Thursday, August 3, 2017

Ummi Nazeera, Suami Selamat Nikah 23 Julai Lalu

Pelakon popular Ummi Nazeera, 27, mengesahkan telah selamat bernikah dengan lelaki pilihan keluarganya, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, 30, dalam sebuah majlis tertutup pada 23 Julai lalu, lebih awal daripada tarikh asal pernikahan itu yang sepatutnya berlangsung di sini hari ini.

BACA: Ummi Nazeera, Bakal Suami Tolak Tajaan Kahwin

Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Dato’ Zainulabadin, dia mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis itu bagi menghormati permintaan keluarga.

“Saya mengaku sudah bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga agar pernikahan ini diadakan lebih awal daripada tarikh dirancang,” katanya.

Ummi ditemui ketika majlis meraikan pasangan itu selamat bernikah dengan dihadiri seramai 200 keluarga terdekat termasuk tetamu kenamaan, Yang Amat Mulia Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah serta isteri, Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail di Hotel Le Meridien, Putrajaya hari ini.

Ummi sah diijabkabulkan bersama Izzar yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz pada jam 10.45 pagi di kediaman adik kepada bapa Ummi, Yang Berbahagia Dato’ Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Khutbah nikah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Wilayah, Dato’ Rashidy Jamil Al-Rashid. Jumlah mas kahwin dirahsiakan.Hanya 20 tetamu diundang pada majlis pernikahan mereka.

Turut hadir menyaksikan akad nikah itu ialah bonda Sultan Terengganu, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al-Saggof, isteri Aziz, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Rahimah Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah, ibu serta abang Ummi, Dato’ Sri Maziah Musa dan Dato’ Ahmad Nazreem Azrul Hidayat, bapa serta ibu Izzar, Abdul Khani Daud dan Datin Sri Nurah Abdul Rahman. Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bercakap mengenai perubahan dirinya selepas bergelar isteri, Ummi memberitahu, dia kini berasa lebih gembira dan tenang selepas memasuki 11 hari mendirikan rumah tangga.

“Saya kena lebih berhati-hati dalam setiap perkara kerana sekarang hidup berdua bersama suami. Kalau hendak merajuk atau marah, kena berfikir banyak kali disebabkan takut rasa berdosa dengan suami”

“Cuma agak sedih apabila kami terpaksa berpisah selepas setengah hari bernikah kerana Izzar masih lagi bertugas di Sarawak. Yang pasti, saya perasan bahawa suami menjadi lebih romantik selepas berkahwin,” jelas Ummi yang bakal meneruskan karier seni seperti biasa selepas ini.

Kedua mempelai itu merancang untuk berbulan madu di Sabah dan Switzerland tidak lama lagi. Resepsi persandingan pasangan itu akan diadakan di Hotel Shangri-La pada Sabtu ini dan diikuti di Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC di sini 12 Ogos ini. (rtky/h)

Read more

Wednesday, August 2, 2017

“Duit Simpanan Saya Dekat Nak Habis”

Gara-gara tidak mendapat sebarang tawaran berlakon selama enam bulan, Atikah Suhaime kini terpaksa melupakan kerjayanya seketika dan pulang ke Singapura. Jelas pelakon itu, disebabkan tiada tawaran beliau terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk menyara hidup.

BACA: Atikah Suhaimie Mahu Berehat Dari Dunia Hiburan

“Selama enam bulan saya tak dapat apa-apa tawaran sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk menampung perbelanjaan. Jujur saya katakan disebabkan duit simpanan pun nak habis, saya nekad untuk pulang ke Singapura dan bekerja di sana sahaja”

“Kini saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran sejak awal bulan Julai lalu. Saya tak letakkan masa berapa lama akan berehat tapi Insya-Allah saya akan kembali dalam dunia seni,” jelasnya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Sebelum ini, menerusi akaun Instagram, Atikah ada memuat naik status seolah memberi gambaran bahawa dirinya sudah penat menghambakan diri didalam dunia seni. Walaupun sukar namun beliau terpaksa melupakan kerjayanya seketika dan mencari semula semangatnya yang hilang.

Kalau masih ingat pernah suatu ketika, Atikah dipalit kontroversi hebat apabila gambar bogel mirip wajahnya bersama dua lagi pelakon lelaki tersebar dengan meluas. Tidak pasti pula jika hal itu membuatkan Atikah digam dari produksi tempatan hingga tidak mendapat tawaran. (rtky/w)

Read more

Fathia Latiff Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini

Tidak menafikan mahupun mengiyakan berita perkahwinan yang tersebar baru-baru ini. Tetapi hari ini Fathia Latiff mengakui hubungannya dengan jejaka bernama A telah berakhir bulan lalu. Malah perkahwinan yang dirancang diadakan tahun ini juga turut sama hancur berkecai.

BACA: Fathia Latiff Nikah Hujung Tahun Ini?

“Saya hanya mampu merancang dan kadang-kadang yang kita rancang tak semestinya berlaku kerana semua itu atas kehendak Allah. Setakat ini saya boleh katakan yang diri ini tiada komitmen dengan mana-mana lelaki. Selagi saya tidak diijab kabulkan, saya adalah milik ibu dan ayah”

“Tunggu saja sampai hari pernikahan baru saya akan umumkan. Kalau ikutkan, memanglah rasa sedikit terkilan kerana hasrat saya untuk hidup seperti pasangan lain tidak kesampaian. Tapi saya yakin Allah lebih tahu yang terbaik”

Siapa yang tidak mahu mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, tetapi dalam hal ini Fathia percaya segala yang terjadi punya hikmah. Walaupun hati hancur buat kali kedua selepas hubungan dengan Aiman Hakim sebelum ini, beliau tetap berfikiran positif.

“Setiap orang ada pasang surut dan mungkin bukan rezeki saya untuk ada teman dalam waktu terdekat ini. Saya sentiasa positif dan tidak mudah mengalah kerana hidup mesti diteruskan,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai hubungan cinta yang telah berakhir. (rtky/w)

Read more

“Mohon Sabar Tunggu Kenyataan Afifah Nasir”

Selaku kakak kepada Afifah Nasir, Anzalna Nasir menjelaskan bahawa semua pihak perlu bersabar sementara menunggu kenyataan daripada adiknya itu sendiri. Bagaimanapun menurut Anzalna, dia dalam masa yang sama menjelaskan bahawa redha dengan kejadian yang menimpa.

BACA: Aliff Aziz Hairan Afifah Nasir Hilangkan Diri

“Saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk kepada pihak sana (merujuk kepada Bella dan keluarganya). Saya berharap, selepas ini semua pihak boleh sabar menantikan sendiri kenyataan daripada adik saya,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Anzalna menjelaskan bahawa semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan selain memohon agar segala urusan dipermudahkan.

“Tak rasa sedih dicaci, tak juga mahu menagih untuk dipuji. Setiap manusia tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Allah takkan mensia-siakan orang yang bersabar dan reda dengan setiap ujian-Nya. Amat rugilah juga seseorang itu apabila Allah menghadirkan ujian kepadanya, tetapi dia masih di takuk sama”

“Mengeluh tak berkesudahan, menyalahkan itu dan ini takkan membawa kita ke mana-mana. Semoga Allah permudahkan urusan kami,” katanya. (rtky/s)

Read more

Tuesday, August 1, 2017

Dato Seri Vida Cari Calon Suami Kaki Shopping

Bercerai sebanyak tiga kali tidak menghalang usahawan berjaya, Datuk Seri Vida untuk terus mencari teman hidup. Kali ini, Datuk Vida menginginkan calon suami yang mempunyai mata kelabu ala-ala jejaka mat salleh dan yang paling penting beliau haruslah suka membeli-belah.

BACA: Datuk Vida Cabar Datuk Siti Nyanyi I Am Me

“Dia kena ada karakter yang saya mahukan, bermata kelabu tapi ada ke calon seperti itu. Dia juga kena terima diri saya seadanya. Lelaki mana sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag. Pengsan lelaki tu”

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya berseloroh kepada portal Projek MMO mengenai ciri-ciri calon suami yang diingininya.

Selain itu, Datuk Seri Vida juga menetapkan jejaka itu haruslah menyanyangi anak-anaknya serta bersikap jujur dan amanah. Mungkin bekas suami-suami sebelum ini tidak suka membeli-belah dan bermata kelabu sehingga Datuk Seri Vida mengemukakan syarat sebegitu bukan.

Memang hebat penangan lagu I Am Me, sampaikan orang luar negara turut menghantar resume untuk memperisterikan Datuk Seri Vida. Apapun, diharapkan Datuk Seri Vida bertemu jodoh dengan lelaki yang jujur dan bukan memperisterikannya diatas sebab-sebab tertentu. (rtky/w)

Read more

Bella Astillah Terima Maaf Anzalna Nasir

Biarpun pada ketika ini masih sunyi sepi ungkapan maaf dari pihak Afifah Nasir, namun kakaknya Anzalna Nasir telah pun memohon maaf secara terbuka di Instagram semalam. Dengan hati yang terbuka Bella Astillah menerima permohonan maaf beliau.

BACA: Aliff Aziz Hairan Afifah Nasir Hilangkan Diri

“Bila orang sudah minta maaf kita harus memaafkan mereka. Dia buat secara terbuka lagi dan saya sangat berbesar hati untuk menerima permohonan maafnya. Mungkin selepas ini Anzalna perlu mengetahui keadaan sebenar sebelum boleh mengeluarkan komen,” katanya kepada Utusan Online.

Manakala menerusi laporan m Star Online, Bella ada memberitahu kenyataan ‘meroyan’ yang dikeluarkan Anzalna sangat menyakitkan hati beliau. Malah selepas kenyataan beliau mula viral, keluarga Bella di Sabah turut terkesan dengan kata-kata itu yang dianggap melampau.

Selain itu, Bella tegas menyatakan dirinya masih tidak bersedia memaafkan dan melupakan tindakan Afifah yang pada ketika ini masih hilang. Trauma dengan kejadian karaoke itu, Bella berharap pihak Afiffah tidak mendekati keluarganya serta suaminya lagi.

Buat anda yang mungkin lupa atau tidak ingin lupa- ini adalah kenyataan Anzalna kepada Bella selepas kejadian pergelutan di karaoke, bilik keramat 333 melibatkan Aliff Aziz, Bella dan Afifah. (rtky/w)

Read more

Aliff Aziz Hairan Afifah Nasir Hilangkan Diri

Tindakan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memohon maaf terhadap perlakuannya baru baru ini mendapat pelbagai reaksi berbaur daripada warga laman sosial namun dalam masa yang sama, Aliff turut hairan apabila Afifah mendiamkan diri selain tidak muncul di set penggambaran drama.

BACA: Bella Astillah: Perkataan Meroyan Tak Manis

“Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka”

“Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu dalam perkembangan lain, akaun Twitter Aliff Aziz turut digodam. Akibatnya empunya nombor telefon yang dipamerkan menerima ribuan panggilan yang tidak dikenali.

“Itu bukan status yang saya muat naik, Twitter saya sudah lama tidak aktif kerana terlupa kata laluan. Malah sejak isu ini timbul ada pihak yang menggodam akaun saya dan muat naik kenyataan buruk serta menyertakan nombor telefon yang kononnya kepunyaan saya,” jelasnya. (rtky/s)

Read more

Atikah Suhaimie Mahu Berehat Dari Dunia Hiburan

Kedengaran seperti merajuk tetapi itulah keputusan yang diambil Atikah Suhaime apabila ingin berehat seketika dari dunia hiburan. Menerusi akaun Instagram, Atikah seolah memberi gambaran bahawa semangatnya sudah hilang setelah beberapa tahun bergelar anak seni.

“Selama lima tahun, kehidupan saya ibarat di awan dan tidak berhubung dengan dunia sebenar. Saya juga sudah ketinggalan banyak hari jadi dan hari perkahwinan, malah ketinggalan hari kelahiran satu-satunya anak saudara saya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Dalam kenyataan itu, Atikah turut memberitahu bahawa dirinya sangat merindui kehidupannya yang dulu (sebelum bergelar selebriti), malah katanya pelbagai pengorbanan dilakukannya untuk berada di tahap yang sekarang. Dengan itu, beliau ingin meluangkan masa bersama keluarganya seketika.

Rata-rata peminat terkejut dengan pengakuan yang dibuat serta berharap Atikah akan menemui semangatnya yang telah hilang. Dalam masa yang sama, ada juga peminat yang bersetuju dengan kenyataannya itu dan mendoakan yang terbaik untuk pelakon kesayangan mereka.

Tidak pasti sama ada Atikah memang merajuk dengan industri tanah air atau tidak. Bagaimanapun buat masa sekarang difahakam beliau berada di Singapura bersama keluarga dan enggan memberikan sebarang komen. (rtky/w)

Read more

Serina Redzuawan, Suami Sah Bercerai

Setelah pelbagai pergolakan dan kontroversi terjadi, akhirnya hari ini Serina Redzuawan sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Gavin Edward O’luanaigh. Pagi tadi kira-kira jam 10.45 pagi, Gavin telah melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

BACA: “Saya Redha Bergelar Ibu Tunggal Di Usia Muda”

“Kami tidak bergaduh dan paling penting kes perceraian kami selesai dengan baik. Paling penting kebajikan anak-anak dan walaupun bercerai kami sama-sama akan jaga mereka dengan baik,” katanya kepada m Star Online.

Dalam prosiding yang sama, Gavin turut menarik balik permohonan nusyuz terhadap Serina yang difailkannya sebelum ini. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini telah memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua anak mereka diberikan kepada Gavin, berserta persetujuan bersama.

Terdahulu Serina selaku plaintif kes telah menfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor pada 6 Disember tahun lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan mempunyai dua cahaya mata. (rtky/w)

Read more