Tuesday, May 31, 2016

KENAPA ANAK PERTAMA SEBENARNYA ANAK TERINDAH DAN PALING ISTIMEWA ?


Anak, adalah satu anugerah, amanah dan juga sebenarnya satu ujian daripada Maha Pencipta kepada hambaNya.

Ia merupakan satu pemberian yang paling bernilai untuk pasangan yang mendambakan kebahagian dalam melayari bahtera berkahwinan.

Satu Anugerah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan untuk menyerikan lagi segenap alam kehidupan.

Tapi ada antara kita dikatakan agak mengabaikan anak pertama bila baru melahirkan anak kedua, kasih sayang lebih diberikan kepada anak kedua baru lahir.

Tapi ketahuilah anda bahawa anak pertama sebenarnya terlalu istimewa bagi anda terutamanya si ibu? kenapa ia terlalu istimewa?

Jom kita baca nukilan Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria yang berkongsikan keistimewaan anak pertama.



ANAK PERTAMA YANG INDAH YANG ISTIMEWA

Apabila kita hamil anak kedua dan seterusnya, maka anak pertama akan jadi sasaran kemarahan kita. Letih melayan macam-macam karenah yang menyakitkan hati. Maka kita tengking-tengking dan marah, kita cubit dan pukul.

Kemudian di malam hari kita mula sebak melihat wajah di kecil, mula menyesal dan taubat, lalu berharap dan berjanji kita tak buat lagi. Namun di lain hari, kita lupa dan mengulangi....

Ingatlah bahawa yang pertama itu yang paling istimewa. Dialah tempat kasih pertama tercurah, Dialah peneman tatkala sunyi dan lara. Dialah penghibur tiada pengganti. Dialah yg pertama menghuni rahim mulia ini.

Sudah-sudahlah kita marahkan dia kerana kita yang tersilap mendidik...Kita yg salah...kita yg belum pandai.....

Ingatlah sentiasa, si kecil ini adalah ujian untuk membawa kita ke syurga mahupun neraka... Dia permata hati , pengikat kasih sayang, melaluinya Allah salurkan rezeki tak putus-putis, Allah kuatkan semangat dan sabar kita, Allah buatkan kita rajin usaha dan yakin dgn janji Allah...



Ajarlah dia tentang tauhid, membesarkan Allah. Ajarkan dia takut hanya kepada Allah

Mohon apa sahaja hanya kepada Allah

Syaitan musuh yang nyata. Jangan ikut syaitan

Buat baik Allah sayang

Orang yang Allah sayang, akan masuk syurga

Sayang adik, kasihan adik, maafkan adik...

Rajin belajar, Allah suka

Syukur walau dapat sedikit, orang yang syukur, Allah akan tambah lagi banyak

Pujuk dia dgn kasih sayang, doakan dia dengan kasih sayang, tegur dia dgn kasih sayang, tegas bukan tengking, tegas bukan kasar, tegas bukan cubit sakit-sikit, tampar wajahnya...Allah....kasihani dia....

Dia anak pertama, dahulu dia tiada, kita harap dia ada, lalu bila Allah beri dia kepada kita, mengapa kita tak jaga baik-baik, mengapa mudah geram dan marah?

Adakah dia menyenangkan kita atau menyusahkan kita? Jika menyusahkan, bukankah lebih baik jika Allah ambil dia semula???Senang hati, tentu kita boleh tersenyum lebar kan....?

Wahai ibu & ayah,

Dia anak, dia penuh karenah, itulah ujian. Bukan menghukum, mendenda tak henti-henti, lalu memujuk ambil hati semula...Berdoalah dgn doa surah Al Furqan ayat 74.

Sayangi dia sepenuh hati. Sayangi dia kerana Allah. Sayangi dia bukan kerana dia baik dan dengar kata.... Tapi sayangi dia kerana dia permata pertama anugerah terindah dari Allah, melaluinya kita belajar mengenal kasih tuhan....Uruskan dia dgn sabar.TAUBAT dan teruslah TAUBAT kerana kita ibu & bapa mulia yg penuh kasih sayang, bukan kasar dan bengis....
Load disqus comments

0 comments