Kebakaran Israel Merupakan Bala Kerana Cuba Haramkan Azan – Imam Kanada
Seorang imam di Kanada telah memberi satu kenyataan yang lantang tentang kes kebakaran besar yang berlaku di Israel.
Imam tersebut berkata kebakaran itu sebagai balasan terhadap penindasan ke atas penduduk Palestin.
katanya lagi, iaya juga sebagai balasan kerana cuba mengharamkan azan di seluruh kawasan yang diceroboh.
Mazin Abdul Adhim, seorang imam terkemuka berketurunan Iraq yang kini berada di Canada berkata demikian di laman Facebook miliknya.
Walaupun kebakaran merebak dengan cepat disebabkan angin kencang, tetapi beliau percaya bala tersebut diturunkan oleh Allah.
Ini komennya:
“Menarik apabila melihat kelemahan rejim Zionis dan mereka terpaksa bergantung kepada bantuan negara luar untuk menyelamatkan diri.
“Mereka tidak mengawal dunia, apatah lagi mengawal tanah kecil yang diberikan kepada mereka secara percuma oleh British selepas Perang Dunia Pertama.
“Tanpa boneka (negara sekutu) yang melindungi mereka serta kewangan yang disalurkan daripada AS, Israel tidak mampu bertahan walaupun untuk tempoh seminggu.
“Semoga Alla meningkatkan lagi tiupan angin untuk merebakkan lagi kebakaran sehingga tanah jajahan Israel hangus sebagai balasan merampas tanah penduduk asal di Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya,”
Kebakaran besar di Israel berlanjutan sejak empat hari lalu menyebabkan puluh ribu rakyat Yahudi terpaksa menyelamatkan diri.
Rejim Zionis juga telah meminta bantuan antarabangsa untuk memadamkan kebakaran tersebut. -PENMERAHDOTCOM
The post Kebakaran Israel Merupakan Bala Kerana Cuba Haramkan Azan – Imam Kanada appeared first on PenMerah.com.
0 comments