Kelihatan Kurus Di GegarVaganza, Zulin Aziz Kongsi Rahsia Hilang 10 Kg
Baru-baru ini Zulin Aziz telah tampil di Gegar Vaganza minggu ketiga apabila menghidangkan minuman Pamoga kepada juri.
Penampilan Zulin ketika itu mengejutkan ramai apabila tampil kurus dan langsing.
Zulin akhirnya mendedahkan rahsianya untuk kurus dan turun 10kg dalam masa sebulan.
Zulin menyatakan dia mula berubah secara positif dan mengamalkan kehidupan sihat selepas pernah terkilan gara-gara sukar menggayakan baju yang disukai atau pakaian yang ditaja.
Ini komennya:
“Dulu berat saya pernah juga susut sehingga 60 kilogram (kg) kerana mengambil ubat kurus. Tetapi, sedikit demi sedikit berat badan saya semakin naik semula sehingga mencecah 75 kg.
“Lebih mengecewakan, saya sudah rasa seperti tiada baju yang boleh dipakai. Apabila ada pihak yang ingin menaja pakaian, ia tidak muat. Jadi saya perlu mengambil inisiatif sendiri iaitu dengan menguruskan badan.
“Alhamdulillah, saya sudah melihat kesannya apabila tubuh saya semakin ringan. Kalau nak diikutkan, inilah kali pertama saya bersungguh-sungguh mahu bersukan kerana sebelum ini bersenam bukan pun minat saya,”
“Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan bersenam dan menjaga pemakanan dengan baik,”
Ini tipsnya:
The post Kelihatan Kurus Di GegarVaganza, Zulin Aziz Kongsi Rahsia Hilang 10 Kg appeared first on PenMerah.com.
0 comments