Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Nanning Metro Station pada Selasa menunjukkan suspek berdiri di belakang wanita itu di eskalator. Tiba-tiba suspek bertindak memegang punggung wanita itu.
Terkejut punggungnya disentuh, mangsa kemudian berpaling lalu menampar muka suspek dan menahannya sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.
Selepas mangsa menerangkan apa yang berlaku, suspek terus ditahan untuk siasatan lanjut.
Netizen memuji tindakan wanita berkenaan menangani situasi itu dengan baik walaupun dia berpeluang untuk membelasah suspek dengan lebih teruk lagi. - The Reporter
0 comments