Walaupun hubungan cinta diantara beliau dan Emma Maembong baru-baru ini dikatakan bergolak, Kamal Adli menafikan dakwaan sesetengah pihak mengatakan tumpuan kerjayanya sebagai pelakon terjejas akibat masalah cinta. Malah khabar angin juga mengatakan beliau juga sering lewat ke set penggambaran sejak hubungan cinta diantara mereka dilanda masalah.
BACA: “Saya Akur Kalau Kamal Adli Bukan Jodoh Saya”
“Saya akui yang mood saya tidak sama seperti dahulu apabila masalah itu timbul. Saya nak menipu pun tak boleh kerana orang lain boleh nampak menerusi riak wajah saya. Namun begitu, kerja tetap kerja. Saya masih bersikap profesional dan perkara tersebut tidak boleh saya jadikan sebagai alasan untuk hilang fokus terhadap kerja. Saya juga masih berhubung dengan Emma”
“Buat masa sekarang, masing-masing perlukan masa rehat dan saya menghormati perkara tersebut. Kalau boleh, saya tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai perkara ini. Saya hanya mahu peminat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya kepada portal Astro Gempak mengenai perkembangan terbaru mengenai hubungan cinta diantara mereka.
Bagaimanapun Kamal enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan mereka yang masih tergantung itu dan memilih untuk berdiam diri. Pada masa yang sama, Kamal juga meminta peminat mereka semua terus mendoakan kesejahteraan hubungan mereka yang heboh diperkatakan putus akibat kewujudan orang ketiga walaupun dinafikan oleh kedua pihak. (rkty/w)
0 comments