Remy Ishak Buat Laporan Polis, Diugut Bunuh Oleh VIP
Pelakon popular Remy Ishak telah membuat laporan polis setelah mendakwa telah menerima ugutan bunuh daripada seorang wanita berstatus VIP gara-gara menolak pelawaannya untuk berjumpa.
Remy Ishak terkejut apabila menerima ugutan melalui panggilan telefon Isnin lalu apabila dihubungi seorang lelaki, dipercayai “orang suruhan” wanita VIP terbabit.
Ini kenyataan dari satu sumber:
“Namun pelawaan itu ditolak dengan baik oleh artis itu sebelum telefon terbabit diserahkan kepada wanita berkenaan.
“Sebaik menerima telefon itu, wanita terbabit mengugut mahu membunuh pelakon lelaki itu jika enggan bertemunya,”
“Malah pelakon itu juga pernah membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya sebelum ini di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor,”
Remy membuat satu tindakan bijak apabila sempat merakamkan perbualan dan terus membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.
Kejadian dikatakan berpunca daripada wanita dari pantai timur itu yang mengajak Remy menjalankan perniagaan bersama pada Mei lalu tetapi Remy mungkin tidak melayannya.
Remy juga pernah menerima beberapa ugutan daripada individu sama tetapi tidak menjelaskan bentuk ugutan yang diterima. Ketua Polis Serdang ACP Megat Alias ketika dihubungi akhbar itu mengesahkan laporan dan sedang membuat siasatan.
Memang bahaya kes seperti ini. Diharap pihak polis dapat ambil tindakan segera. -PENMERAHDOTCOM
The post Remy Ishak Buat Laporan Polis, Diugut Bunuh Oleh VIP appeared first on PenMerah.com.
0 comments