Setelah setahun berkenalan akhirnya Pelakon berdarah kacukan Siti Saleha 27, dan pasangannya Ahmad Lutfi Azhar 31, yang merupakan seorang pegawai kerajaan akhirnya telah selamat diijabkabulkan pada tepat jam 3.40 petang dengan sekali lafaz dan telah dinikahkan oleh bapa Saleha sendiri, Mohd Baharom Abdul Rahman dihadapan Imam Masjid Taqwa TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fadlullah Md Noor dengan sekali lafaz.
BACA: Siti Saleha Akui Minta Tips Rumah Tangga Dari Adiknya
“Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis kami pada hari ini,” kata pelakon 7 Hari Mencintaiku itu.
Dalam pada itu, Ahmad Lutfi menyerahkan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 500. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu berlangsung di TPC Kuala Lumpur dalam suasana meriah dan sederhana serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan- rakan media. Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada keesokannya iaitu pada 29 Julai 2017, dengan tema pilihan mereka Rustic Romantic. (rtky/h)
0 comments