Friday, July 28, 2017

“Kenapa Anak Beranak Makan Tepi Jalan Macam…”

Sudah menjadi kebiasaan apabila jutawan kosmetik, Aliff Syukri dan keluarga membawa bekal ke mana saja mereka pergi. Namun kadang kala jika ikut kemampuan Aiff, sebenarnya boleh saja mereka cari tempat yang lebih sesuai untuk makan bekal bersama, tidak ada salahnya pun.

BACA: “Yang Kutuk Saya Tu, Ada Tak Jam Rolex?”

Baru baru ini, Aliff telah berkongsikan video di mana dia menjelaskan bahawa sebuah restoran tidak membenarkan mereka sekeluarga makan di tempat berkenaan walaupun dia memesan air. Nope Aliff, kadang-kadang perkara tidak boleh berlaku seperti yang kita mahukan.

Perkara tersebut seterusnya mendapat perhatian Chef Wan yang merasa kurang senang melihat perkara tersebut terjadi lebih lebih lagi Aliff membawa imej negara Malaysia ke luar sana. Kalau sudah namanya Che Wan, tiada berselindung teguran yang diberikan dan ramai yang setuju dengan kenyataan chef selebriti tersebut.

You pun satu, mana satu restaurant yang kasi orang guna tempat mereka untuk makan dan beli air saja. Depa (mereka) berniaga macam you pasti la need the table for the guests. Why la makan anak beranak tepi jalan mcm tu”

There so many park where you can find table to eat when u travel all over Switzerland. Saya pun dah berpuluh kali di sana….Aliff..Aliff!. It’s not good image to eat in public macam ni for Malaysia tau”

You bukan tak ada duit punya orang Dato! Image as rakyat Malaysia mesti kita jaga bila abroad. Please, you need to stop this!” tegas Chef Wan di ruangan komen pada video tersebut.

Sementara itu, seperti biasa, perbalahan turut berlaku apabila ada pihak yang mempertahankan perbuatan Aliff namun tidak kurang yang menyifatkan Aliff bagaikan terlalu mencuba untuk menjadi rendah diri.

Apa yang penting, semoga Aliff sekeluarga selamat pulang ke Malaysia nanti. Mujurlah Malaysia masih banyak meja untuk dijadikan tempat untuk makan sebentar bersama keluarga dengan bekal yang dibawa. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments