Tuesday, November 1, 2016

Anis Al-Idrus Tiada Masalah Berlakon Bersama Bekas Kekasih

Bekas kekasih, Raja Afiq iaitu Anis Al-Idrus memberitahu bahawa dia seorang yang sangat profesional sekiranya digandingkan dengan Raja Afiq tidak kira sama ada dalam lakonan atau pekerjaan. Bagi pengacara Pencetus Ummah itu, dia tidak mempunyai masalah untuk digandingkan bersama Raja Afiq sekiranya diberitahu untuk berbuat sedemikian.

BACA: Cinta Antara Raja Afiq & Anis Al Idrus Sudah Berakhir

“Saya seorang profesional, tak kisahlah sebelum ini bergaduh ke apa. Kerja tetap kerja, kita orang bisnes dengan musuh pun kadang-kadang boleh bawa untung, tidak ada masalah,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Pembukaan Estetika Medispa.

Terdahulu, Anis Al-Idrus pernah mengeluarkan kenyataan untuk membongkar kejadian di sebalik putusnya hubungan percintaannya bersama pelakon Raja Afiq. Bagaimanapun, Anis enggan mengulas lanjut mengenai soal itu dan menjelaskan belum tiba masa yang sesuai untuk bercakap tentang perkara tersebut.

“Sebab, apa, mengapa saya tak boleh nak cakap lagi. Sebab itu saya tak boleh bagi kenyataan, lagipun ini untuk menghormati ibu bapa dan pihak yang terlibat,” ujarnya ringkas.

Pun begitu, Anis Al-Idrus tidak pernah serik untuk bercinta kerana baginya jodoh, ajal dan maut berada di tangan Tuhan. Dia turut berkata, ciri-ciri seorang lelaki idamannya ialah seseorang yang boleh membimbingnya.

“Percintaan terserah pada jodoh. Benda-benda sebegini saya pandang positif. Pengalaman kehidupan mengajar kita, tak kisah umur dia berapa, kalau kata serik itu sudah menidakkan ketentuan Allah. Saya lebih minat pada orang yang boleh membimbing, tahu solat lima waktu,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)

7-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya 6-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya 4-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya 3-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya 2-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya 1-anis-al-idrus-tiada-masalah-berlakon-bersama-bekas-kekasih-rotikaya
Read more

Saharul Ridzwan Enggan Ulas Kisah Isteri Hamil

Pelakon Saharul Ridzwan terus berteka-teki mengenai status kehamilan isterinya, Qaabila Deena Amir. Bagaimanapun pelakon ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan hanya akan berkongsi berita gembira tersebut sekiranya tiba masa yang sesuai nanti.

BACA: Saharul Ridzwan Bakal Bergelar Bapa?

“In shaa Allah saya akan cerita apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya kongsi berita gembira itu. Doakan kami dimurahkan rezeki dalam kerjaya, perniagaan, dan dikurniakan rezeki anak,” katanya kepada Rotikaya.

Berita yang tersebar mengatakan bahawa isteri kepada Saharul Ridzwan ini telah mengandung adalah menerusi ruangan Pok Lip, Utusan Online. Dalam ruangan tersebut, dikatakan bahawa isterinya, Qaabila Deena Amir telah pun disahkan mengandung sebulan. Pun begitu, Saharul belum bersedia untuk menghebahkan perkara itu. (rtky/h)

1-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya 2-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya 3-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya 4-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya 5-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya 6-saharul-ridzwan-enggan-ulas-kisah-isteri-hamil-rotikaya
Read more

5 Gambar: Ratu Cantik Jadi Tumpuan Wajah Persis Neelofa

5 Gambar: Ratu Cantik Jadi Tumpuan Wajah Persis Neelofa

neelofa

Neelofa merupakan selebriti paling popular untuk tahun 2015 dan kini namanya sedang disebut kerana drama popular Suri Hati Mr Pilot.

Gara-gara Neelofa, seorang ratu cantik dari Filpina menjadi tumpuan netizen kerana wajahnya yang dikatakan hampir sama.

Ratu cantik itu ialah Kylie Verzosa yang dinobatkan sebagai Binibining Pilipinas International 2016 dan juga Miss International 2016.

Kylie baru sahaja berumur 24 tahun dengan ketinggian 1.75cm. Memang cantik orang nya.

Jom layan gambar:

kylie-neelofa-1

kylie-neelofa-2

kylie-neelofa-3

kn-1

kn-2

The post 5 Gambar: Ratu Cantik Jadi Tumpuan Wajah Persis Neelofa appeared first on PenMerah.com.

Read more

Nak Free Wifi, Pelanggan Kena Cuba Selesaikan Soalan Matematik Ini

image

Kebanyakkan kedai atau kafe di Malaysia kini mempunyai wifi. Tapi wifi kat restoran yang terletak di San Antonio ni lain macam sikit. Wifi percuma hanya diberikan kepada pelanggan yang berjaya menyelesaikan soalan matematik yang ditampalkan di dinding kedai tersebut.

Kata laluan untuk wifi percuma di kedai makan masakan Yaya’s Thai ini menjadi viral selepas salah seorang pelanggan yang dikenali sebagai Joshua_Glock memuat naik kata laluan tersebut di Reddit untuk mendapatkan jawapan.

Namun, sehingga kini masih tiada yang dapat menjawab dengan betul. 

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa soalan tersebut salah atau ada helah yang tersembunyi. Betul ke tidak, ada try lah selesaikan soalan itu.

Sumber: Sinar Harian

Read more

[Video] Ini Makannya Kalau Kejutkan Panda Yang Tengah Tidur

screen-shot-2016-11-01-at-6-14-22-pm

Cuba menarik perhatian teman wanita, lelaki ini sanggup panjat pagar Zoo Nanchang, di wilayah Jiangxi, China.

Malangnya, nasib tidak menyebelahi lelaki ini kerana panda yang sedang tidur itu marah apabila dikejutkan. Tak suka waktu rehatnya diganggu, panda ini bertindak menyerang lelaki itu dengan merangkul kakinya serta menjatuhkannya.

Menurut pengurus zoo tersebut, lelaki yang tak didedahkan identitinya itu bernasib baik kerana panda gergasi itu hanya mahu bermain dengannya.

Sekiranya panda-panca comel ini rasa terancam, mereka mungkin akan bertindak agresif sekiranya mereka rasa terancam. 

Sumber: mynewshub

Read more

Pelik Tapi Benar, Lelaki Tukar Nama Kepada iPhone 7

Pelik Tapi Benar, Lelaki Tukar Nama Kepada iPhone 7

iphone

Pelbagai perkara pelik berlaku di negara luar. Ini pula berkaitan dengan telefon baru, iPhone 7.

Seorang lelaki warga Ukraine telah menukar namanya secara rasmi kepada ‘Iphone 7’.

Ini selepas sebuah kedai elektronik membuat promosi untuk menghadiahkan iPhone7 kepada lima orang pertama yang sanggup menukar nama mereka kepada nama telefon terbabit.

Setelah menukar nama kepada iPhone 7, lelaki itu berjaya menebus telefon itu pada hari Jumaat lalu.

Olexander Turin yang kini bernama iPhone7, dia mungkin akan menukar namanya jika dia mempunyai anak.

Di Ukraine, harga iPhone 7 bermula pada RM3,500 manakala kos tukar nama hanyalah RM8.

Kerana mendapat sambutan hangat, seramai 20 orang berjaya menukar nama kepada iPhone7 dan menerima telefon bimbit popular itu. -PENMERAHDOTCOM

The post Pelik Tapi Benar, Lelaki Tukar Nama Kepada iPhone 7 appeared first on PenMerah.com.

Read more

Tahniah!! Soo Wincci Kini Bergelar Doktor Falsafah Setelah Berjaya Perolehi PhD

Soo Wincci Kini Bergelar Doktor Falsafah Setelah Berjaya Perolehi PhD

ssooo

Penyanyi jelita, Soo Wincci kini bergelar doktor falsafah setelah berjaya mendapat PhD dari Open Universiti.

Melalui laman instagram, Soo Wincci berkongsi gambar kegembiraan mendapat anugerah tersebut setelah bersusah payah selama 6 tahun.

Setelah bergelar doktor, Soo Wincci juga telah menukar nama IGnya kepada Dr.SooWincci.

Selain itu, Soo Wincci juga dianugerahkan pemegang rekod Malaysia (Malaysia Book Of Records) sebagai Miss World Malaysia pertama memperolehi PhD.

Soo Wincci memperolehi ijazah degree dari University Og Reading, Uk manakala memperoleh Master dari University Of SunshineCoast, Australia.

Jom lihat beberapa gambar kenangan:

soo

soo1

soo2

soowin

The post Tahniah!! Soo Wincci Kini Bergelar Doktor Falsafah Setelah Berjaya Perolehi PhD appeared first on PenMerah.com.

Read more

Kelihatan Kurus Di GegarVaganza, Zulin Aziz Kongsi Rahsia Hilang 10 Kg

Kelihatan Kurus Di GegarVaganza, Zulin Aziz Kongsi Rahsia Hilang 10 Kg

zulin-rahsia

Baru-baru ini Zulin Aziz telah tampil di Gegar Vaganza minggu ketiga apabila menghidangkan minuman Pamoga kepada juri.

Penampilan Zulin ketika itu mengejutkan ramai apabila tampil kurus dan langsing.

Zulin akhirnya mendedahkan rahsianya untuk kurus dan turun 10kg dalam masa sebulan.

Zulin menyatakan dia mula berubah secara positif dan mengamalkan kehidupan sihat selepas pernah terkilan gara-gara sukar menggayakan baju yang disukai atau pakaian yang ditaja.

Ini komennya:

“Dulu berat saya pernah juga susut sehingga 60 kilogram (kg) kerana mengambil ubat kurus. Tetapi, sedikit demi sedikit berat badan saya semakin naik semula sehingga mencecah 75 kg.

“Lebih mengecewakan, saya sudah rasa seperti tiada baju yang boleh dipakai. Apabila ada pihak yang ingin menaja pakaian, ia tidak muat. Jadi saya perlu mengambil inisiatif sendiri iaitu dengan menguruskan badan.

“Alhamdulillah, saya sudah melihat kesannya apabila tubuh saya semakin ringan. Kalau nak diikutkan, inilah kali pertama saya bersungguh-sungguh mahu bersukan kerana sebelum ini bersenam bukan pun minat saya,”

“Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan bersenam dan menjaga pemakanan dengan baik,”

Ini tipsnya:

1

2-1

2

The post Kelihatan Kurus Di GegarVaganza, Zulin Aziz Kongsi Rahsia Hilang 10 Kg appeared first on PenMerah.com.

Read more

Jual Anak Berusia Sebulan Dekat eBay

pay-cen_ebaynewborn_01

Kes jual bayi di eBay masih lagi dalam penyiasatan pihak polis Jerman.

Seorang bayi perempuan berusia 1 bulan, yang tinggal di Duisburg di North Rhine-Westphalia, barat Jerman telah dijual di eBay pada harga £4,510 (RM 23,167). 

“Bayi, 40 hari bernama Maria untuk dijual,” tulis iklan itu.

Pihak eBay mula menyedari tentang iklan pelik tersebut selepas ianya menjadi viral di media sosial serta forum-forum online.

Sejurus iklan tersebut diturunkan, pihak eBay terus membuat laporan polis.

Pengguna yang bertanggungjawab memuat naik foto bayi tersebut telah disenarai hitam kan oleh eBay.

Sekiranya benar mereka cuba menjual anak kecil itu, kami harap hukuman setimpal akan dikenakan kepada mereka yang tak bertanggungjawab. Tapi kalau mereka hanya ingin bergurau, maaf gurauan tersebut tidak menjadi.

pay-cen_ebaynewborn_03

Sumber: Sinar Harian

Read more

Tergedik-gedik, Menyampah Weh..Rasa Nak Bagi Penampar

Tergedik-gedik, Menyampah Weh..Rasa Nak Bagi Penampar

menyampa

Bukan semua suka persembahan dari Elly Mazlein pada minggu ini di pentas Gegar Vaganza musim ketiga.

Seorang wanita dengan lantang mengaku jelik dengan persembahan Elly Mazlein.

Wanita itu meluahkan perasaan tidak menyukai persembahan Elly Mazlein di laman sosial dan mendapat tumpuan netizen.

Kata wanita itu, Elly tergedik-gedik di atas pentas dan rasa ingin menampar penyanyi itu.

Selain itu, dia juga memberi pendapat bahawa nyanyian Elly Mazlein tidak sedap.

Ini komennya:

el

el1

Di minggu ketiga konsert Gegar Vaganza, Elly menyanyikan lagu dangdut “Perawan Atau Janda”. -PENMERAHDOTCOM

The post Tergedik-gedik, Menyampah Weh..Rasa Nak Bagi Penampar appeared first on PenMerah.com.

Read more