Harimau Malaysia Tewas Kepada Myanmar, Tersingkir Di Piala AFF Suzuki
Jaringan tunggal pemain Myanmar, David Htan pada akhir perlawanan menyebabkan Malaysia tewas kepada Myanmar 0-1 di peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki sebentar tadi.
Ini sekaligus menyebabkan Malaysia gagal melayakkan di ke peringkat seterusnya dan tersingkir dari kejohanan tersebut.
Kemenangan di Stadium Thuwunna di sini menyaksikan mereka muncul naib juara kumpulan di belakang Vietnam.
Vietnam menewaskan Kemboja 2-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan B di Stadium Wunna Theikdi, Naypyitaw.
Ternyata pasukan Myanmar memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sering menyerang untuk memburu gol awal.
Dengan sokongan padu 32,000 penyokong sendiri ,Myanmar melancarkan serangan bertali arus ke kubu Malaysia.
Myanmar mempunyai peluang baik untuk gol awal menerusi sepakan penalti namun Apek (Khairul Fahmi Che Mat) berjaya menangkap bola dengan baik.
Malaysia telah mencuba sebaik mungkin namun gagal memanfaatkan percubaan di depan gol.-PENMERAHDOTCOM
The post Harimau Malaysia Tewas Kepada Myanmar, Tersingkir Di Piala AFF Suzuki appeared first on PenMerah.com.
0 comments