Friday, July 28, 2017

“Apa Dia Buat Sampai Suami Saya Gilakan Dia?”

Memang panas kisah rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah hari ini. Terbaru Bella turut mendedahkan perangai suaminya yang berubah sejak bergandingan dengan pelakon, Afifah Nasir. Khabarnya ini bukanlah kali pertama Bella menghidu hubungan intim mereka.

BACA: “Perempuan Lepas Bersalin Lain Sikit Perangai Dia” – Anzalna Nasir

“Kru produksi drama ini pun tak sampai hati hendak membiarkan hati saya terluka dan kasihankan saya yang berbadan dua. Satu persatu saya mula dapat tahu kisah mengenai pelakon itu yang cuba menggoda suami saya”

“Saya pernah menghantar kiriman WhatsApp kepadanya dengan baik. Dia cakap, dia tak ingin pun dengan suami saya. Dia juga cakap sudah ada kekasih kacak. Tapi, akhirnya ‘kantoi’ juga di pusat karaoke”

“Kenapa dia sudah mempunyai teman lelaki yang kacak sanggup berbuat begitu, seolah-olah mahu merampas suami saya. Apalah yang dia buat sampai suami saya begitu tergila-gilakan dia,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Malah menurut Bella lagi, beliau turut mempunyai bukti paparan skrin perbualan, gambar mereka berpelukan serta berpegangan tangan mesra di premis karaoke tersebut. Sementara itu, Afifah sempat memberikan alasan yang boleh dikira klise ,mengatakan mereka hanya keluar atas urusan kerja. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments