Thursday, September 1, 2016

Setelah Surat Da’i Wan Tersebar, Ini Respon Uqasha Senrose Apabila Dikecam

Setelah Surat Da’i Wan Tersebar, Ini Respon Uqasha Senrose Apabila Dikecam

uqa

Kes Uqasha Senrose membuka tudung kini menjadi bahan bualan utama di seluruh negara. Sememangnya ramai yang mengecam tindakan pelakon jelita itu.

Beberapa gambar dirinya yang tidak lagi berhijab telahpun tersebar, ketika itu dia dilihat bergambar bersama adik-beradiknya iaitu Nelydia Senrose dan juga Raysha Rizrose.

Selepas itu, seorang Da’i bernama Wan Dazrin telah mengutus nukilan khas buat pelakon jelita ini. Boleh baca disini (KLIK SINI). Namun nukilan ini juga teruk dikritik kerana ada pihak melihatnya seperti cuba mengurat Uqasha Senrose.

Memang hebat penangan nama Uqasha Senrose. Selepas surat Da’i tersebut menjadi viral, kritikan demi kritikan diberikan kepada uqasha.

Akhirnya pelakon ini tampil memberi respon kepada kecaman dari masyarakat, jom baca komen dari Uqasha:

“Pastinya orang akan terus memberi kecaman, cakap macam-macam dan menjatuhkan hukuman, tetapi saya redha. Tetapi jika ada yang anggap keputusan ini sebagai ruang untuk membuka banyak lagi kontroversi, saya tidak mencari semua itu. Jika boleh saya mahu menamatkan kontroversi termasuk gosip mengatakan saya tak pakai tudung di beberapa tempat”

“Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas bekahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati. Benar ianya bukanlah perkara yang elok yang boleh dijadikan contoh. Tetapi saya bukannya hendak jadi manusia yang tiba-tiba membuat perkara tak elok. Tetapi hanya kerana saya bergelar artis, kecaman itu cukup hebat. Ceritanya hanya saya buka tudung”

“Sebulan dua mengenakan tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya dengan cukup tebal. Namun selama saya pakai tudung, lama kelamaan saya seperti tidak ikhlas. Saya seakan takut dengan apa yang orang akan cakap dan fikir. Keputusan itu biarlah antara saya dan Tuhan,”

Itulah respon terkini dari pelakon jelita ini. Semoga Uqasha Senrose akan bahagia dengan pilihannya dan kita sebagai peminat doakan yang terbaik buatnya. -PENMERAHDOTCOM

The post Setelah Surat Da’i Wan Tersebar, Ini Respon Uqasha Senrose Apabila Dikecam appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments