Tuesday, May 31, 2016

"JANGAN ROSAKKAN KENDERAAN DOUBLE PARKING" - POLIS


KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri atau merosakkan kenderaan orang lain terhadap kenderaan yang didapati menghalang laluan pengguna jalan raya yang lain, lapor The Sun.

"Saya mahu mengingatkan semua pengguna jalan raya agar tidak mengambil tindakan sendiri apabila berdepan dengan insiden seperti ini.

"Sebaliknya, hubungi pegawai trafik kami atau penguatkuasa tempatan untuk menarik kenderaan tersebut," kata Ketua Polis Trafik Persekutuan, SAC Mahamad Akhir Darus.

Katanya, mana-mana pengguna jalan raya yang didapati memarkirkan kenderaan mereka sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain akan disaman RM300.

Meskipun ada yang berkata ianya mengambil masa yang lama untuk menunggu penguatkuasa mengambil tindakan, Mahamad tetap menegaskan undang-undang tetap perlu dipatuhi. SUMBER
Load disqus comments

0 comments