Tuesday, February 28, 2017

“Suami Tak Izin Berlakon Bukan Punca Pergolakan”

Hanez Suraya mengakui kecewa apabila kisah mengenai rumahnya timbul dengan pelbagai spekulasi yang ditokok tambah malah turut menafikan bahawa rumah tangganya berantakan kerana suami tidak mengizinkannya berlakon semula.

BACA: Hanez Suraya Sah Failkan Penceraian

“Sebenarnya kami okay saja. Tak ada apa yang berlaku antara kami. Namun, orang lain yang suka menokok tambah cerita seolah-olah mereka lebih tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Ingin dijelaskan, cerita yang kononnya saya nak kembali berlakon tapi suami tak izinkan menjadi punca pergolakan rumah tangga kami adalah tak benar sama sekali. Perkara itu tak pernah berlaku pun”

“Jadi, apabila terlalu banyak spekulasi, suami mula bertanya. Satu kerja pula lagi saya perlu menjelaskan kepadanya. Apa saya boleh katakan, jangan mudah percaya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Kisah rumah tangga Hanez kembali diperkatakan baru baru ini apabila nama pelakon itu dan suaminya tersenarai dalam kes Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Hanez dan suami kini dikurniakan cahaya mata, Puteri Aleesya yang berusia setahun dua bulan. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments