Benar. Haid dapat memberi penjelasan tentang kesihatan tubuh seseorang berdasarkan warnanya.
Menurut sebuah kajian yang dilakukan, jika darah haid boleh menentukan seseorang wanita itu sedang hamil atau pun tidak, sudah tentu ia juga bisa menjadi tali pengukur untuk menentukan kesihatan mahupun keadaan dalaman tubuh seseorang.
Ini enam (6) ramalan warna haid tentang kesihatan tubuh wanita.
#1 Coklat Gelap
Itu sebenarnya adalah darah yang bercampur dengan sisa lapisan rahim yang lama. Tapi janganlah panik kerana ini adalah proses normal dalam kitaran haid.
Wanita datang haid sebulan sekali, oleh itu lapisan rahim akan menjadi kehitaman sebelum ia boleh dilepaskan ketika haid bersama dengan darah kotor lain. “Warnanya akan kelihatan coklat kehitaman.”
“Jika darah haid anda agak gelap pada awal tempoh datang bulan dan pada hari-hari terakhirnya, itu adalah perkara biasa”.
#2 Darah Terlalu Cair Sehingga Warna Merahnya Samar
Ini bermakna anda mempunyai masalah kekurangan nutrisi dalam tubuh. Darah yang sepatutnya berwarna merah telah menjadi samar, ia juga boleh menjadi petanda bahawa seseorang itu menghidap anemia (terlebih sel darah putih dalam badan)
Lebih-lebih lagi jika warna darah adalah lebih samar dari warna darah sebenar (dari hari ke hari dalam tempoh seseorang datang haid).
Jika darah haid yang keluar selama tiga bulan berturut-turut mempunyai warna merah yang samar iaitu berupa darah yang sangat cair warnya… adalah wajar untuk si penghidap berjumpa pakar bagi melakukan pemeriksaan lanjut.
#3 Campuran Merah & Kelabu
Ini adalah petanda kepada jangkitan kritikal terhadap organ kelamin anda seperti STD/STI. Bau darah haid yang keluar juga adalah busuk (busuk yang keterlalu, tidak sama seperti bau darah biasa). Jika ini yang berlaku kepada anda, lekas berjumpa doktor sebelum semuanya semakin serius!
Namun, wanita yang keguguran juga berisiko untuk mengeluarkan sejenis ketulan berwarna kelabu dan bentuknya menyerupai bentuk organ hati. Awasi dan kenal pasti perubahan ekstrem yang terjadi pada tubuh serta darah haid anda okay?
#4 Konsistensi Darah Pekat Disertai Ketulan Darah Beku
Seseorang mungkin mempunyai kadar progesteron rendah manakala kadar estrogennya pula tinggi. Ketulan darah beku adalah normal semasa haid namun saiznya yang menentukan sama ada ia adalah penyakit atau tidak. Jika ketulan darah beku adalah besar, ia mungkin berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.
Oleh itu, cuba kurangkan pengambilan produk tenusu, soya dan gula. Keadaan ini akan bantu memulihkan masalah itu.
Selain ketidakseimbangan hormon, ia juga mungkin merupakan petanda kepada kemunculan fibroid uterus, iaitu sejenis ketumbuhan yang selalunya hinggap di sekitar kawasan rahim.
#5 Seakan-Akan Merah Jambu
Ini berlaku kerana kadar estrogen dalam tubuh adalah terlalu rendah, lebih-lebih lagi jika tempoh haid penghidap adalah sekejap daripada biasa.
Kajian mendapati, terlalu kerap bersenam juga boleh mengurangkan kadar estrogen dalam badan di mana, ia kemudian akan mengganggu proses haid seseorang. (Ramai atlet wanita yang mengalami masalah ini)
Kadar estrogen yang rendah juga secara tidak langsung akan meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap penyakit kerapuhan tulang atau osteoporosis jika masalah tersebut diabaikan. Oleh itu, jika anda individu yang aktif dan dalam amsa yang sama haid atau kitaran haid anda berubah secara mendadak, sila berjumpa dengan pakar.
#6 Merah Terang Seperti Buah Kranberi
Tiada masalah kerana warna merah terang ini menunjukkan bahawa tubuh serta kesihatan dalaman anda sihat belaka. Bahkan, kitaran haid anda juga teratur setiap bulan.
Mungkin, warna haid ‘normal’ bagi setiap wanita adalah berbeza tetapi jika warnanya merah seolah warna jus buah kranberi, itu adalah petanda baik bahawasanya fungsi tubuh anda sedang berjalan lancar tanpa halangan dan masalah!
Sumber : wanista.com
via Bin Usrah
0 comments