelik apabila ada yang masih menyalahkannya dan marah kerana rapat dengan aktres jelita itu.

Keadaan itu dialaminya sejak dia dan Emma berlakon dalam siri Nasi Minyak Kuah Cinta yang kini ditayangkan di TV3.

Ini pendedahan Nazrief: (Sumber: mstar )

KUTUKAN BERTERUSAN

“Pada mulanya saya okey saja tapi bila lama-kelamaan saya perhatikan kutukan itu berlaku secara berterusan pula. Asalkan saya muat naik gambar dengan Emma saja pasti ada yang hentam saya.

“Kononnya mereka tidak suka saya rapat dengan Emma. Tapi sesetengah peminat tegar Emma dan Zizan tidak suka keakraban kami. Padahal kami hanya berlakon bersama dan tidak lebih daripada itu,”

TIADA MASALAH DENGAN KAMAL ADLI

“Saya dengan Kamal tiada masalah langsung. Mungkin selepas gosip saya dengan Emma keluar beberapa bulan lalu, timbul salah faham juga di pihak Kamal.

“Tapi lama-kelamaan Kamal nampak dan faham ia sekadar gosip. Malah, gosip itu juga menguatkan semula hubungan Kamal dan Emma,”

Selain itu, dalam perkembangan lain, Nazrief akan cuba terjun ke bidang nyanyian tak lama lagi. Semoga maju jaya. -PENMERAHDOTCOM

The post Nazrief Nazri Terganggu, Tertekan Dikutuk Peminat Emma Maembong appeared first on PenMerah.com.

Read more

Komen Fafau Tentang Fattah Amin Buat Peminat ‘Mengamuk’

Komen Fafau Tentang Fattah Amin Buat Peminat ‘Mengamuk’

fafa

Fenomena drama ‘Suri Hati Mr Pilot’ semakin menjadi-jadi. Nama Fattah Amin dan Neelofa menjadi sebutan ramai.

Drama tersebut amat popular sehingga ada yang berharap Fattah Amin dan Neelofa benar-benar bercinta.

Namun perkara tersebut dinafikan oleh kedua-dua mereka.

Sementara itu, dalam rancangan MeleTop, Fafau telah menajdi artis jemputan.

Dalam program itu, komen Fafau telah menjadi viral dan membuat peminat ‘mengamuk’.

Fafau mengatakan Fattah Amin bukanlah taste Neelofa.

Komen seperti ini membuatkan peminat setia berang kerana seperti memperlekehkan Fattah Amin.

Ini komen netizen:

komen-1

komen-2

komen-3

komen-4

The post Komen Fafau Tentang Fattah Amin Buat Peminat ‘Mengamuk’ appeared first on PenMerah.com.

Read more

Taktik Kotor Wanita Ini Terbongkar Jual Hadiah Telefon Untuk Beli Rumah

iphone7-plus-474a6437

Nak beli rumah bukannya mudah. Ia memerlukan masa serta tenaga untuk mengumpul wang yang banyak bagi membeli sebuah rumah.

Berlainan pula dengan kisah wanita dari China ini, dia tidak perlu bersusah payah kerana dia mempunyai cara yang lebih pantas serta licik untuk membeli rumah dengan mudah.

Xiaoli, dari Shenshen, China berjaya mengumpul wang berjumlah 115,010 yuan (RM71,000) dengan meminta kesemua teman lelakinya seramai 20 orang untuk membelikannya sebuah iPhone 7 setiap seorang.

Dia kemudiannya menjual kesemua telefon dengan harga RM3500 setiap satu secara online di Hui Shou Nao.

Penjualan iPhone itu kemudian disahkan oleh Hui Shou Bai kepada Portal BBC.

Kisah Xiaoli ini telah mendapat perhatian ramai dan ia telah dikongsikan di platform media sosial yang popular di China iaitu Weibo dam menerima 13 juta komen dengan hashtag ’20 mobiles for a house’.

Sumber: Siakap Keli

Read more

4 Bahan Ini Mampu Mengecutkan Jerawat Dalam Satu Malam

Imej dari rumahayu.com

Tak sukanya bila muka tiba-tiba berjerawat. Banyak pula tu, ibarat tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Ni ada beberapa tips untuk hilangkan jerawat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh anda cuba.

1. Madu

Madu merupakan antibiotik natural yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Madu juga boleh melembapkan serta menjadikan kulit lebih sihat.

2. Aloe Vera

Aloe vera ni banyak khasiatnya. Ia juga memilik kandungan anti-bakteria dan juga anti-radang yang mengurangkan kemerahan serta iritasi kulit.

3. Ais

Ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain lembut. Tekap pada bahagian berjerawat selema 2-3 minit. Untuk pengetahuan anda, ais boleh mengurangkan bengkak serta mengecutkan jerawat.

4. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi anti-bakteria yang boleh melawan jerawat. Hancurkan seulas bawang putih dan tambah sedikit air. Kemudian, sapu pada kawasan berjerawat selama 10 minit. 

JANGAN letakkan bawang putih pada kulit tanpa air.

Sumber: Hanasuva

Read more

[Video] Tiada Apa Yang Lebih Menakutkan Dari Gambar Ini

takut

Kami yakin, gambar terakhir dari 5 gambar yang ditunjukkan oleh gadis ini adalah nightmare untuk semua.

Tonton atas risiko sendiri.

p.s: jangan kecam kami. :p

 

Sumber: FB Eh Bee

Read more

Gambar Sekitar Percutian Erin Malek Di Dubai & London

Sejuk mata memandang melihatkan gambar gambar percutian Erin Malek bersama suami dan juga anak sulung mereka, Faliq. Melalui perkongsian gambar di Instagram pasangan ini, mereka telah pun menjelajah ke Dubai dan juga London bersama.

BACA: Erin Malek Sahkan Hamil Cahaya Mata Kedua

Pasangan yang selamat dinikahkan pada 10 Oktober 2014 itu juga dilihat turut meraikan ulangtahun kedua perkahwinan mereka beberapa minggu sebelum bercuti bersama.

Malah baru baru ini juga Erin menyatakan bahawa dia sudah pun mengandung cahaya mata kedua. Perkara ini sekaligus membuatkan para peminat tidak sabar-sabar untuk menantikan kehadiran insan baru dalam keluarga selebriti kesayangan mereka ini.

Semoga perancangan pasangan ini akan dipermudahkan. Erin pun dalam masa yang sama diharap dapat menjaga kesihatan sepanjang mengandung. Apa pun, kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar mereka ketika bercuti. Enjoice!

8-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 7-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 6-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 4-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 3-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 2-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 10-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 9-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya 1-gambar-sekitar-percutian-erin-malek-di-dubai-london-rotikaya
Read more

Julia Ziegler Percaya Bakal Suami Jodoh Terbaik

Bakal melangsungkan perkahwinan bersama cinta hati pada awal tahun hadapan, Julia Ziegler ternyata teruja menanti hari bahagia tersebut malah dia dan pasangan juga sudah menghadiri kursus perkahwinan.

BACA: Julia Ziegler: Berbikini Kerana Ikut Situasi

“Persiapan perkahwinan kami sebenarnya sudah pun dimulakan sejak Jun lalu dan kini ia hampir sempurna dilakukan. Apa yang tinggal kini hanyalah cendera hati untuk tetamu, yang kebanyakannya kami hasilkan sendiri”

“Pada masa sama, saya ligat membantu keluarga melakukan persiapan kahwin adik saya, Melissa, yang akan menaiki pelamin bulan depan. Majlis kahwin saya cukup ringkas dan sederhana. Paling penting ialah acara wajib, iaitu akad nikah, berlangsung dalam suasana yang sempurna,” jelasnya kepada BH Online.

Bagi Julia, kehadiran bakal suaminya, Johan itu juga banyak mengubah dirinya. Selain menyatakan sudah lama bersedia untuk bergelar isteri, Julia juga sangat percaya bahawa lelaki berkenaan adalah jodoh terbaik buatnya. (rtky/s)

7-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya 5-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya 4-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya 3-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya 2-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya 1-julia-ziegler-percaya-bakal-suami-jodoh-terbaik-rotikaya
Read more

Bos Paling Baik Di India Beri Hadiah Cecah RM32.3 Juta Kepada Pekerja

deepavali-750x501

Imej dari hindustantimes

Pergh! Syoknya dapat bos baik hati macam ni. Sesuai sangat gelaran ‘Bos Paling Baik Di India’ diberi kepadanya.

Savji Dholakia, peneraju syarikat berlian Hari Krishna Exports, telah menghadiahkan lebih dari 1,200 kereta dan apartment kepada pekerjanya sempena Deepavali. Jumlah keseluruhan hadiah yang diberikan dianggarkan bernilai RM32.3 juta.

Walaupun majoriti pekerja di India lebih menggemari hadiah berupa wang tunai namun Savij lebih gemar memberikan hadiah dalam bentuk praktikal.

Menurut Savji, syarikatnya mempunyai hasil export bernilai lebih A$700 juta ke lebih 70 negara, tetapi tiada yang lebih bernilai daripada pekerjanya.

deepavali1-e1477876171235

Imej dari hindustantimes

Sumber: Wanista

Read more

Baru Kahwin, Berat Saharul Ridzwan Naik 20 Kilogram

Kehadiran isteri di dalam kehidupan sememangnya mampu merubah segalanya termasuklah berat badan. Mengakui segala keperluannya selain turut bahagia bersama isterinya, Deena Emir, Saharul Ridzwan turut menjelaskan bahawa berat badannya turut naik sehingga 20 kilogram.

BACA: Saharul Ridzwan & Isteri Bakal Berbulan Madu Di Mekah

“Memang saat ini saya terlalu bahagia selepas berumahtangga. Semuanya terjaga dari segenap segi. Bangun pagi saja, makanan sudah tersedia di atas meja. Isteri pula memang akan bangun pagi dan menyediakan hidangan untuk kami”

Apabila pula dari lokasi, beliau yang setia menunggu di rumah sekali lagi menjamu suaminya ini. Hasilnya, lihatlah bentuk badan saya yang mula mengembang ini,” kongsinya bersama BH Plus.

Bagaimanapun, pelakon lelaki ini menyatakan bahawa dia kini sudah kembali ke gimnasium bagi mendapatkan kembali tubuh badan idaman selepas beratnya kini hampir mencecah 90 kilogram. (rtky/s)

7-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya 6-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya 5-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya 4-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya 2-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya 1-baru-kahwin-berat-saharul-ridzwan-naik-20-kilogram-rotikaya
Read more

Isteri Kedua Adi Putra Hamil?

Sebelum ini Adi Putra mengejutkan orang ramai dengan berita perkahwinan kali kedua yang dilakukan secara rahsia bersama seorang wanita bernama Nor Shahida. Kini timbul pula kontroversi baru dimana isteri keduanya itu dikhabarkan sedang hamil anak pertama mereka.

BACA: Adi Putra Tak Kisah Babak Bersentuhan Kecuali Cium Dahi

“Khabarnya, Nor Shahida sedang hamil anak pertama bersama Adi selepas berkahwin dengan aktor itu pertengahan tahun lalu. Alhamdulillah, syukur kalau benar berita itu. Sebab selama ini pun sudah lama Adi mengidam untuk menimang cahaya mata sementelah sudah mempunyai seorang anak angkat dengan isteri pertamanya, Aida Yusof.

“Cuma jangan haraplah Adi nak mengaku tentang kebenaran kisah kehamilan itu memandangkan sebelum ini dia awal-awal sudah memberi amaran tidak mahu berkongsi cerita peribadi kepada umum,” katanya di ruangan Miss J di Utusan Online.

Tidak dinafikan plot pergolakan rumah tangga Adi sebelum ini memang menarik perhatian orang ramai apabila beliau dikatakan menjadi punca penceraian perkahwinan isteri keduanya yang sebelum ini telah berkahwin. Tidak habis dengan itu, timbul pula berita tangkapan isteri keduanya kerana didapati terlibat didalam sindiket penyeludupan warga asing sebelum ini.

Bagaimanapun, Adi yang turut terkesan dengan kritikan negatif yang dilemparkan oleh peminat dengan kontroversi yang melanda nekad untuk tidak lagi berkongsi mengenai perihal peribadinya kepada umum kerana menginginkan privasi. Walau apapun, jika benar berita kehamilan ini, tahniah diucapkan kepada Adi dan isteri. Semoga segala urusan dipermudahkan hendakNya. (rkty/w)

1-adi-putra-bakal-tunai-haji-bersama-isteri-pertama-jpeg 2-adi-putra-bakal-tunai-haji-bersama-isteri-pertama-jpeg 2-adi-putra-enggan-kongsi-gambar-isteri-kedua-jpeg 4-adi-putra-bakal-tunai-haji-bersama-isteri-pertama-jpeg 6-adi-putra-bakal-tunai-haji-bersama-isteri-pertama-jpeg 5-adi-putra-enggan-kongsi-gambar-isteri-kedua-jpeg
Read more