Bakal melangsungkan perkahwinan bersama cinta hati pada awal tahun hadapan, Julia Ziegler ternyata teruja menanti hari bahagia tersebut malah dia dan pasangan juga sudah menghadiri kursus perkahwinan.
BACA: Julia Ziegler: Berbikini Kerana Ikut Situasi
“Persiapan perkahwinan kami sebenarnya sudah pun dimulakan sejak Jun lalu dan kini ia hampir sempurna dilakukan. Apa yang tinggal kini hanyalah cendera hati untuk tetamu, yang kebanyakannya kami hasilkan sendiri”
“Pada masa sama, saya ligat membantu keluarga melakukan persiapan kahwin adik saya, Melissa, yang akan menaiki pelamin bulan depan. Majlis kahwin saya cukup ringkas dan sederhana. Paling penting ialah acara wajib, iaitu akad nikah, berlangsung dalam suasana yang sempurna,” jelasnya kepada BH Online.
Bagi Julia, kehadiran bakal suaminya, Johan itu juga banyak mengubah dirinya. Selain menyatakan sudah lama bersedia untuk bergelar isteri, Julia juga sangat percaya bahawa lelaki berkenaan adalah jodoh terbaik buatnya. (rtky/s)
0 comments