Tuesday, May 31, 2016

PEMAIN GOLF TERKEJUT 'DIKUNJUNGI' BUAYA BESAR ! (VIDEO & GAMBAR)


Florida, 31 Mei - Pemain golf di Padang Golf Buffalo Creek di Palmetto di sini terkejut apabila seekor buaya besar 'mengunjungi' padang itu dalam kejadian baru-baru ini.

Seorang saksi, Charles Helms, yang berjaya merakam kejadian berkata pada awalnya dia menyangkakan buaya itu sebagai satu 'prank' lawak.

"Saya terkejut dan terdiam", katanya kepada ABC Action News.

"Saya tak tahu jika kami di main-mainkan. Ia cuma duduk terbaring, berehat dan apabila ia bangun, ia mula bergerak ke arah tasik di situ", katanya lagi.





Buaya tersebut dianggarkan 4.5 meter panjang, dan itu bukan pertama kali ia memunculkan diri di padang golf tersebut.

"Dia tak menggangu sesiapa dan mereka (pemain golf) pun tidak mengganggu dia. Dia seolah-olah seperti maskot untuk padang golf ini", kata pekerja di padang golf itu, Wendy Schofield.

"Dia sudah tersangat lama berada di sini... mereka menganggarkan ia berukuran 15 ke 16 kaki panjang", katanya lagi. - SUMBER



LIHAT VIDEO DI SINI
Read more

"SAYA TAK TERKESAN, MALAH DRAMA JADI SEMAKIN POPULAR..." - AMAR BAHARIN



KUALA LUMPUR - Minggu lalu tersebar video pendek babak watak Amar Baharin merogol watak Tiz Zaqyah di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi.

Namun bagi Amar, sungguhpun babak itu tidak disiarkan di kaca televisyen, nama ia sedikit sebanyak menjadikan drama 'Akadku Yang Terakhir' itu mendapat perhatian umum dan lebih popular.

"Saya tidak menafikan perkara tersebut. Baik atau buruk, ia tetap publisiti. Mungkin disebabkan babak rogol yang tersebar itu, orang ramai lebih berminat untuk menonton keseluruhan drama tersebut.

"Sebelum menjadi viral, mungkin orang tidak sedar tentang kewujudan drama itu kerana ia bersiaran setiap jam 6 petang, bukannya pada waktu perdana," katanya kepada Kosmo!

Meskipun dihentam netizen, Amar meluahkan rasa bersyukur kerana rama yang mula bercakap mengenai drama tersebut.



Difahamkan, babak rogol itu tidak mendapat kelulusan stesen televisyen, namun dimuat naik oleh pengarah Harris Fadzillah di laman Instagram.

"Ini bukan pertama kali saya menerima kritikan kerana lakonan. Jika terlalu mengikut adegan dalam novel dihnetam, tak ikut juga menerima nasib sama kerana dikatakan mengubah karya asal. Jadi saya tak peduli kata-kata orang lain asalkan kerja berjalan dengan baik sudah memadai.

"Saya lebih bimbang jika tiada langsung berita atau respons dari orang ramai terhadap drama dilakonkan," katanya. - 
Read more

SHAMSUL YUSOF & ABANG LONG FADIL MENANGIS DI MASJID AL-RIDHUAN (VIDEO)


ANAK muda ini menempuh kehidupan glamor sebagai aktor dan pengarah filem terkenal. Filem-filem gengster dan penuh aksi ganas arahannya, meletakkan dirinya sebagai trendsetter filem Melayu masa kini.

Selain meletup, hampir semua filemnya berjaya mengaut keuntungan jutaan ringgit termasuk filem terbaharu Munafik yang mencipta rekod kutipan tertinggi RM20 juta dalam sejarah filem tempatan di pawagam.

Siapa tidak kenal Syamsul Yusuf. Usia mudanya penuh dengan rekod kejayaan demi kejayaan yang tidak pernah dinikmati mana-mana pengarah selepas kejayaan klasik lagenda Tan Sri P. Ramlee ketika di zaman kemuncak Studio Jalan Ampas Singapura pada dekad enam puluhan.

Dari dunia glamor layar perak, Syamsul kini memilih masjid sebagai pengisi jalan hidupnya. Malam minggu lalu, di Masjid Al Ridhuan Hulu Kelang, dengan dipenuhi lebih 600 jemaah yang bersesak-sesak, Syamsul muncul sebagai panel dialog Thank You Allah.

Dalam sesi selama hampir 2 jam yang bermula selepas solat Maghrib itu, Syamsul menangis berkongsi kisah hidupnya. Apa yang menjadikan dirinya terasa semakin kerdil dan dhaif ketika nama dan kegemilangannya sedang berada memuncak.




Abang Long Fadil

Syamsul muncul sebagai panel bersama Abang Long Fadil, 29, bekas gengster Singapura yang menghabiskan usia kanak-kanak dan remajanya selama 15 tahun di penjara atas pelbagai jenayah keganasan.

Selain Syamsul dan Abang Long Fadil, program Thank You Allah turut mengundang dua lagi panel, Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Zuhdi Mat Piah.

Sesi perkongsian pecah panggung ini mengalirkan airmata pengarah box office itu, ketika meluah rasa hati mengenangkan hidayah Allah yang membimbingnya ketika di mercu kejayaan.

Manakala Abang Long Fadil, menitiskan airmata mengenangkan kasih ibunya yang tega berdoa tanpa jemu sekali pun dirinya hidup sebagai munafik.

Semua kisah airmata ini dapat anda saksikan dalam #PenghijrahanFenomena yang akan disiarkan pada Khamis 10 malam di TV AlHijrah.

Saksikan perkongsian menarik penuh airmata luahan hati pengarah paling gengster di Malaya dan bekas gengster paling gengster di Singapura. Pasti banyak hidayah Allah yang mahu dijadikan teladan untuk sama-sama kita jadikan pedoman menuju jalan yang diredhai Allah.

#SegalanyaBermulaDisini TV AlHijrah. – sumber
 
Read more

NYANYI SAMBIL MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSI DI SMULE, WANITA INI DIBURU POLIS (VIDEO)



MENYANYI secara online menggunakan aplikasi Smule kini menjadi trend dan kegilaan ramai di seluruh dunia termasuk artis terkenal.

Menerusi aplikasi ini, bukan sahaja vokal dipertaruhkan tetapi bermacam-macam gaya persembahan dilihat bagi menarik perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, persembahan yang dilakukan oleh seorang wanita ini benar-benar mengejutkan ramai sekali gus menimbulkam rasa jelik.

Apa tidaknya, wanita ini tanpa segan silu merakam aksinya sedang melakukan seks sambil menyanyi lagu ‘Banyuwangi’ secara aplikasi Smule.

Perbuatan tidak senonoh wanita dikenali sebagai Igor Agatha Sebastian bersama pasangannya ini menimbulkan kemarahan warga Bayuwangi kerana dianggap menghina dan tidak menghormati lagu ‘Banyuwangi’.

Malah, seorang netizen bernama Krishna Adi dalam akaun Facebooknya bertindak menawarkan hadiah berjumlah 1 juta rupiah (RM302) untuk sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai wanita itu.



Selain itu, netizen ini turut mengecam tindakan wanita tersebut dan menganggap ia agak keterlaluan dan perbuatan mendedahkan kepada umum itu sungguh biadap.

Lebih meloyakan, dalam video berdurasi 4.17 saat itu, Igor turut memperlihatkan reaksi wajahnya yang klimaks seakan-akan ‘stim’ sambil menyanyi.

Walaupun tidak dilihat dengan jelas aksi seksnya, namun kepala seorang lelaki sedang menindih badannya turut kelihatan dalam video tersebut. – SUMBER
 
Read more

"JANGAN ROSAKKAN KENDERAAN DOUBLE PARKING" - POLIS


KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri atau merosakkan kenderaan orang lain terhadap kenderaan yang didapati menghalang laluan pengguna jalan raya yang lain, lapor The Sun.

"Saya mahu mengingatkan semua pengguna jalan raya agar tidak mengambil tindakan sendiri apabila berdepan dengan insiden seperti ini.

"Sebaliknya, hubungi pegawai trafik kami atau penguatkuasa tempatan untuk menarik kenderaan tersebut," kata Ketua Polis Trafik Persekutuan, SAC Mahamad Akhir Darus.

Katanya, mana-mana pengguna jalan raya yang didapati memarkirkan kenderaan mereka sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain akan disaman RM300.

Meskipun ada yang berkata ianya mengambil masa yang lama untuk menunggu penguatkuasa mengambil tindakan, Mahamad tetap menegaskan undang-undang tetap perlu dipatuhi. SUMBER
Read more

"PENGHARAMAN SELFIE DENGAN KUCING TIDAK TERPAKAI DI SINI" - MUFTI


SEREMBAN: Berikutan pengharaman untuk mengambil gambar dengan kucing yang diisytiharkan ulama Arab Saudi, Sheikh Saleh Al-Fauzan, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menyatakan hukum berkenaan tidak terpakai di negeri ini, lapor Sinar Harian.

Mohd Yusof berkata, perbuatan mengambil gambar dalam bentuk foto yang merupakan sesuatu yang harus malah tiada nas dalam al-Quran atau hadis melarang perkara sedemikian.

“Berdasarkan penelitian dan pemahaman saya, beliau mengharamkannya disebabkan bimbang trend dari Barat itu menular di Arab Saudi. Ini yang saya tidak faham... mengapa beliau perlu takut?

“Sedangkan sahabat Rasulullah SAW sendiri dinamakan sebagai Abu Hurairah yang bermaksud Bapa Kucing kerana terlalu menyayangi haiwan berkenaan. Apatah lagi kucing memang menjadi peliharaan di negara ini. Cuma kebetulan trend itu dipopularkan oleh Barat,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kenyataan Sheikh Saleh itu, ini kerana baginya, mungkin ulama Saudi itu mempunyai alasan tersendiri untuk mengharamkan perbuatan itu dan hanya ulama tersebut yang tahu sebabnya.

“Jadi nasihat saya kepada orang ramai khususnya di negeri ini, jangan terlalu mudah sebarkan perkara yang pelik. Sebaliknya rujuk dulu pada mereka yang arif untuk mendapatkan penjelasan.

“Kalau tidak, dikhuatiri boleh mencetuskan kekeliruan, kerisauan dan pertikaian sampai memecahbelahkan masyarakat,” katanya.

Sheikh Saleh sebelum ini menegaskan bahawa mengambil gambar adalah haram, tidak kira sama ada dengan kucing, anjing, serigala atau apa-apa sahaja kecuali darurat ketika menjawab pertanyaan penonton dalam sebuah rancangan televisyen, kini mula menjadi viral di internet.
Read more

KENAPA ANAK PERTAMA SEBENARNYA ANAK TERINDAH DAN PALING ISTIMEWA ?


Anak, adalah satu anugerah, amanah dan juga sebenarnya satu ujian daripada Maha Pencipta kepada hambaNya.

Ia merupakan satu pemberian yang paling bernilai untuk pasangan yang mendambakan kebahagian dalam melayari bahtera berkahwinan.

Satu Anugerah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan untuk menyerikan lagi segenap alam kehidupan.

Tapi ada antara kita dikatakan agak mengabaikan anak pertama bila baru melahirkan anak kedua, kasih sayang lebih diberikan kepada anak kedua baru lahir.

Tapi ketahuilah anda bahawa anak pertama sebenarnya terlalu istimewa bagi anda terutamanya si ibu? kenapa ia terlalu istimewa?

Jom kita baca nukilan Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria yang berkongsikan keistimewaan anak pertama.



ANAK PERTAMA YANG INDAH YANG ISTIMEWA

Apabila kita hamil anak kedua dan seterusnya, maka anak pertama akan jadi sasaran kemarahan kita. Letih melayan macam-macam karenah yang menyakitkan hati. Maka kita tengking-tengking dan marah, kita cubit dan pukul.

Kemudian di malam hari kita mula sebak melihat wajah di kecil, mula menyesal dan taubat, lalu berharap dan berjanji kita tak buat lagi. Namun di lain hari, kita lupa dan mengulangi....

Ingatlah bahawa yang pertama itu yang paling istimewa. Dialah tempat kasih pertama tercurah, Dialah peneman tatkala sunyi dan lara. Dialah penghibur tiada pengganti. Dialah yg pertama menghuni rahim mulia ini.

Sudah-sudahlah kita marahkan dia kerana kita yang tersilap mendidik...Kita yg salah...kita yg belum pandai.....

Ingatlah sentiasa, si kecil ini adalah ujian untuk membawa kita ke syurga mahupun neraka... Dia permata hati , pengikat kasih sayang, melaluinya Allah salurkan rezeki tak putus-putis, Allah kuatkan semangat dan sabar kita, Allah buatkan kita rajin usaha dan yakin dgn janji Allah...



Ajarlah dia tentang tauhid, membesarkan Allah. Ajarkan dia takut hanya kepada Allah

Mohon apa sahaja hanya kepada Allah

Syaitan musuh yang nyata. Jangan ikut syaitan

Buat baik Allah sayang

Orang yang Allah sayang, akan masuk syurga

Sayang adik, kasihan adik, maafkan adik...

Rajin belajar, Allah suka

Syukur walau dapat sedikit, orang yang syukur, Allah akan tambah lagi banyak

Pujuk dia dgn kasih sayang, doakan dia dengan kasih sayang, tegur dia dgn kasih sayang, tegas bukan tengking, tegas bukan kasar, tegas bukan cubit sakit-sikit, tampar wajahnya...Allah....kasihani dia....

Dia anak pertama, dahulu dia tiada, kita harap dia ada, lalu bila Allah beri dia kepada kita, mengapa kita tak jaga baik-baik, mengapa mudah geram dan marah?

Adakah dia menyenangkan kita atau menyusahkan kita? Jika menyusahkan, bukankah lebih baik jika Allah ambil dia semula???Senang hati, tentu kita boleh tersenyum lebar kan....?

Wahai ibu & ayah,

Dia anak, dia penuh karenah, itulah ujian. Bukan menghukum, mendenda tak henti-henti, lalu memujuk ambil hati semula...Berdoalah dgn doa surah Al Furqan ayat 74.

Sayangi dia sepenuh hati. Sayangi dia kerana Allah. Sayangi dia bukan kerana dia baik dan dengar kata.... Tapi sayangi dia kerana dia permata pertama anugerah terindah dari Allah, melaluinya kita belajar mengenal kasih tuhan....Uruskan dia dgn sabar.TAUBAT dan teruslah TAUBAT kerana kita ibu & bapa mulia yg penuh kasih sayang, bukan kasar dan bengis....
Read more

"KELENTIT RINDU" BUKAN NAMA LUCAH - AHYA ROSLI


Petaling Jaya, 31 Mei : Pelakon Ahya Rosli memperjelaskan bahawa kedai shisha miliknya yang dinamakan sebagai Kelentit Rindu sebenarnya diambil dari nama sejenis cendawan, iaitu 'Kelentit Kering' atau nama saintifiknya Microparus Xanthopus.

Ahya, 29, berkata dia mengambil nama itu selepas mendapati mendapati salah satu perasa shisha yang paling mendapat perhatian di kedai miliknya itu laris.

"Saya sudah gunakan nama berkenaan sudah lama sejak dibuka pada sepuluh tahun lalu dan ia adalah nama tumbuhan.

"Orang hanya tahu mengecam kerana berfikiran negatif sahaja dan saya sudah beritahu kepada ibu juga tentang ini dan dia tiada halangan," ujar Ahya ketika mengulas isu tersebut sebagaimana lapor mStar Online.




Kedai shisha tersebut beroperasi di Jalan Genting Klang, Setapak, dekat sini.

Ahya berkata dia berfikiran positif dan memikirkan bahawa nama itu mampu menarik pelanggan ke kedainya.

"Saya sentiasa positif dan tidak fikir ia bermaksud lucah. Hanya orang-orang yang negatif sahaja selalu nampak perkara buruk yang saya lakukan.

"Tidak kisah apa orang ingin fikir yang penting bisnes tersebut berjalan lancar dan menerima ramai pelanggan," ujarnya.
Read more

rahsia servis sidek yang menjadi kontroversi dan diharamkan pada 1982


6.jpg

Pada penghujung dekad 1970-an ‘lahir’nya beberapa bintang sukan muda yang dikenali sebagai anak-anak Sidek atau adik beradik Sidek. Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek mencipta nama dalam arena sukan badminton Malaysia dalam masa yang begitu cepat. Banyak kejuaraan yang mereka menang di dalam negara ketika itu hingga layak dipilih mewakili negara ke pertandingan badminton peringkat antarabangsa dalam usia yang masih remaja.

Adik beradik Sidek menjadi terkenal serta merta dalam arena badminton antarabangsa setelah mereka memperkenalkan teknik servis (pukulan bulu tangkis) yang luar biasa, yang tidak pernah terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia. Teknik servis tersebut kini dikenali sebagai Servis Sidek.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegangkepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raketperlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Penggunaan Servis Sidek mendapat banyak bantahan dalam arena badminton antarabangsa ketika itu, tetapi bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada adik beradik Sidek semata-mata. Servis Sidek sebenarnya boleh digunakan oleh semua pemain badminton di seluruh dunia untukkelebihan mereka sendiri, malah adik beradik Sidek sendiri juga tidak terlepas daripada menjadi ‘mangsa’ teknik servis ciptaan mereka itu.


Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di mana beberapa buah negara selain Malaysia telah menyokong penggunaan Servis Sidek, maka pengharaman itu dibatalkan setahun kemudian.

Pada 29 Mac 1982, pasangan beregu Razif (19 tahun) dan Jalani (18 tahun) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan badminton berprestij All England yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia. Sejurus selepas itu IBF mengambil keputusan untuk mengharamkan terus Servis Sidek daripada digunakan dalam semua pertandingan badminton di seluruh dunia dengan alasan bahawa bulu tangkis dicipta untuk dipukul pada bahagian kepalanya dan bukan bulunya. Walaupun begitu, kejayaan adik beradik Sidek menjuarai satu demi satu pertandingan badminton antarabangsa selepas itu membuktikan kehandalan semulajadi mereka dalam sukan ini. Sekiranya Servis Sidek tidak diharamkan dulu, mungkinkah telah tercipta pula teknik pukulan balas yang tidak kurang hebatnya?


Sumber: zonekk
Read more

Al-Fatihah.. Kita Sudah Kehilangan Seorang Lagi Peserta Raja Lawak Yg Buat Kita Tak Kering Gusi Terlibat Dalam Kemalangan Maut.. Innalillah



Al-Fatihah.. Kita Sudah Kehilangan Seorang Lagi Peserta Raja Lawak Yg Buat Kita Tak Kering Gusi Terlibat Dalam Kemalangan Maut.. Innalillah
Dia pernah buat kita senyum ketawa.. kenapa tidak kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya


Peserta Raja Lawak musim pertama yang dikenali dengan nama Hanizar Abd Hamid atau lebih dikenal...





Peserta Raja Lawak musim pertama yang dikenali dengan nama Hanizar Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Tok Moh maut dalam kejadian yang menyayat hati tersebut.


Motosikal yang ditunggang nya bersama isteri Zaiton Awang terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut.


Dalam kejadian 6 petang, lelaki dan wanita berusia 30-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.


Jurucakap polis berkata, motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dipercayai dilanggar Perodua Myvi dari arah belakang.




































Katanya, akibat rempuhan itu, motosikal berkenaan terperosok di bawah treler yang diparkir di tepi lebuh raya.


"Mangsa perempuan terperosok bersama motosikal di bawah tayar belakang, manakala mangsa lelaki tercampak di tepi penghadang lebuh raya. Kedua-duanya mati serta merta di tempat kejadian," katanya.


Sementara itu, sepasukan lapan anggota bomba bersama sebuah jentera EMRS diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Khairi Baharudin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 6.34 petang.

 
Read more