Tuesday, November 1, 2016

Pelik Tapi Benar, Lelaki Tukar Nama Kepada iPhone 7

Pelik Tapi Benar, Lelaki Tukar Nama Kepada iPhone 7

iphone

Pelbagai perkara pelik berlaku di negara luar. Ini pula berkaitan dengan telefon baru, iPhone 7.

Seorang lelaki warga Ukraine telah menukar namanya secara rasmi kepada ‘Iphone 7’.

Ini selepas sebuah kedai elektronik membuat promosi untuk menghadiahkan iPhone7 kepada lima orang pertama yang sanggup menukar nama mereka kepada nama telefon terbabit.

Setelah menukar nama kepada iPhone 7, lelaki itu berjaya menebus telefon itu pada hari Jumaat lalu.

Olexander Turin yang kini bernama iPhone7, dia mungkin akan menukar namanya jika dia mempunyai anak.

Di Ukraine, harga iPhone 7 bermula pada RM3,500 manakala kos tukar nama hanyalah RM8.

Kerana mendapat sambutan hangat, seramai 20 orang berjaya menukar nama kepada iPhone7 dan menerima telefon bimbit popular itu. -PENMERAHDOTCOM

The post Pelik Tapi Benar, Lelaki Tukar Nama Kepada iPhone 7 appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments