Thursday, November 10, 2016

5 Punca 15GB Data Sekarang Memang Tak Cukup

Okay, sekarang duduk diam diam dan cuba anda fikirkan kenapa data 15GB sekarang dah tak cukup? Sedar atau tidak, anda mungkin sedang membaca artikel ini di telefon pintar anda guna mobile data.

Memang bengang jugak kalau tengah layan internet tiba tiba ada mesej dari telco masuk kata kuota dah nak habis. Jika anda rasa 5 punca yang senaraikan di bawah sama dengan situasi yang dihadapi sekarang, kita memang geng.

1. Kita Banyak Muatnaik Gambar

2-5-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Cuba buka Facebook sekarang. Selain gambar anak anak kawan anda yang baru kahwin, pasti ada juga yang kongsikan gambar makanan. Tapi rupa rupanya anda pun kuat juga muatnaik gambar selfie. Lagi lagi bila sampai hujung minggu, semua aktiviti kita nak kongsikan, bukan?

2. Banyak Sangat Guna Waze, Google Maps

6-5-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Ini juga antara salah satu penyumbang terbanyak kehabisan data. Kami faham anda semua memang menepati waktu orangnya dan tidak mahu sesat. Jangan main main, aplikasi GPS memang jadi satu keperluan dah buat masa sekarang. Namun jika ada pelan data 20GB macam Digi tawarkan, tak payah susah susah nak kira berapa baki data lepas guna GPS.

3. Layan Netflix, iFlix & Youtube Tanpa Henti

1-5-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Bab layan movie ini, biasanya memang hujung minggu biasa jadi masa yang paling sesuai. Selagi tak habis layan satu musim drama bersiri yang ada, memang tak keluar rumah. Tapi risau jugak bila tengah layan tiba-tiba data habis, serius tak kelakar!

Peka dengan situasi macam ni, Digi sekarang sudah ada pelan pascabayar (postpaid) terbaru. Kali ini Digi bagi 10GB untuk hari biasa (weekdays) dan 10GB (percuma!) untuk hujung minggu.

1-5-punca-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Lagi menarik, tiada limit untuk anda gunakan 10GB untuk hujung minggu tu. Nak layan berapa musim pun tiada masalah punyalah. Yang penting, anda boleh gunakan 10GB data tersebut di hujung minggu. 2GB untuk minggu pertama, 2GB untuk minggu kedua, dan 3GB untuk minggu ketiga dan keempat.

Jangan risau, yang 10GB untuk weekdays tu memang tak terusik di hujung minggu. Nak pulun layan movie di pejabat pun boleh, asalkan jangan sampai bos tahu.

Dengan pelan pascabayar terbaru Digi yang bermula serendah RM50 ini, memang tenang hidup anda. Malah jika anda langgan pelan RM80 dan RM110, siap dapat panggilan percuma tanpa had untuk semua rangkaian telco yang ada di Malaysia ni. Fulamak, memang berbaloi tak ingat dunia ni!

2-5-punca-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

4. Main Online Game Tak Henti Henti

5-5-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Ini pula punca utama bagi mereka yang kuat main permainan di atas talian. Tahap ketagihan yang tinggi untuk bermain permainan atas talian ini sepatutnya selari dengan keperluan data internet yang tinggi. Cuba bayang kalau tengah main Dota dan tengah nak menyerang pihak lawan dan tiba tiba data habis – mengamuk jadinya.

5. Facetime Dengan Yang Tersayang

4-5-15gb-data-sekarang-memang-tak-cukup-rotikaya

Bab Facetime atau panggilan video sekarang ini memang jadi satu kemestian. Mana tidaknya, jika nak balik ke kampung sudah yang jauh pastinya memerlukan wang yang banyak. Tapi melalui panggila video, dari jauh pun masih boleh kongsi aktiviti.

Bukankah dah jimat jika guna pelan Digi postpaid terbaru. Tak payah nak risau risau terputus hubungan ketika sedang buat panggilan video. Manakala bagi anda yang mempunyai kekasih, boleh pantau lokasi mereka berada jika buat panggilan video.

Load disqus comments

0 comments