Tidak menafikan mahupun mengiyakan berita perkahwinan yang tersebar baru-baru ini. Tetapi hari ini Fathia Latiff mengakui hubungannya dengan jejaka bernama A telah berakhir bulan lalu. Malah perkahwinan yang dirancang diadakan tahun ini juga turut sama hancur berkecai.
BACA: Fathia Latiff Nikah Hujung Tahun Ini?
“Saya hanya mampu merancang dan kadang-kadang yang kita rancang tak semestinya berlaku kerana semua itu atas kehendak Allah. Setakat ini saya boleh katakan yang diri ini tiada komitmen dengan mana-mana lelaki. Selagi saya tidak diijab kabulkan, saya adalah milik ibu dan ayah”
“Tunggu saja sampai hari pernikahan baru saya akan umumkan. Kalau ikutkan, memanglah rasa sedikit terkilan kerana hasrat saya untuk hidup seperti pasangan lain tidak kesampaian. Tapi saya yakin Allah lebih tahu yang terbaik”
Siapa yang tidak mahu mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, tetapi dalam hal ini Fathia percaya segala yang terjadi punya hikmah. Walaupun hati hancur buat kali kedua selepas hubungan dengan Aiman Hakim sebelum ini, beliau tetap berfikiran positif.
“Setiap orang ada pasang surut dan mungkin bukan rezeki saya untuk ada teman dalam waktu terdekat ini. Saya sentiasa positif dan tidak mudah mengalah kerana hidup mesti diteruskan,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai hubungan cinta yang telah berakhir. (rtky/w)
0 comments