Friday, July 28, 2017

Video Aliff, Afifah Nasir Berpimpin Tangan Tersebar

Read more

“Kenapa Anak Beranak Makan Tepi Jalan Macam…”

Sudah menjadi kebiasaan apabila jutawan kosmetik, Aliff Syukri dan keluarga membawa bekal ke mana saja mereka pergi. Namun kadang kala jika ikut kemampuan Aiff, sebenarnya boleh saja mereka cari tempat yang lebih sesuai untuk makan bekal bersama, tidak ada salahnya pun.

BACA: “Yang Kutuk Saya Tu, Ada Tak Jam Rolex?”

Baru baru ini, Aliff telah berkongsikan video di mana dia menjelaskan bahawa sebuah restoran tidak membenarkan mereka sekeluarga makan di tempat berkenaan walaupun dia memesan air. Nope Aliff, kadang-kadang perkara tidak boleh berlaku seperti yang kita mahukan.

Perkara tersebut seterusnya mendapat perhatian Chef Wan yang merasa kurang senang melihat perkara tersebut terjadi lebih lebih lagi Aliff membawa imej negara Malaysia ke luar sana. Kalau sudah namanya Che Wan, tiada berselindung teguran yang diberikan dan ramai yang setuju dengan kenyataan chef selebriti tersebut.

You pun satu, mana satu restaurant yang kasi orang guna tempat mereka untuk makan dan beli air saja. Depa (mereka) berniaga macam you pasti la need the table for the guests. Why la makan anak beranak tepi jalan mcm tu”

There so many park where you can find table to eat when u travel all over Switzerland. Saya pun dah berpuluh kali di sana….Aliff..Aliff!. It’s not good image to eat in public macam ni for Malaysia tau”

You bukan tak ada duit punya orang Dato! Image as rakyat Malaysia mesti kita jaga bila abroad. Please, you need to stop this!” tegas Chef Wan di ruangan komen pada video tersebut.

Sementara itu, seperti biasa, perbalahan turut berlaku apabila ada pihak yang mempertahankan perbuatan Aliff namun tidak kurang yang menyifatkan Aliff bagaikan terlalu mencuba untuk menjadi rendah diri.

Apa yang penting, semoga Aliff sekeluarga selamat pulang ke Malaysia nanti. Mujurlah Malaysia masih banyak meja untuk dijadikan tempat untuk makan sebentar bersama keluarga dengan bekal yang dibawa. (rtky/s)

Read more

“Kalau Pihak Sana Bersalah Apa Patut Kita Buat?”

Selepas menerima kecaman tentang komen yang ditulis berkenaan pembabitan adiknya sebagai orang ketiga dalam kancah rumahtangga Aliff Aziz, Anzalna Nasir tampil memuat naik satu status di Instagram untuk menenangkan semua pihak.

Melalui kemaskini terbaru, Anzalna Nasir mendakwa beliau sedang menyiasat perkara ini untuk para peminat semua dan sekiranya adiknya Afifah Nasir bersalah, beliau mencadangkan supaya gadis itu bertaubat dan meminta maaf.

Dalam ayat yang sama, Anzalna Nasir juga meminta pandangan semua apakah yang harus dilakukan jika Bella Astillah yang bersalah dalam soal ini. Anzalna Nasir juga turut menggesa semua tidak hanya mendengar cerita dari satu pihak sahaja.

Berdasarkan apa yang ditulis Anzalna Nasir ini, nampaknya seperti ada kisah lain yang belum diketahui umum tentang pembabitan Afifah Nasir dalam rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah — kami sendiri tertanya tanya.

Semoga pihak Anzalna Nasir dan adiknya mampu keluar dengan cerita sebenar dari pihak mereka kelak. (rtky/m)

Read more

“Apa Dia Buat Sampai Suami Saya Gilakan Dia?”

Memang panas kisah rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah hari ini. Terbaru Bella turut mendedahkan perangai suaminya yang berubah sejak bergandingan dengan pelakon, Afifah Nasir. Khabarnya ini bukanlah kali pertama Bella menghidu hubungan intim mereka.

BACA: “Perempuan Lepas Bersalin Lain Sikit Perangai Dia” – Anzalna Nasir

“Kru produksi drama ini pun tak sampai hati hendak membiarkan hati saya terluka dan kasihankan saya yang berbadan dua. Satu persatu saya mula dapat tahu kisah mengenai pelakon itu yang cuba menggoda suami saya”

“Saya pernah menghantar kiriman WhatsApp kepadanya dengan baik. Dia cakap, dia tak ingin pun dengan suami saya. Dia juga cakap sudah ada kekasih kacak. Tapi, akhirnya ‘kantoi’ juga di pusat karaoke”

“Kenapa dia sudah mempunyai teman lelaki yang kacak sanggup berbuat begitu, seolah-olah mahu merampas suami saya. Apalah yang dia buat sampai suami saya begitu tergila-gilakan dia,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Malah menurut Bella lagi, beliau turut mempunyai bukti paparan skrin perbualan, gambar mereka berpelukan serta berpegangan tangan mesra di premis karaoke tersebut. Sementara itu, Afifah sempat memberikan alasan yang boleh dikira klise ,mengatakan mereka hanya keluar atas urusan kerja. (rtky/w)

Read more

“Perempuan Lepas Bersalin Lain Sikit Perangai Dia”

Ekoran pembabitan adik beliau dalam kontroversi antara Aliff Aziz dan isterinya yang mengejutkan ramai pihak hari ini, Anzalna Nasir nampaknya mengambil peluang untuk memberikan kenyataan di Instagram beliau.

Menerima kecaman ramai selepas berita Afifah Nasir menjadi orang ketika dalam rumahtangga Aliff Aziz, ruangan komen Anzalna Nasir telah dihujani pelbagai reaksi dari para peminat dunia hiburan.

BACA: Aliff Aziz Ditahan Pihak Polis Kerana Pukul Isteri

Namun komen dari Anzalna Nasir sendiri menarik perhatian kami di mana beliau seakan membela tindakan Afifah Nasir yang keluar bersosial dengan suami orang dan meletakkan isteri Aliff Aziz sebagai pesalah dalam isu ini dengan mengatakan ‘perempuan selepas bersalin memang lain sikit perangai’.

Komen Anzalna Nasir itu turut mengundang rasa kurang senang dari ramai peminat yang rata rata mahu pelakon itu berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan diri kelak. (rtky/m)

Read more

Siti Saleha, Ahmad Lutfi Azhar Selamat Diijabkabul

Setelah setahun berkenalan akhirnya Pelakon berdarah kacukan Siti Saleha 27, dan pasangannya Ahmad Lutfi Azhar 31, yang merupakan seorang pegawai kerajaan akhirnya telah selamat diijabkabulkan pada tepat jam 3.40 petang dengan sekali lafaz dan telah dinikahkan oleh bapa Saleha sendiri, Mohd Baharom Abdul Rahman dihadapan Imam Masjid Taqwa TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fadlullah Md Noor dengan sekali lafaz.

BACA: Siti Saleha Akui Minta Tips Rumah Tangga Dari Adiknya

“Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis kami pada hari ini,” kata pelakon 7 Hari Mencintaiku itu.

Dalam pada itu, Ahmad Lutfi menyerahkan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 500. Namun, wang hantaran dirahsiakan.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu berlangsung di TPC Kuala Lumpur dalam suasana meriah dan sederhana serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan- rakan media. Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada keesokannya iaitu pada 29 Julai 2017, dengan tema pilihan mereka Rustic Romantic. (rtky/h)

Read more

Aliff Aziz Kantoi, Bella Astillah Kena Pukul

Isteri masih dalam pantang namun sudah berani keluar ke pusat hiburan bersama wanita lain. Itulah perkara yang terjadi kepada pelakon dan juga penyanyi Aliff Aziz. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Bella Astillah, seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

BACA: Aliff Aziz, Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

“Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya. Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu”

“Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,” katanya. Menurut Bella, dia sudah mengetahui bahawa suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan sejak hamil lagi namun memaafkannya pada Ramadan lalu.

“Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu. Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang”

“Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli. œMalah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya. Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” jelasnya.

Selain itu, Bella juga menyatakan bahawa wanita berkenaan merupakan adik kepada seorang pelakon wanita terkenal dan sering menggoda suaminya di set penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Memetik laporan Harian Metro lagi, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, isteri penyanyi itu yang masih dalam pantang ke premis terbabit bersama ibunya sebelum menemui lelaki berkenaan bersama seorang wanita dalam satu bilik karaoke.

Well nampaknya Bella sendiri pun sudah tidak tahan dengan perangai suami. Kesabaran pun ada batasannya bukan tapi harap sangat Bella dapat mengawal diri dan perasaan lagi lagi ketika masih berada dalam pantang ini. (rtky/s)

Read more

Thursday, July 27, 2017

Hannah Delisha Akui Terima Mesej Lucah

Nama Hannah Delisha mula melonjak naik melalui drama Mencintaimu Mr Photographer namun apa yang tidak sedap didengarnya adalah apabila dia mengakui menerima banyak kiriman gambar dan mesej berbaur lucah di Instagram.

BACA: Lentok Atas Dada Pelakon Wanita, Syafiq Kyle Dikecam

“Sejak drama ini ditayangkan di saluran Astro Ria, ruangan Direct Massage (DM) Instagram dihujani pelbagai mesej. Ada antaranya gambar dan mesej lucah dan tidak kurang juga yang meluahkan perasaan cinta”

“Namun saya tak layan pun semua mesej itu kerana bimbang mereka bertindak lebih lagi. Jadi, jadi terbaik saya buat tak tahu saja. Lagi satu, kalau saya membalas mesej itu nanti mereka akan terus berharap saya terus melayan mereka,” jelasnya kepada Harian Metro.

Namun bagi Hannah, dia tidak mudah melatah selain tidak mahu terlalu mengambil pusing perkara sedemikian malah turut berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan komen positif dan kata-kata semangat. (rtky/s)

Read more

“Jangan Jadi Bodoh Piang, Begitulah Orang Melayu!”

Bengang dengan tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya tanpa kebenaran selain memberikan informasi palsu, pelakon Izreen Azminda bertindak menghebahkan perkara tersebut melalui laman Instagramnya.

Menurut Izreen, perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi memandangkan pihak yang menggunakan gambarnya itu sebenarnya turut menipu pengguna.

“Tolong jangan guna gambar saya sewenang-wenangnya untuk perniagaan sendiri. Tindakan akan diambila jika pihak anda tidak memadam gambar saya dengan segera”

“Ini juga peringatan buat Instagram lain yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Jangan jadi bodoh piang! Gitulah orang Melayu, duduk baik baik tak mahu! Nak jugak cari pasal dengan orang, kenapa pun tak tau!,” tegasnya di laman sosial tersebut.

Mentang mentanglah wajah Izreen kini sudah semakin flawless, nampaknya wujud sesetengah pihak yang mempromosikan perniagaan mereka dengan menggunakan wajah pelakon wanita ini. Apa yang sebenarnya, Izreen telah menggunakan Meeracle Gemstone Beauty.

Meeracle Gemstone Beauty adalah produk pertama di Asia yang menggunakan batu permata sebagai bahan asas dikenali sebagai formula gemstone membantu Izreen mendapatkan kulit yang lebih mulus, anjal dan juga awet muda. Malah wajah Izreen yang kusam sebelum ini turut beransur pulih.

Jadi jangan lepaskan peluang tawaran menarik sempena ulangtahun kedua produk Meracle Gemstone Beauty yang berkesan dan menambah keyakinan ramai penggunanya ketika ini.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Meeracle, ikuti Facebook mereka atau klik saja di sini.

Read more

Datuk Vida Cabar Datuk Siti Nyanyi I Am Me

Bukan mudah untuk menepis bahang lagu I Am Me nyanyian Dato Vida ketika ini lebih lebih lagi lebih ramai pihak yang tampil membuat parodi lagu berkenaan. Malah baru baru ini, pelakon Fasha Sandha juga dilihat turut menyanyikan semula lagu tersebut.

BACA: Dato Vida Rasa Sakit Hati Digelar Badut

“Saya tak sangka ramai buat video parodi I Am Me, ini membuktikan orang ramai menerima lagu nyanyian saya ini.
“Sekarang saya nak seru Siti (Nurhaliza) bawa lagu saya ini… tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, berkongsikan kisah lagu berkenaan, dia mengakui bahawa pada mulanya bimbang sekiranya lagu tersebut tidak akan mendapat perhatian atau tidak mencapai tahap yang diinginkannya.

“Mulanya saya bimbang andai lagu ini dan nyanyian saya tidak mencapai tahap yang saya inginkan. Jadi saya terpaksa ambil risiko. Tapi alhamdulillah tak sangka ia meletup dan jadi viral di seluruh dunia. Nampaknya pertaruhan saya menjadi,” katanya. (rtky/s)

Read more