Friday, September 2, 2016

Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta

Walaupun hubungan cinta diantara beliau dan Emma Maembong baru-baru ini dikatakan bergolak, Kamal Adli menafikan dakwaan sesetengah pihak mengatakan tumpuan kerjayanya sebagai pelakon terjejas akibat masalah cinta. Malah khabar angin juga mengatakan beliau juga sering lewat ke set penggambaran sejak hubungan cinta diantara mereka dilanda masalah.

BACA: “Saya Akur Kalau Kamal Adli Bukan Jodoh Saya”

“Saya akui yang mood saya tidak sama seperti dahulu apabila masalah itu timbul. Saya nak menipu pun tak boleh kerana orang lain boleh nampak menerusi riak wajah saya. Namun begitu, kerja tetap kerja. Saya masih bersikap profesional dan perkara tersebut tidak boleh saya jadikan sebagai alasan untuk hilang fokus terhadap kerja. Saya juga masih berhubung dengan Emma”

“Buat masa sekarang, masing-masing perlukan masa rehat dan saya menghormati perkara tersebut. Kalau boleh, saya tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai perkara ini. Saya hanya mahu peminat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya kepada portal Astro Gempak mengenai perkembangan terbaru mengenai hubungan cinta diantara mereka.

Bagaimanapun Kamal enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan mereka yang masih tergantung itu dan memilih untuk berdiam diri. Pada masa yang sama, Kamal juga meminta peminat mereka semua terus mendoakan kesejahteraan hubungan mereka yang heboh diperkatakan putus akibat kewujudan orang ketiga walaupun dinafikan oleh kedua pihak. (rkty/w)

1- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg 2- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg 4- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg 5- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg 6- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg 7- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg
Read more

Thursday, September 1, 2016

Remy Ishak Buat Laporan Polis, Diugut Bunuh Oleh VIP

Remy Ishak Buat Laporan Polis, Diugut Bunuh Oleh VIP

ri

Pelakon popular Remy Ishak telah membuat laporan polis setelah mendakwa telah menerima ugutan bunuh daripada seorang wanita berstatus VIP gara-gara menolak pelawaannya untuk berjumpa.

Remy Ishak terkejut apabila menerima ugutan melalui panggilan telefon Isnin lalu apabila dihubungi seorang lelaki, dipercayai “orang suruhan” wanita VIP terbabit.

Ini kenyataan dari satu sumber:

“Namun pelawaan itu ditolak dengan baik oleh artis itu sebelum telefon terbabit diserahkan kepada wanita berkenaan.

“Sebaik menerima telefon itu, wanita terbabit mengugut mahu membunuh pelakon lelaki itu jika enggan bertemunya,”

“Malah pelakon itu juga pernah membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya sebelum ini di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor,”

Remy membuat satu tindakan bijak apabila sempat merakamkan perbualan dan terus membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.

Kejadian dikatakan berpunca daripada wanita dari pantai timur itu yang mengajak Remy menjalankan perniagaan bersama pada Mei lalu tetapi Remy mungkin tidak melayannya.

Remy juga pernah menerima beberapa ugutan daripada individu sama tetapi tidak menjelaskan bentuk ugutan yang diterima. Ketua Polis Serdang ACP Megat Alias ketika dihubungi akhbar itu mengesahkan laporan dan sedang membuat siasatan.

Memang bahaya kes seperti ini. Diharap pihak polis dapat ambil tindakan segera. -PENMERAHDOTCOM

The post Remy Ishak Buat Laporan Polis, Diugut Bunuh Oleh VIP appeared first on PenMerah.com.

Read more

‘Sudah-Sudahlah Post Gambar Bahagia, Nina Tak Suka’- Rakan Baik Dengki

‘Sudah-Sudahlah Post Gambar Bahagia, Nina Tak Suka’- Rakan Baik Dengki

dengki

Dengki dan irihati memang tidak dapat dipisahkan dengan lumrah manusia. Sikap ini sememangnya amat dikutuk dan harus dihindari sebaik mungkin.

Sekiranya melarat dan semakin meluap-luap, sikap dengki ini boleh menyebabkan manusia bertindak luar batasan dan melakukan perbuatan yang terkutuk.

Dalam satu kes yang dikongsi di laman sosial FB, seorang rakan baik bertindak menghantar sihir kepada kawannya itu hanya kerana tidak suka dan dengki melihatnya bahagia.

Malah dia mengaku tidak suka dengan post post kebahagiaan yang dilakukan oleh rakannya itu dia laman sosial FB.

Jom baca perbualan ini:
sihir (2)

sihir (1)

Ini juga pengajaran kepada pengguna Facebook semua agar berhati-hati ketika muatnaik dan update status. Mungkin jika terlalu menunjuk-nunjuk kebahagian, kejayaan dan kekayaan, ianya secara tidak langsung boleh menyebabkan orang yang melihatnya irihati. -PENMERAHDOTCOM

The post ‘Sudah-Sudahlah Post Gambar Bahagia, Nina Tak Suka’- Rakan Baik Dengki appeared first on PenMerah.com.

Read more

Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh

Gara-gara menolak pelawaan untuk berjumpa, Remy Ishak didakwa telah menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan. Menurut sumber, Remy telah menerima ugutan melalui panggilan telefon Isnin lalu apabila dihubungi oleh seorang lelaki yang juga dipercayai merupakan orang suruhan wanita VIP berkenaan yang berang dengan tindakan Remy yang enggan berjumpa.

BACA: Remy Ishak Naik LRT Bukan Untuk Raih Perhatian

“Namun pelawaan itu ditolak dengan baik oleh artis itu sebelum telefon terbabit diserahkan kepada wanita berkenaan. Sebaik menerima telefon itu, wanita terbabit mengugut mahu membunuh pelakon lelaki itu jika enggan bertemunya. Malah beliau juga pernah membuat laporan polis sebelum ini di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor,” katanya kepada Projek MMO.

Bagaimanapun, Remy dikatakan sempat merakamkan perbualan beliau bersama lelaki terbabit dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya. Setelah ditanyakan mengenainya, Ketua Polis Serdang, ACP Megat Alias ketika dihubungi telah mengesahkan laporan terbabit dan memberitahu pihaknya kini sedang berusaha untuk membuat siasatan.

Sementara itu, memetik sumber berkenaan juga, kejadian ini dilaporkan berpunca daripada seorang wanita dari pantai timur yang mengajak Remy untuk menjalankan perniagaan pada Mei lalu. Namun begitu, Remy memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas kejadian itu dengan lebih lanjut kerana ingin menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. (rkty/w)

2- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg 3- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg 4- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg 5- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg 6- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg 7- Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh - jpeg
Read more

Pemandu Lori Sweetie BNM9967, Saya Doakan Kamu Murah Rezeki

Pemandu Lori Sweetie BNM9967, Saya Doakan Kamu Murah Rezeki

lori

Memang satu sikap yang terpuji dan mulia apabila membantu orang dalam kesusahan apatah lagi orang itu tidak dikenali. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita apabila menerima bantuan dari seorang pemandu lori roti.

Kisah ini dikongsikan oleh pengguna FB bernama Nurul Bariah dan mendapat perkongsian hampir 3 ribu sehingga ke hari ni.

Wanita ini bersama anak kecil telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat satu kemalangan dan anaknya mengadu kelaparan. memang tidak disangka seorang pemandu lori telah membantunya.

Nak tahu kisah dengan lebih lanjut, jom baca:

Seringkali di Facebook, banyak perkara yang dikongsi dan diviralkan berkenaan dengan sifat pentingkan diri, sombong, ambil hak orang lain dan sebagainya.

Hari ini, izinkan saya berkongsi kisah manis yang berlaku pada petang tadi. Lebih manis, di hari ulangtahun kelahiran saya dan hari pertama anak sulung saya, Aisyah mula bersekolah.

Hujan lebat turun di sekitar Shah Alam petang tadi. Saya keluar dari perkarangan sekolah anak di Setia Alam lebih kurang jam 3.50 petang. Hujan masih lebat. Tidak lama keluar dari susur Setia Alam menuju ke Bukit Raja, kenderaan bergerak semakin perlahan sehingga sampai satu saat, langsung tak bergerak. Kalau bergerak pun mungkin satu langkah dewasa sahaja.

Saya post di Shah Alam Residents’s Group, bertanyakan jika ada sesiapa yang tahu mengapa trafik begitu teruk sekali. Rupa-rupanya ada kemalangan di mana ada sebuah treler melintang sebelum Tol Bukit Raja menyebabkan semua lorong ditutup.

Di dalam kerada, ada bonda, Aisyah dan anak kedua, Khadeeja yang sudah lena. Aisyah mula mengadu lapar, mungkin penat dan keletihan selepas hari pertama bersekolah. Saya meminta beliau bersabar namun beliau sudah mula merengek.

Kebetulan ada sebuah lori roti Sweetie di depan. Dalam hujan yang masih agak lebat, saya keluar dari kereta dan pergi mengetuk tingkap lori sebelah pemandu.

“Boleh tak saya nak beli roti? Anak saya lapar,”

Lalu dia menyuruh saya menunggu dalam kereta, beliau akan hantarkan.

Beliau datang memberikan dua jenis roti. Saya hulur RM20 untuk membayar tetapi dia beria-ria tidak mahu mengambil duit tersebut.

“Takpe kak, saya bagi,”

Akhirnya saya mengalah dan mengucapkan terima kasih.

Allahu, sungguh terharu betul. Aisyah gembira dapat makan roti. Saya benar-benar mendoakan beliau dikurniakan rezeki yang berlimpah ruah dan dilindungi perjalanannya sepanjang beliau bekerja.

Anak-anak, bonda dan saya sendiri dapat alas perut dengan roti yang diberi selama sejam terperangkap dalam trafik tidak bergerak (mungkin lebih dari sejam).

Adik, pemandu lori Sweetie BNM9967, saya doakan agar segala urusan kamu dipermudahkan sebagaimana kamu telah memudahkan urusan saya dan menggembirakan hati anakanda saya.

1 September 2016, sungguh ini hadiah hari lahir yang saya akan ingat sampai bila-bila.

“Macam mana awak boleh terfikir nak keluar dari kereta dan ketuk lori depan?” soal kawan.

“Entah, saya pun tak tahu bagaimana saya boleh terfikir untuk berbuat begitu. Mungkin saya sudah mula rimas dengan Aisyah yang merengek bila lebih dari 20 kali sebut perkataan lapar.”

Saya beritahu pada Bonda bila Bonda kata, “Entah-entah dia kena hantar saja kot? Takde lebih”

“Tak cuba tak tahu, kalau tak boleh tak apa. Kalau dia boleh bagi beli, rezeki kakak,” saya jawab.

Alhamdulillah. Roti Kaya Pandan dan Roti Mexico perisa kopi, terbaik! Masa matriks dulu, saya ketagih beli roti Sweetie isi coklat. Saya akan hubungi majikan beliau secepat mungkin sebagai tanda penghargaan. – Nurul Bariah

Semoga dipermudah dan dimurahkan rezeki kepada orang-orang berhati mulia seperti pemandu lori ini. -PENMERAHDOTCOM

lori (1) lori (2) lori (3) lori (4)

The post Pemandu Lori Sweetie BNM9967, Saya Doakan Kamu Murah Rezeki appeared first on PenMerah.com.

Read more

(Gambar) Sultan Selangor Nikahi Pembaca Berita RTM

Gambar: Sultan Selangor Nikahi Pembaca Berita RTM

sulta

Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah selamat bernikah dengan Norashikin Abdul Rahman.

Sultan Sharafuddin dan Norashikin telah dinikahkan oleh Dato’ Seri Haji Mohd Tamyes (Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor) di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Menurut satu kenyataan oleh Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad Munir, majlis pernikahan Diraja ini diadakan secara sederhana dan ringkas atas titah Sultan Selangor sendiri.

Untuk pengetahuan, Norashikin merupakan seorang pembaca berita di televisyen RTM. Norashikin yang kini berumur 45 tahun berasal dari Kuala Lumpur.

Personaliti TV ini merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005.

Sultan Selangor sebelum ini pernah berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal tetapi telah berpisah pada tahun 1988. Hasil perkahwinan itu, pasangan Diraja ini dikurniakan dua puteri bernama Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Kemudian, Sultan Sharafuddin bernikah pula dengan seorang warga Amerika Syarikat iaitu Puan Nur Lisa Idris Abdullah pada tahun 1988 tetapi telah berpisah pada 1997. Baginda mempunyai seorang putera bernama Tengku Amir Shah.

Ucapan tahniah buat Sultan Selangor dan isteri. Daulat Tuanku. -PENMERAHDOTCOM

cats

cats1
cats2

The post (Gambar) Sultan Selangor Nikahi Pembaca Berita RTM appeared first on PenMerah.com.

Read more

Setelah Surat Da’i Wan Tersebar, Ini Respon Uqasha Senrose Apabila Dikecam

Setelah Surat Da’i Wan Tersebar, Ini Respon Uqasha Senrose Apabila Dikecam

uqa

Kes Uqasha Senrose membuka tudung kini menjadi bahan bualan utama di seluruh negara. Sememangnya ramai yang mengecam tindakan pelakon jelita itu.

Beberapa gambar dirinya yang tidak lagi berhijab telahpun tersebar, ketika itu dia dilihat bergambar bersama adik-beradiknya iaitu Nelydia Senrose dan juga Raysha Rizrose.

Selepas itu, seorang Da’i bernama Wan Dazrin telah mengutus nukilan khas buat pelakon jelita ini. Boleh baca disini (KLIK SINI). Namun nukilan ini juga teruk dikritik kerana ada pihak melihatnya seperti cuba mengurat Uqasha Senrose.

Memang hebat penangan nama Uqasha Senrose. Selepas surat Da’i tersebut menjadi viral, kritikan demi kritikan diberikan kepada uqasha.

Akhirnya pelakon ini tampil memberi respon kepada kecaman dari masyarakat, jom baca komen dari Uqasha:

“Pastinya orang akan terus memberi kecaman, cakap macam-macam dan menjatuhkan hukuman, tetapi saya redha. Tetapi jika ada yang anggap keputusan ini sebagai ruang untuk membuka banyak lagi kontroversi, saya tidak mencari semua itu. Jika boleh saya mahu menamatkan kontroversi termasuk gosip mengatakan saya tak pakai tudung di beberapa tempat”

“Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas bekahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati. Benar ianya bukanlah perkara yang elok yang boleh dijadikan contoh. Tetapi saya bukannya hendak jadi manusia yang tiba-tiba membuat perkara tak elok. Tetapi hanya kerana saya bergelar artis, kecaman itu cukup hebat. Ceritanya hanya saya buka tudung”

“Sebulan dua mengenakan tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya dengan cukup tebal. Namun selama saya pakai tudung, lama kelamaan saya seperti tidak ikhlas. Saya seakan takut dengan apa yang orang akan cakap dan fikir. Keputusan itu biarlah antara saya dan Tuhan,”

Itulah respon terkini dari pelakon jelita ini. Semoga Uqasha Senrose akan bahagia dengan pilihannya dan kita sebagai peminat doakan yang terbaik buatnya. -PENMERAHDOTCOM

The post Setelah Surat Da’i Wan Tersebar, Ini Respon Uqasha Senrose Apabila Dikecam appeared first on PenMerah.com.

Read more

“Jadi Bapa Tu Tegas Sikitlah Bodoh..” – Anak Marahi Bapa

“Jadi Bapa Tu Tegas Sikitlah Bodoh..” – Anak Marahi Bapa

anak

Ini satu kes yang di kongsi di facebbok bernama ‘Syafiq Iqbal’. Syafiq memuatnaik perbualan di aplikasi whatsapp menunjukkan seorang anak yang tidak mahu lagi dikatikan dengan ayahnya kerana tidak di beri wang.

Memang teruk layanan yang diberikan, sehingga akhirnya ayahnya mengalah ‘block’ anaknya itu yang dilihat tidak mahu dirinya dikaitkan dengan ayahnya itu.

Ini tulisnya:

Alhamdulillah akhirnya bapak aku BLOCK aku. Aku nak block malas lah. Aku tak suka block orang kat whatsapp.

Tapi bila bapak aku BLOCK aku. Lega siottt. Jangan amek tahu pasal aku lagi lah.

Ko dah tak nak bagi duit, tak yah bagi duit terus. Jadi bapak tu tegas lah sikit BODOHHH…

Kes ini menjadi viral sekelip mata kerana ramai yang mengatakan anak tersebut amat kurang ajar dan sanggup buat begitu hanya kerana duit. Jom baca perbualan tersebut:

1 (6)

1 (3)

1 (2)1 (4)1 (5)

1 (1)

Memang terkejut bila membaca perbualan ini. Kepada anak diluar sana yang masih ada ayah, hargailah mereka, nanti dah tiada anda akan terasa menyesal tetapi dah terlambat. -PENMERAHDOTCOM

The post “Jadi Bapa Tu Tegas Sikitlah Bodoh..” – Anak Marahi Bapa appeared first on PenMerah.com.

Read more

“Ada Kenalan Yang Ajak Saya Bercinta”

Selama enam tahun hidup bersendirian, Maya Karin akui dirinya pernah diajak menjadi teman istimewa oleh seseorang dan menjalinkan hubungan yang lebih serius, namun beliau enggan terlalu bercerita mengenainya. Walaupun beliau sudah terbiasa hidup bersendirian, beliau tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti dipertemukan jodoh yang sesuai dengannya.

BACA: Berhenti Jadi Artis, Maya Karin Umum Sertai Politik

“Saya tidak menafikan ada kenalan yang cuba mendekati, Januari lalu, dan mahu kami mencuba fasa hubungan yang lebih serius. Jujurnya, saya sendiri sukar untuk bercerita mengenainya, tetapi tidak salah kalau berkawan. Dia tiga tahun lebih tua daripada saya dan bukan daripada kalangan orang industri,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Sementara itu, apabila ditanya dengan lebih lanjut mengenai hubungannya dengan jejaka misteri itu, Maya memilih untuk berdiam diri dahulu kerana masing-masing masih sedang mengenali hati budi. Namun kongsinya lagi, beliau selagi boleh ingin mengelak daripada terlibat dengan cinta jarak jauh kerana dirasakan hubungan seumpama itu tidak serasi dengannya.

Terdahulu, Maya bukan sahaja digilai ramai jejaka malahan beliau juga sebelum ini pernah menerima hadiah misteri berupa sebentuk cincin dari seorang jejaka ketika percutiannya di Jerman. Lelaki itu dimaklumkan berjumpa sendiri dengan ibu Maya untuk melamarnya, lebih menakutkan lagi beliau sendiri tidak mengenali siapakah jejak berkenaan. (rkty/w)

1- %22Ada Kenalan Yang Ajak Saja Bercinta%22 - jpeg 2- %22Ada Kenalan Yang Ajak Saja Bercinta%22 - jpeg 4- %22Ada Kenalan Yang Ajak Saja Bercinta%22 - jpeg 5- %22Ada Kenalan Yang Ajak Saja Bercinta%22 - jpeg 6- %22Ada Kenalan Yang Ajak Saja Bercinta%22 - jpeg 7- %22Ada Kenalan Yang Ajak Saja Bercinta%22 - jpeg
Read more

Kes Virus Zika Kini Di Malaysia, 5 Perkara Yang Patut Anda Tahu

Kes Virus Zika Kini Di Malaysia, 5 Perkara Yang Patut Anda Tahu

zika

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam membuat kenyataan mengesahkan seorang wanita dijangkiti virus Zika setelah melawat Singapura. Wanita berusia 58 tahun itu mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos pesakit mendapat rawatan di klinik swasta di Klang sebelum disyaki mempunyai virus Zika.

Ini komennya:

“Selepas dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Ogos, wanita itu disahkan positif virus Zika hasil pemeriksaan ujian air kencing, manakala ujian darah masih menunggu keputusan”

“Kes ini adalah yang pertama dilaporkan di Malaysia dan setakat ini wanita itu dalam keadaan stabil,”

Ini merupakan info penting tentang virus Zika ini yang patut korang tahu:

1. Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV). Ia tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Gejala dan tandanya sama seperti demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

2. Bolehkah jangkitan Zika dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

3. Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes – dan ianya bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Di Malaysia, sememangnya banyak nyamuk Aedes yang boleh menyebarkan virus ini.

4. Siapa berdepan risiko paling tinggi?

Bayi dalam kandungan paling berisiko tinggi  jika ibunya dijangkiti virus Zika.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly (kepala kecil) disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

5. Langkah-langkah pencegahan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:

-Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
-Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
-Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.

Semoga kita semua terhindar dari penyakit virus Zika ini. -PENMERAHDOTCOM

The post Kes Virus Zika Kini Di Malaysia, 5 Perkara Yang Patut Anda Tahu appeared first on PenMerah.com.

Read more