Wednesday, November 30, 2016

(Video) 'Pulangkan Balik RM300 Saya!' - Berhati-hati Dengan Lelaki Ini


Tadi dalam jam 1 petang ada seorang lelaki India datang ke kedai. Masa itu saya seorang saja di kedai dan kakak saya keluar sebentar. Lelaki itu nak tuntut hutang, katanya cash. 

Saya bacalah di resit yang ditunjukkan tertulis tentang "Aircond services bla.. bla.. bla.."

Mula-mula dia bagi resit saja kena bayar. Selepas itu dia datang semula minta Name Card dan saya pun beri sajalah. Kemudian dia berpura-pura menghubungi kakak, memang macam betul-betul tengah bersembang dengan kakak. 

Masa itu saya tak mengesyaki yang dia sedang menipu dan ingatkan dia betul-betul menghubungi kakak saya. Masa itu juga saya tak terfikir nak menghubungi atau WhatsApp kakak. Biasanya saya memang akan buat begitu kalau ada orang datang minta hutang. 

Dalam masa dia 'tengah bercakap' dengan kaka, dia minta bayaran RM300. Saya tanpa sebarang rasa was-was terus pergi ambil duit dan bayar pada dia. Selepas itu itu, dia ada tulis di belakang resit RM1,300. Dia minta lagi RM1,300 tetapi saya kata tak ada jumlah wang sebanyak itu. 

Bila kakak dah balik dan tengok buku cashier ada bayaran RM300, dia pun tanya. 

"Payment apa ini Opi?" soalnya.

"Baru Opi nak tanya akak, tadi ada orang call kan? Lelaki datang minta hutang?" soal saya kembali. 

"Tak ada," jawab kakak. 

"MasyaAllah, habis yang tadi itu siapa?" 


Saya memang tak sangka langsung perkara ini akan berlaku. Kepada sesiapa yang kenal lelaki ini, mohon kerjasama dan beri maklumat pada saya. Kalau boleh saya nak dia pulangkan balik RM300 itu. 

Saya tak orang lain pun terkena seperti saya. Serius saya memang tak sangka ada orang seperti ini datang ke kedai buat kerja jahat begini. - Siti Sorfiena Syasha | The Reporter
Load disqus comments

0 comments