Tuesday, February 28, 2017

Kanak-kanak maut dilanggar kereta yang sedang mengundur


MARAN, TERENGGANU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun maut selepas dilanggar bapanya sendiri yang sedang mengundurkan kereta pancuan empat rodanya, pagi semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 8.45 pagi di FELDA Jengka 10, Nur Aireena Ilhani Azizi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 

Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, bapa mangsa, Azizi Ramli, 47, yang memiliki kedai runci baru pulang selepas menghantar barang kepada pelanggannya. 

Abang sulung mangsa, Muhammad Aiman Azizi, 18 berkata, dia berada di kaunter kedai runcit berkenaan sebelum dikejutkan dengan jeritan, Noraini Mohamad, 41, yang memanggil nama mangsa, menyebabkan dia terus keluar untuk melihat apa yang berlaku. 

"Sebaik saja keluar, saya melihat adik sudah terbaring di belakang kenderaan ayah dalam keadaan berlumuran darah. 

"Adik terus dibawa ke Hospital Jengka namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya. 

Sementara itu, Azizi Ramli masih trauma dengan kejadian itu dan mengakui terkilan kerana kehilangan satu-satunya anak perempuan daripada empat beradik. 

Jenazah mangsa telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam FELDA Jengka 10, jam 3 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hassan mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan. - The Reporter
Read more

Gambar Sekitar Majlis Berinai Sari Yanti

Baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Sari Yanti baru baru ini ada berkongsikan gambar di sekitar majlis berinai yang turut dihadiri rakan selebriti yang lain.

BACA: Sekitar Majlis Pernikahan Jep Sepahtu, Sari Yanti

Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti telah selamat bergelar suami isteri pada 25 Februari 2017. Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada hari ini di Dewan Mercu Mustapha Kamal.

Bagaimanapun sehingga kini pasangan ini bagaikan cuba mengelak untuk ditemuramah oleh pihak media. Malah sebelum ini pihak media juga dilarang untuk menghadiri majlis pernikahan mereka.

Masing masing sudah cukup matang rasanya untuk berhadapan dengan media di Malaysia ini. Ia umpama satu ekosistem yang saling membantu. Apa pun semoga pasangan pengantin baru ini bahagia. Kami kongsikan gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung. (rtky/s)

Gambar Ihsan: CST Production

Read more

Nak beli rumah pertama? Ini panduan lengkap untuk anda



Ada orang kata susahnya beli rumah tetapi pelik tak kenapa ada orang boleh beli banyak rumah macam beli karipap sedangkan gaji anda dan gaji mereka sama sahaja? 

Mudah sahaja. Mereka tahu apa yang bank suka, jenis rumah yang berguna dan strategi yang ada. Mereka ada ilmu. Saya bongkarkan kepada anda rahsia ilmu-ilmu mereka. Buat ikut langkah-langkah ini dan elakkan shortcut! Amaran, elakkan shortcut!

PROFIL KEWANGAN

1. Senaraikan Pendapatan (Income) [PENTING]
  • Pendapatan tetap
  • Pendapatan tidak tetap (elaun, komisen, overtime, bonus dan lain-lain)
  • Pendapatan sampingan

2. Senaraikan Potongan (Deduction) [PENTING]
  • Potongan KWSP
  • Potongan SOCSO / PERKESO 
  • Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Potongan Zakat
  • lain-lain yang berkenaan

3. Senaraikan Komitmen (Commitment) [Rujuk CCRIS]
  • Pembiayaan peribadi 
  • Pembiayaan kenderaan
  • Kad kredit
  • Pembiayaan ASB
  • Pinjaman pengajian contohnya PTPTN
  • lain-lain yang berkenaan

4. Senaraikan Pelaburan [OPTIONAL]
  • ASB
  • Saham
  • Unit Amanah
  • lain-lain yang berkenaan

5. Senaraikan Simpanan [PENTING]
  • Bank 
  • Tabung Haji 
  • lain-lain yang berkenaan

6. Senaraikan Cukai [PENTING]
  • Cukai Pendapatan
  • Cukai Perniagaan
  • lain-lain yang berkenaan

7. Dokumentasi [SANGAT PENTING]
Semua senarai di atas perlu mempunyai dokumen sah sebagai bukti contohnya :
  • Pendapatan : Slip Gaji
  • Potongan : Slip Gaji
  • Komitmen (Pembiayaan) : Letter Offer
  • Pelaburan : Buku ASB / Penyata yang dikemaskini
  • Simpanan : Buku Simpanan yang dikemaskini
  • Cukai : Penyata Cukai

LAPORAN KREDIT

Pihak institusi kewangan lazimnya akan menyemak laporan kredit pemohon sebelum meluluskan pembiayaan. Sekiranya laporan kredit pemohon tidak baik, maka agak sukarlah permohonan mereka diberi kelulusan. 

Contohnya rekod pembayaran CCRIS yang tidak sempurna atau terdapat tunggakan serta laporan CTOS yang menunjukkan bahawa dia seorang pembayar hutang yang tidak bagus, maka ia akan menutup peluang pemohon untuk membuat permohonan baru sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pembiayaan yang terdahulu

A. SEMAK CCRIS

Bank akan merujuk CCRIS untuk melihat "sikap" pemohon dalam membayar ansuran bulanan pembiayaan atau pinjaman berkaitan daripada institusi kewangan termasuklah PTPTN.

Sekiranya tiada tunggakan, maka CCRIS akan menunjukkan angka kosong pada setiap bulan yang tertera. Sekiranya ada tunggakan, CCRIS akan menunjukkan angka tertentu contohnya 1 jika 1 bulan tertunggak atau 30 jika 30 bulan tertunggak.

Bank tidak suka memberi pembiayaan kepada orang yang culas. Sekiranya ada tunggakan, selesaikan dahulu masalah tunggakan anda dan tunggulah sehingga 12 bulan supaya rekod buruk itu hilang daripada penyata CCRIS,

Bagaimana menyemak CCRIS:

1. Kiosk Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur atau cawangan BNM (Johor Bharu, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kuching, Kota Kinabalu) :
  • bawa kad pengenalan
  • cap jari
  • cetak CCRIS

2. Cawangan AKPK

3. http://ift.tt/2c6MbLG - RM10
  • emel
  • pos
  • faksimile

4. http://ift.tt/2lR4Qlz - RM10

B. SEMAK CTOS

CTOS adalah sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam. CTOS menjadi antara sumber rujukan laporan kredit untuk institusi kewangan bagi setiap permohonan pembiayaan daripada individu atau syarikat.

CTOS tidak menyenaraihitamkan sesiapa; mereka hanya bertindak sebagai pemberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko pemohon pembiayaan.

Laporan CTOS memperincikan pengesahan identiti, penglibatan perniagaan, jawatan pengarah dan pemilikan perniagaan. Ia juga mengandungi butir-butir tindakan undang-undang, status kes serta maklumat kebankrapan.

Anda boleh menyemak laporan kredit CTOS anda melalui online di http://ift.tt/1Xqs1Nh.

BERSEMUKA DENGAN BANKER

1. Bawa semua dokumen :
  • Profil Kewangan
  • CCRIS - jika ada
  • CTOS - jika ada

2. "Walk-in" ke beberapa buah bank berbeza kerana polisi dan syarat setiap bank adalah tidak sama

3. Jumpa pegawai bank yang menguruskan pembiayaan perumahan

4. Beritahu pegawai bank tersebut bahawa anda mahu: 
  • membeli rumah 
  • semak keperluan dokumen untuk mohon pembiayaan
  • semak kelayakan pembiayaan

5. Banker akan bantu kira kelayakan pembiayaan anda berdasarkan Debt-Service Ratio dengan merujuk kepada semua dokumen yang anda kemukakan.

6. Jika jawapannya positif, mulakan pemburuan hartanah berdasarkan kelayakan pembiayaan anda.

7. Jika jawapannya negatif:
  • perbaiki profil kewangan
  • perbaiki CCRIS
  • hapuskan CTOS
  • perkasakan dokumentasi kewangan

8. Jika anda tidak berpuas hati, pergi ke beberapa buah bank berbeza kerana setiap bank polisi dan syarat kelayakannya adalah tidak sama

PEMBURUAN HARTANAH

MEMBURU HARTANAH PERTAMA

1. LOKASI
  • Cari yang dekat supaya boleh duduk sendiri.
  • Jika yang dekat terlalu mahal, carilah yang jauh dan murah mengikut keupayaan pembiayaan anda kemudian sewakan dan anda teruskan menyewa hartanah yang dekat.

2. JENIS
  • Jika banglo terlalu mahal, pilihlah semi-D. 
  • Jika masih mahal, pilihlah teres. 
  • Jika masih mahal, pilihlah kondo / apartmen. 
  • Jika masih mahal, pilih rumah pangsa / flat. 
  • Jika masih mahal, pilih rumah kos rendah mengikut syarat. 
  • Jika masih mahal, bergurulah ilmu mencari rumah murah.
  • Jika masih tak jumpa, nafsu anda terlalu besar untuk dapat yang sempurna segalanya

3. CARA BELI
  • Pemaju (Underconstruction) : rumah baru, rumah wangi, modal rendah. risiko sederhana. namun biasanya ada tempoh menunggu, harga mahal dan risiko terbengkalai
  • Pasaran Sekunder (Subsale) - rumah terpakai, modal sederhana, boleh runding harga. harga sederhana, risiko rendah kerana rumah sedia ada, namun tak ramai yang pandang sebab rumah lama dan terpakai.
  • Lelong - rumah busuk, modal tinggi, risiko tinggi, kebanyakannya sangat murah namun tidak boleh lihat dalaman rumah sebelum membeli dan mungkin banyak tunggakan
  • Nak percuma? Tunggulah anda dapat harta secara pewarisan. Itu pun kalau dapatlah!

4. BAJET
  • Tentukan harga rumah yang ingin dimiliki mengikut hasil perjumpaan dengan pegawai bank di awal cerita tadi
  • Masih ada rumah murah contohnya 10,000 (bukit beruntung), 60,000 (damansara damai), 70,000 (puchong) dan lain-lain. Usahakan mencari!
  • Jika rumah murah itu anda rasakan jijik, beli dan sewakanlah. Sekurang-kurangnya anda dah ada satu rumah. Penyewa bayar unit anda, dan anda bayar unit yang sewa. Tapi anda tetap dah ada satu unit sendiri walaupun masih menyewa rumah orang lain sampai mati!
  • Harga rumah biasanya akan terus meningkat. Selepas beberapa tahun, anda boleh buat pembiayaan semula atau jual sahaja dan belilah rumah idaman anda. Mulakan dahulu dengan yang kecil dan sederhana.

5. LEASEHOLD / FREEHOLD
  • Leasehold : Pajakan. Harga rendah sedikit berbanding unit Freehold. Bank biasanya akan memberi pembiayaan jika baki tempoh pajakan ialah sekurang-kurangnya 30 tahun selepas tamat tempoh pembiayaan. Proses pembelian dan pindah milik juga sedikit rumit berbanding unit Freehold.
  • Freehold : Hakmilik Kekal. Harga tinggi sedikit berbanding unit Leasehold. Biasanya permintaan tinggi berbanding unit Leasehold namun tidak semestinya juga.
  • Mana-mana pun boleh sahaja sebenarnya, untuk rumah pertama jangan terlalu memilih sahaja.

6. BUMI LOT / NON-BUMI LOT
  • Bumi Lot : Untuk Bumiputra sahaja. Harga murah sedikit berbanding Non-Bumi Lot.
  • Non-Bumi Lot : Terbuka kepada semua bangsa. Harga tinggi sedikit berbanding Bumi Lot.
  • Jika anda bumiputra, beli mana-mana pun boleh. Jangan terlalu memilih.

B. BELI SENDIRI @ AGEN
  1. Kalau anda yakin anda mahir, silakan beli sendiri. Booking, Deposit, S&P, guaman, pembiayaan dan sebagainya. Jika mahirlah ya.
  2. Jika anda tak mahir, guna khidmat Agen Hartanah Berdaftar. Buru hartanah pertama melalui agen. Agen sedia membantu untuk "mix and match" dan beri nasihat kewangan. Namun pastikan agen yang anda cari itu berkaliber, boleh dipercayai dan berdaftar.
  3. Cara paling selamat? Dua-dua cara pun selamat. Namun jika tiada ilmu, dua-dua cara pun bahaya tau!

C. SENARAI HARTANAH DIJUAL / DIBIDA

1. SUBSALE
  • Agen Hartanah Berdaftar 
  • Facebook Group
  • Laman Sesawang : mudah.my, iproperty dan lain-lain
  • Rondaan ke lokasi yang diingini dan lihat iklan di pagar rumah yang ingin dijual jika ada
  • Mulut-ke-mulut (pentingnya networking dan ringan mulut untuk bertanya kejiranan)

2. LELONG
  • Agen Lelong 
  • Facebook Group
  • Laman Sesawang Pelelong : Ng Chan Mau, Property Auction House, Ehsan Auctioneer, Eszam Auctioneer dan lain-lain
  • Laman Sesawang Berbayar : lelongtips, auctiondata, auctionlist dan lain-lain
  • Laman Sesawang Bank : CIMB, RHB dan lain-lain

3. UNIT DALAM PEMBINAAN
  • Agen Hartanah Berdaftar
  • Facebook Group
  • Laman Sesawang : mudah.my dan lain-lain
  • Pusat Beli Belah

D. NILAI PASARAN

1. Semak Nilai Pasaran
  • Jurunilai Hartanah
  • Walk-in jumpa pegawai bank bahagian pembiayaan perumahan dan minta mereka tanya panel Jurunilai Hartanah nilai pasaran unit yang anda minati
  • Lihat harga transaksi jualbeli contohnya di Brickz.my (laman sesawang berbayar)
  • Anggar melalui perbandingan dengan iklan unit yang lebih kurang sama di lokasi serupa dalam internet

2. Harga Jual vs Nilai Pasaran
  • Harga Jual = Nilai Pasaran : OK
  • Harga Jual < Nilai Pasaran : Sangat OK
  • Harga Jual > Nilai Pasaran : KO kecuali aliran tunai sangat bagus

3. Pembiayaan vs Nilai Pasaran / Harga Jual
  • Bank hanya memberikan pembiayaan sehingga 90% (atau 70% untuk rumah ketiga ke atas) daripada Harga Jual atau Nilai Pasaran, mana-mana yang lebih rendah.

BELI HARTANAH PERTAMA

BELI UNIT PERTAMA ANDA

1. Pilih unit yang telah anda senaraipendek samada unit dalam pembinaan (underconstruction), pasaran sekunder (subsale) atau lelong (auction).

2. Solat istikharah supaya anda memilih sesuatu yang betul

3. Jika subsale: 
  • semak geran - nama pemilik, status, tempoh pajakan (jika leasehold), kaveat dan lain-lain
  • pastikan ia bukan dalam senarai rumah untuk dilelong
  • bayar booking (di pejabat peguam atau agensi sahaja!)
  • dalam klausa booking, pastikan anda letak terma deposit dikembalikan sepenuhnya jika pembiayaan tidak diluluskan pada margin 90% (atau apa-apa margin yang anda mahu)
  • dapatkan resit booking
  • bayar baki deposit 10%

4. Jika lelong :
  • semak geran - nama pemilik, status, tempoh pajakan (jika leasehold), kaveat dan lain-lain
  • semak tunggakan
  • lawatan tapak (site visit)
  • pastikan pembiayaan anda boleh lepas! ... atau anda bakal berhadapan risiko deposit hangus
  • masuk bida dan bida pada had yang anda tentukan sahaja
  • jika kalah, cuba lagi
  • jika menang, teruskan langkah berikutnya

5. Jika dalam pembinaan daripada pemaju
  • semak iklan - pastikan iklan memenuhi syarat KPKT
  • semak projek - pastikan dibina oleh pemaju yang sah
  • semak tapak pembinaan - pastikan ia tapak yang betul
  • semak pemaju - lihat track record
  • HATI-HATI DENGAN SCAM!
  • bayar booking
  • bayar baki 10% (jika perlu)

LANTIK PEGUAM
  1. Untuk subsale dan lelong, anda berhak lantik peguam sendiri. Sekali lagi, lantik peguam berkaliber dan boleh dipercayai. Untuk underconstruction, biasanya anda perlu guna peguam panel pemaju, namun anda tetap boleh lantik peguam yang lain untuk jaga kepentingan anda (namun perlu fikirkan tambahan kos).
  2. Lakukan tindaksusul dan tanya "progress" sekurang-kurangnya sekali setiap 2 minggu.
  3. Peguam akan lakukan tindakan seterusnya yang diperlukan.
  4. Jika ada kekeliruan, hubungi peguam anda untuk dapatkan maklumat terperinci.
  5. Kos guaman biasanya dalam julat 3% - 8% daripada harga rumah.

BAYARAN - SUBSALE
  1. Deposit 10% daripada harga rumah (kalau dapat unit bawah nilai pasaran yang boleh markup harga S&P, maka deposit dapat dikurangkan)
  2. Kos dokumentasi guaman 3% - 8% daripada harga rumah
  3. Renovasi? Ala kadar sahaja sudahlah. Kos adalah bergantung kepada nafsu anda.
  4. Tempoh serah kunci biasanya 3-6 bulan.

BAYARAN - LELONG
  1. Deposit 5% atau 10% daripada harga rizab rumah
  2. Jika guna agen, bayaran agen dalam 1.5% - 3.0% daripada harga menang bidaan jika menang. Jika kalah bidaan, tanya awal-awal daripada agen berapa bayaran jika kalah.
  3. Jika menang, anda perlu tahu berapa kos yang perlu anda keluarkan untuk tunggakan, kos guaman (3%-8%), kos pembaikian dan lain-lain.
BAYARAN - UNDERCONSTRUCTION
  1. Bayar booking
  2. Bayar baki 10% (jika perlu)
  3. Bayar "progressive payment" mengikut syarat antara bank dan pemaju
  4. Sentiasa follow up supaya tiada kelewatan pembayaran yang boleh menyebabkan anda terpaksa membayar penalti kelewatan sewaktu proses serah kunci kelak

10 TIPS BELI RUMAH PERTAMA

1. Beli unit bawah nilai pasaran :
  • unit lelong
  • unit pasaran sekunder (subsale)

2. Beli unit kos masuk (entry cost) minima :
  • unit dalam pembinaan berdiskaun >10%
  • unit pasaran sekunder (subsale) boleh runding
  • pembiayaan bank / kerajaan 100%

3. Beli unit yang harganya lebih rendah daripada kemampuan sebenar (sebagai buffer)
  • kemampuan 300K, belilah 200K-250K
  • kemampuan 150K, belilah 80K-120K

4. Beli dua unit terus untuk maksimakan kedua-dua kuota 90% pembiayaan anda untuk dua rumah pertama.
  • mampu beli 300K, beli 2 unit 100K-150K
  • mampu beli 200K, beli 2 unit 60K-100K

5. Beli sahaja di mana-mana.
  • rumah murah jauh, beli dan sewa
  • rumah murah dekat, beli dan duduk

6. Rajin mencari setiap hari kerana unit menarik banyak mata memerhati.
  • media sosial
  • mudah.my
  • ronda kawasan

7. Guna Agen Hartanah.
  • padan permintaan (demand) & pembekalan (supply)
  • kadang-kadang dapat nasihat kewangan

8. Lawat Kawasan (Site Visit).
  • tengok lokasi
  • tengok kejiranan
  • tengok kerosakan 
  • tengok potensi
  • runding berdepan

9. Semak Profil Kewangan. 
  • Pendapatan (Income)
  • Penolakan (Deduction)
  • Komitmen
  • Simpanan
  • Pelaburan
  • Debt-Service Ratio (DSR)
  • Kelayakan Pembiayaan

10. Cari ilmu - mentor, buku, seminar
  • Belajar cara dapatkan rumah murah
  • Dapatkan ilmu dan praktikkan
  • Ilmu tanpa usaha ibarat pohon tidak berbuah

"Saya tidak beri ikan. Saya hanya bagi joran; pilihlah umpan apa anda nak guna, lubuk mana anda nak pergi dan ikan apa anda nak kail.
Read more

“Suami Tak Izin Berlakon Bukan Punca Pergolakan”

Hanez Suraya mengakui kecewa apabila kisah mengenai rumahnya timbul dengan pelbagai spekulasi yang ditokok tambah malah turut menafikan bahawa rumah tangganya berantakan kerana suami tidak mengizinkannya berlakon semula.

BACA: Hanez Suraya Sah Failkan Penceraian

“Sebenarnya kami okay saja. Tak ada apa yang berlaku antara kami. Namun, orang lain yang suka menokok tambah cerita seolah-olah mereka lebih tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Ingin dijelaskan, cerita yang kononnya saya nak kembali berlakon tapi suami tak izinkan menjadi punca pergolakan rumah tangga kami adalah tak benar sama sekali. Perkara itu tak pernah berlaku pun”

“Jadi, apabila terlalu banyak spekulasi, suami mula bertanya. Satu kerja pula lagi saya perlu menjelaskan kepadanya. Apa saya boleh katakan, jangan mudah percaya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Kisah rumah tangga Hanez kembali diperkatakan baru baru ini apabila nama pelakon itu dan suaminya tersenarai dalam kes Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Hanez dan suami kini dikurniakan cahaya mata, Puteri Aleesya yang berusia setahun dua bulan. (rtky/s)

Read more

MAKNA TAHI LALAT YANG ADA PADA TUBUH BADAN KITA YANG ADA DEKAT MUKA TU MEMANG BERNASIB BAIK GILA

MAKNA TAHI LALAT YANG ADA PADA TUBUH BADAN KITA YANG ADA DEKAT MUKA TU MEMANG BERNASIB BAIK GILA

tahi+lalat+di+wajah+kecil.jpg
Tahi Lalat di Ujung Mata Kanan/Kiri = Dapat Dipercaya tapi Pendiam
Tahi Lalat di Pangkal Hidung = Pandai dan Baik Hati
Tahi Lalat di Alis Kanan = Suka Menolong
Tahi Lalat di Alis Kiri = Dicintai Banyak Orang
Tahi Lalat di Hidung = Banyak Rezeki
Tahi Lalat di Hidung Bawah = Pandai Bicara, Banyak rezeki
Tahi Lalat di Bibir Atas = Cerdas, Banyak Rezeki
Tahi Lalat di Bibir Bawah = Baik Hati
Tahi Lalat di Pipi Kanan/Kiri = Dermawan
Tahi Lalat di Pipi Tengah = Disukai
Tahi Lalat di Ujung Mulut = Pandai Bicara
Tahi Lalat di Dagu = Pandai Bicara dan Jujur
Tahi Lalat di Telinga Kanan = Keras dan Gampang Emosi
Tahi Lalat di Telinga Kiri = Pintar dan Jujur
Tahi Lalat di Leher Bagian Depan = Bijaksana
Tahi Lalat di Leher Bagian Belakang = Kecil Hati, mudah Putus asa
Tahi Lalat di Bahu Kanan = Pendiriannya Teguh
Tahi Lalat di Bahu Kiri = Pikirannya Selalu Ruwet
Tahi Lalat di Buah Dada Kanan/Kiri = Nafsunya Besar
Tahi Lalat di Antara Buah Dada = Baik Hati
Tahi Lalat di Punggung = Dapat di Percaya
Tahi Lalat di tengah Perut (sekitar Pusar) = Dapat di Percaya
Tahi Lalat di Pinggang = Jujur dan Tabah
Tahi Lalat di Pantat = Sering Menderita
Tahi Lalat di Pangkal Paha = Tangkas dan Banyak Rezeki
Tahi Lalat di Daerah Kemaluan = Nafsu Besar
Tahi Lalat di Lutut Depan = Kuat Berjalan
Tahi Lalat di Lutut Sebelah Dalam (Lipatan/belakang lutut) = Hatinya Tidak Tetap
Tahi Lalat di Betis = Dapat di Percaya
Tahi Lalat di Tulang Kaki Kanan (Tulang Kering) = Pemboros
Tahi Lalat di Tulang Kaki Kiri = Pemberani
Tahi Lalat di Pergelangan Kaki = Kuat Berjalan
Tahi Lalat di Tumit = Tidak dapat di Percaya
Tahi Lalat di Jari-Jari Kaki = Suka Bekerja
Tahi Lalat di Lengan Kanan/Kiri = Suka Bekerja
Tahi Lalat di Telapak Kaki = Baik Hati
Tahi Lalat di Telapak Tangan Kanan = Pandai Menyimpan Harta
Tahi Lalat di Telapak Tangan Kiri = Pemboros
Tahi Lalat di Telapak Belakang = Kuat Kaya
Tahi Lalat di Ujung Siku = Baik Hati
Tahi lalat di Siku Bagian dalam = Selalu Tabah
Tahi Lalat di jari-jari Tangan = Banyak Rezeki
Tahi Lalat di Pergelangan Tangan = Pemboros
Tahi Lalat di Ubun Ubun = Tamak akan harta benda, Jahat, dan Jahil
Tahi Lalat di Unyeng Unyeng (Puser di kepala)= Pendiam tapi Banyak Akal dan Cerdas
Tahi Lalat di Kepala Bagian Belakang = Dapat di Percaya, Pemberani, dan Sabar
Tahi Lalat di Kepala Sebelah Kiri = Wataknya Buruk
Tahi Lalat di Dahi Kanan atau Kiri = Kepribadiannya Jelek
Tahi Lalat di Tengah- Tengah Dahi (Jidat) = Pandai dan Baik Hati
Tahi Lalat di Pelipis Kanan/Kiri = Banyak Rezeki


Read more

Jangan Menyusahkan Akad Nikah


Saya juga amat sedih melihat ada kalangan tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz ijab qabul ketika akad nikah kononnya belum sah.
Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambarkan persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah.
Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti mana yang disebut oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut.
Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.
Sarjana fekah zaman ini Dr Abd al-Karim Zaidan r.h. dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:
“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain:
“Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab:
“Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”.
Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”.
Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim:
“Sesungguhnya seorang Arab Badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”.
Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”.
(rujukan: Al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi:
بَاب إِذَا قَالَ الْخَاطِبُ لِلْوَلِيِّ زَوِّجْنِي فُلَانَةَ فَقَالَ قَدْ زَوَّجْتُكَ بِكَذَا وَكَذَا جَازَ النِّكَاحُ وَإِنْ لَمْ يَقُلْ لِلزَّوْجِ أَرَضِيتَ أَوْ قَبِلْتَ
(Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab:
“Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”).
Juga al-Imam al-Bukhari (meninggal 256H) menyebut:
وَإِذَا قَالَ لِلْوَلِيِّ زَوِّجْنِي فُلَانَةَ فَمَكُثَ سَاعَةً أَوْ قَالَ مَا مَعَكَ فَقَالَ مَعِي كَذَا وَكَذَا أَوْ لَبِثَا ثُمَّ قَالَ زَوَّجْتُكَهَا فَهُوَ جَائِزٌ فِيهِ سَهْلٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
(Apabila bakal suami berkata kepada wali (bakal isteri) kahwinkanlah aku dengannya, lalu wali berkenaan diam seketika, atau bertanya: “apa yang awak ada (mahar)?”, atau kedua mereka diam lalu wali itu berkata: “aku nikahkan engkau dengannya”, maka itu adalah harus (sah).
Ada hadis mengenai hal itu yang telah diriwayatkan oleh Sahl daripada Nabi s.a.w).
Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Tiada cerita satu nafas atau sekali lafaz dalam akad seperti yang ditokok tambah oleh jurunikah.
Apa yang jelas proses ijab dan qabul amatlah mudah. Syaratnya, ia lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi, ia menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri.
Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Khurafat Akad Satu Nafas

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak.
Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah.
Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”.
Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke?
Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Sumber : tazkirah.net


via Bin Usrah
Read more

”Wahai Hawa, Kamu Itu Ada Dua Pilihan”


Hujan renyai-renyai pagi itu. Sambil memandang ke arah luar tingkap, Hawa mengimbau kenangannya semasa menuntut di universiti suatu masa dahulu. Sudah empat tahun setengah dia meninggalkan tempat yang membuatkan dirinya cinta kepada ilmu.
Rindu mula menggamit relung hatinya. Satu-persatu wajah gurunya terlintas dalam fikiran.
Tiba-tiba, dia teringat akan nasihat salah seorang gurunya suatu masa dahulu.
“Hawa, kamu punyai dua pilihan, sama ada mahu menjadi sebaik-baik perhiasan dunia atau menjadi seburuk-buruk fitnah di dunia.”
“Apa maksud daripada dua pilihan itu, ustaz? Saya tak faham.” Tanya Hawa yang ketika itu memang agak jahil dalam bab-bab agama.
“Hawa, dalam hidup ini kita sentiasa membuat pilihan. Bahkan, setiap hari selepas kita bangun dari tidur, kita perlu membuat pilihan.” Tambah gurunya lagi.
“Begitu juga dengan diri kamu. Ustaz nak tanya, apa matlamat kamu hidup di dunia ini?” Soal ustaz pada Hawa yang mendengar dengan tekun apa yang ingin disampaikan oleh gurunya itu.
“Erm, saya mahu hidup bahagia di dunia dan akhirat di sana nanti ustaz.” Jawab Hawa ringkas.
“Alhamdulillah, bagus matlamat hidup kamu. Tetapi, bagaimana kita nak capai bahagia di sini (dunia) dan di sana (akhirat) nanti jika kita tak ikut aturan yang Allah dah tetapkan?” balas gurunya lagi.
“Hawa, pesanlah pada diri kamu juga teman-temanmu nanti, buatlah pilihan yang bijak dalam hidup. Pilihlah sama ada mahu menjadi sebaik-baik perhiasan di dunia ini iaitu dengan menjadi wanita solehah yang taat akan perintah Allah ataupun mahu menjadi seburuk-buruk fitnah di dunia iaitu ingkar akan segala perintahNya.” Sambung gurunya dengan panjang lebar.
“Oh begitu, baru saya faham. Alhamdulillah, terima kasih ustaz atas peringatan yang amat berguna ini.”
Tersentak Hawa daripada lamunannya tatkala ibunya memanggil dari arah dapur. Sungguh, amat bermakna peringatan gurunya itu sehingga membawa perubahan besar dalam hidupnya. Dia benar-benar terkesan akan nasihat tersebut.
Perhatikanlah juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita solehah.”
Hadis Riwayat An-Nasai Dan Ahmad
Juga, riwayat Muslim ada menyatakan, Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnhya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”
Pilihan ini terletak pada diri masing-masing. Sejauh mana kecintaan kita kepada Allah dan juga RasulNya. Bahkan, ia turut menjadi kayu ukur bagi iman seseorang.
Jika kita memilih untuk menjadi seburuk-buruk fitnah, maka beringatlah akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Aku tidak meninggalkan satu fitnah (ujian) pun yang lebih membahayakan para lelaki melainkan fitnah (ujian) daripada wanita.”
Hadis Riwayat Bukhari
Begitulah peringatan Rasulullah SAW terhadap kaum lelaki agar berhati-hati dengan ujian yang datang daripada kaum wanita. Sungguh, kuasa wanita amat besar dan luar biasa jika tidak dikawal dengan iman. Wahai kaum hawa, buatlah pilihan yang tepat agar kalian tidak menjadi salah seorang penyebab hancurnya iman umat Muhammad SAW bernama Adam.
“Pakaikanlah pakaian taqwa, maka engkau akan menjadi wanita tercantik di dunia.”
Dr.Aidh al-Qarni
Sentiasalah berdoa agar diperbaiki setiap urusan dalam kehidupan sepertimana doa berikut;
“Wahai Tuhan, yang hidup dan berdiri sendiri dengan rahmat dan kasih sayangMu, aku memohon pertolongan kepadamu. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap Urusanku.”
Doa Fatimah r.anha, puteri Rasulullah SAW

 Sumber : tazkirah.net



via Bin Usrah
Read more

Sebagai Seorang Muslim, Jangan Buat 5 Perkara Ini!


Saya pernah bertemu dengan seorang hamba Allah swt yang sangat misteri orangnya. Datangnya tiba-tiba, hilangnya juga tanpa sebarang tanda. Namun ada suatu nasihat atau peringatan yang beliau begitu tegaskan kepada saya.
Bagaimana untuk saya menjadi seorang Muslim yang benar? Bagaimana untuk saya tahu dan pastikan bahawa saya telah melaksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sebenar?
Hamba Allah swt ini tersenyum dan menjawab persoalan yang saya ajukan dengan “5 Jangan”. Katanya, mulakan dengan berjuang mengelak apa yang dibenci dan dilarang oleh Allah swt agar kita dikasihiNya.
Kemudian kita tambahkan usaha dengan melaksanakan apa yang disuruh dan dicintaNya agar kita terus berada di dalam naungan rahmat dan keampunanNya. Apakah “5 Jangan” ini?

Jangan #1: Jangan Kufur

Terdapat beberapa definisi bagi kata kufur. Secara bahasanya bermaksud “menutupi” atau “mengingkari”. Dari segi Usuluddin, kufur adalah “tutup” sepertimana hati orang-orang kafir yang tertutup dari menerima hidayah Allah swt dan seruan Rasulullah saw.
Menurut kefahaman Ahli Sunnah wal Jamaah pula secara istilahnya kufur adalah suatu pendustaan kepada Rasulullah saw dan ajaran yang dibawanya. Menurut syarak, kufur membawa makna tidak mempercayai dan mengimani Allah swt, para malaikat, kitab-kitabNya, para Rasul, dan sebarang ketetapan agama yang secara daruri diketahui oleh orang Islam.
Allah swt telah menegaskan di dalam Surah An-Nisa’, ayat 136 dan 137 bahawa:
“Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad saw) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.” Surah An-Nisa’, ayat 136 – 137
Secara umum, golongan yang secara terus menolak ajaran Islam dan seruan Rasulullah saw sekaligus tidak mempercayai Allah swt sebagai Tuhan adalah golongan kafir (kufur akhbar).
Apakah yang dikatakan kufur bagi seorang yang mengaku Islam? Kufur bagi seorang Islam adalah apabila dia menolak sebahagian dari ajaran dan hukum Tuhan samada secara lisan, perbuatan ataupun hatinya (kepercayaan).
Contohnya menolak hukum hudud, kerana tidak bersetuju dengan kewujudan hukum ini boleh jatuh kufur. Mempersendakan (menghina, mengejek dan mempermainkan) suruhan dan larangan Allah swt boleh jatuh kufur, menolak sunnah Rasulullah saw boleh jatuh kufur mahupun membenci poligami juga boleh jatuh kufur.
Di dalam ayat di atas juga Allah swt telah menegaskan bahawa, perbuatan dosa yang diulang berkali-kali akan membawa kepada kesesatan yang jauh kerana hati manusia itu semakin lama semakin hitam untuk menerima sebarang petunjuk dan hidayah dari Allah swt.
Kadang-kadang manusia suka mengambil ringan terhadap sesuatu perbuatan dosa itu kerana menganggap apa yang dilakukan adalah suatu hal yang kecil dan remeh. Tanpa sedar, dosa-dosa kecil ini telah dikumpul lama-lama jadi bukit. Lalu kemudian hari nanti siapa yang akan rugi?

Jangan #2: Jangan Syirik

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah berbuat dosa yang besar.” Surah An-Nisa’, ayat 48
Apakah itu syirik? Perkataan syirik berasal dari kata “syaraka” yang bermaksud “mencampurkan dua atau lebih benda/hal yang tidak sama menjadi seolah-olah sama.” Campuran dua elemen ini dipanggil sebagai “isyrak” manakala orang yang mencampurkannya digelar sebagai “musyrik”.
Dalam hal tauhid, syirik adalah mencampurkan (menyekutukan) Allah swt kepada yang lain dengan menganggap yang lain itu juga sama seperti Allah swt yang boleh memberi manfaat dan mudarat. Mana mungkin Tuhan yang Maha Satu disamakan dengan ciptaanNya sendiri, karut!
Hindarilah dari sebarang perkara syirik kerana ia merupakan dosa besar! [Alper]
Hindarilah dari sebarang perkara syirik kerana ia merupakan dosa besar! [Alper]
Syirik besar adalah yang nyata seperti perbuatan sihir yang menyekutukan Allah swt dengan makhluk ghaib, menyembah berhala/patung walaupun mengaku beriman dan memakai tangkal/azimat. Syirik besar boleh menyebabkan pelakunya keluar dari Islam.
Syirik kecil yang sering kita terlepas pandang adalah sikap riak, takbur, sum’ah dan ujub di dalam diri kita. Apabila seorang hamba merasakan dirinya bagus, mulia berbanding orang lain maka dia seolah-olah mahu meletakkan dirinya setaraf dengan Tuhan yang selayaknya berada di aras bagus, mulia, perkasa, hebat dan bangga tersebut.
Awas! Rasulullah saw telah bersabda:
“Riya’ sekalipun hanya sedikit, ia termasuk syirik dan barang siapa memusuhi kekasih-kekasih Allah maka ia telah menyatakan perang terhadap Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang baik, taqwa serta tidak dikenali. Sekalipun mereka tidak ada, mereka tidak hilang dan sekalipun mereka ada, mereka tidak dikenali. Hati mereka bagaikan pelita yang menerangi petunjuk. Mereka keluar dari segala tempat yang gelap gulita.” Riwayat Ibnu Majah & Baihaqi
Jadi Muslim sebenarnya bagaimana? Lawan “syaraka” adalah “khalasha” yang bermaksud “memurnikan”. Sesuatu yang tidak bercampur itu suci dari sebarang unsur lain/luar dan ini dipanggil sebagai “Khalish”.
Dari kata ini hadir perkataan “ikhlas” iaitu sikap yang mentawhidkan Allah swt secara keseluruhannya, kesucian yang total. Melalui apa dia mentawhidkan Allah swt?
Segala perbuatannya, lisannya, keyakinannya, bicara hatinya dan buah fikirannya semua dilakukan demi Allah swt dan kerana Allah swt. Apatah lagi segala ibadahnya juga diabadikan untuk mengharap redha Allah swt.

Jangan #3: Jangan Zalim

Zalim adalah kata lawan bagi “Adil”. Dari aspek ini menurut Syeikh Raghib al Asfahani dalam al Mufradat fi Gharib Al-Quran, zalim membawa maksud “tidak menempatkan/meletakkan sesuatu pada tempatnya, menambah mahupun mengurangkannya.”
Dari segi istilah bahasa, zalim membawa maksud “aniaya/celaka.” Dapatlah disimpulkan bahawa perbuatan zalim adalah tindakan yang tidak menurut syariat Islam seperti meninggalkan suruhan dan mengerjakan larangan Allah swt sekaligus meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang diredhai Allah swt.
Zalim kepada Allah swt berlaku apabila kita sebagai hamba telah menidakkan hak Allah swt sebagai Tuhan yang disembah. Tindakan ini membawa kepada kekufuran dan menjadi syirik apabila disertakan dengan perbuatan menyekutukan Allah swt dengan yang lain. Zalim ini sangat besar dosanya seperti firman Allah swt:
“Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang amat besar.” Surah Luqman, ayat 13
Secara tidak langsung, kita telah menzalimi diri sendiri apabila kita menidakkan hak Allah swt kerana balasan perbuatan ini adalah neraka. Zalim kepada diri sendiri juga berlaku apabila kita melakukan maksiat dan dosa dengan sengaja, jelas sekali kita sengaja merosakkan hidup dunia dan akhirat melalui perbuatan-perbuatan ini.
Perbuatan zalim kepada orang lain berlaku apabila kita melakukan kesalahan, dosa dan maksiat yang melibatkan orang lain seperti zina dan judi. Juga menjadi suatu perbuatan yang zalim apabila kita tidak menempatkan hak orang lain di tempat yang sepatutnya seperti firman Allah swt di dalam surah Asy-Syura ayat 42:
“Sesungguhnya dosa besar itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.” Surah Luqman, ayat 42
Contohnya seperti apabila seorang suami menidakkan hak nafkah seorang isteri, seorang pemimpin menidakkan hak rakyatnya untuk dilindungi dan seorang pemegang amanah harta anak yatim mengambil harta tersebut untuk kepentingan sendiri.

Jangan #4: Jangan Fasik

Fasik (Al Fisq) berasal dari kata “fasaqa-yafsiqu/yafsuqu-fisqan-fusuqan” yang merupakan ungkapan orang Arab membawa maksud “keluar dari sesuatu.” Misalannya boleh diumpamakan seperti keluar dari kulitnya. Menurut penjelasan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Fasik adalah perumpamaan bagi “terkupas kulit luarnya.”
Perumpamaan ini digunakan oleh masyarakat Arab bagi menggambarkan sesuatu yang tidak sempurna apabila terkupas. Saya begitu tertarik dengan ungkapan, ‘jika kulit luar (Islam) anda terkupas, mana mungkin isi dalamnya (Iman) itu sempurna; boleh jadi berkulat, boleh jadi dihurung lalat, mungkin juga sudah berulat!’
“Orang Fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang yang rugi.” Surah Al-Baqarah, ayat 27
Fasik membawa kepada ketidaksempurnaan Iman apabila seorang yang mengaku Muslim melanggar (fasaqa) dari melaksanakan Rukun Islam dengan sempurna. Mustahil orang yang tidak solat, tidak puasa dan tidak berzakat itu tinggi imannya.
Jadi perbuatannya samalah seperti melanggar ikrar dan bukti seorang Muslim kepada Tuhannya. Menurut Ibnu Manzhur di dalam Lisan al ‘Arab, fasik membawa kepada bermaksiat, meninggalkan perintah Allah swt dan menyimpang dari jalan yang benar.
Bermaksiat samalah dengan melakukan kerosakan dan dosa seperti ayat di atas. Kemuliaan seorang hamba Allah itu sebagai khalifah di bumi akan hilang apabila dia bersikap fasik seperti firmanNya:
“Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu serta mengerjakan amal soleh, bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka khalifah di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka menjadi khalifah. Dan Dia menggantikan (keadaan) mereka sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa (selama) mereka tetap menyembahKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang yang fasik.” Surah An-Nur, ayat 55

Jangan #5: Jangan Munafik

Kata munafik berasal dari kata “nafaqa”, “yunafiqu”, “nifaqan” dan “munafaqatan”. Secara bahasanya, mewakili lubang bagi tempat keluarnya sejenis haiwan tikus dimana bila dicari di satu lubang, maka haiwan ini keluar melalui lubang yang lain.
Sifat tikus ini pada lubang-lubang tadi adalah perumpamaan bagi golongan munafik yang memiliki “dua wajah”. Di satu aspek mereka menampakkan keIslaman dan kebaikan tetapi di satu hakikat yang lain mereka menyembunyikan kekufuran dan kejahatan yang dilakukan.
Orang munafik diibarat berwajah dua; baik di luar, sebaliknya di dalam. [Daz]
Orang munafik diibarat berwajah dua; baik di luar, sebaliknya di dalam. [Daz]
Mereka berpura-pura menganut Islam tetapi di dasar hatinya membenci Islam. Munafik adalah mereka yang berpura-pura dan hipokrit; samalah dengan membohongi siapa dirinya sebenar pada khalayak umum.
Sejak zaman Rasulullah saw sehingga kini, wujud golongan munafik di kalangan Umat Islam. Mereka ini yang menjadi pembelot, pengkhianat, mencetuskan peperangan, memecahbelahkan Umat dan merosakkan ketenteraman awam.
Mereka adalah api di dalam sekam dan duri di dalam daging kerana sifat mereka seperti di dalam hadith Rasulullah saw dari riwayat Abdullah bin Amru ra:
“Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut maka dia merupakan seorang munafik. Seorang yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampau batas.” Riwayat Muslim
Perlulah kita mengelak dari memiliki sifat-sifat di atas supaya kita jauh dari menjadi munafik tanpa disedari. Selain ciri-ciri di atas, Allah swt turut menjelaskan tentang sifat golongan munafik seperti berikut:
“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka juga menggenggam tangannya. Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu merekalah orang-orang fasik.” Surah At-Taubah, ayat 67

Rumusan

Satu kegembiraan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. [Luftphilia]
Capailah kejayaan dengan memahami 5 jangan sebagai seorang muslim. [Luftphilia]
“5 Jangan” di atas sebenarnya berhubung-kait antara satu sama lain. Sebahagiannya menjadi ciri-ciri bagi sebahagian yang lain.
Kerana itu untuk menjadi seorang Muslim yang benar-benar taat dan mengangkat kesucian ajaran Islam, kelima-limanya wajib dijauhi di dalam diri Muslim itu.
Terimalah Islam secara keseluruhannya dan bukan hanya sebahagian. Barulah kita semua bukan terdiri daripada “5 Jangan”.

Sumber : tazkirah.net


via Bin Usrah
Read more

Fathia Latiff Belum Sedia Bergelar Isteri

Masih memegang status solo selepas perpisahan dengan bekas kekasih beberapa tahun lalu membuatkan hati Fathia Latiff masih tertutup untuk menerima cinta baru. Malah hidup sendiri menjadikan Fathia sudah selesa selain daripada masih belum bersedia untuk bergelar isteri.

BACA: Fathia Latiff Tak Marah Dikritik Cara Bertudung

“Saya masih belum bercinta dengan sesiapa. Bila ada orang bertanyakan perihal jodoh, sejujurnya saya masih belum bersedia untuk bergelar seorang isteri. Saya gembira menjalani kehidupan saya sekarang ini. Saya juga belum membuka hati kepada sesiapa. Saya percaya, jodoh, ajal dan maut ketentuan Allah. Semuanya akan datang sendiri”

“Walaupun saya solo, Allah berikan saya rezeki, berikan saya keluarga dan sahabat yang baik. Allah juga memberikan saya perasaan gembira. Mengapa saya perlu fikirkan benda yang saya tidak ada? Lebih baik saya fikirkan perkara yang ada di hadapan saya dan mensyukuri serta menghargainya,” jelasnya kepada portal Astro Gempak.

Walaupun sering ditanya soal jodoh, Fathia enggan terlalu memikirkannya dan percaya dengan ketentuan Ilahi yang pasti sudah mengaturnya dengan sempurna. Sebelum ini, Fathia pernah dikaitkan dengan seorang ternama yang berketurunan diraja dan dikatakan bakal mendirikan rumah tangga namun beliau menafikan dakwaan terbabit. (rtky/w)

Read more