Difitnah Di Gegar Vaganza: Suami Nora, Johan Nawawi Mengamuk
Di Gegar Vaganza, Nora telah didakwan mendapat layanan istimewa dari pihak produksi.
Ini adalah kerana Nora dapat menukar lagu dari genre dangdut ke genre rock pada minggu keenam konsert Gegarvaganza 3.
Selain itu, Nora juga dapat menyanyikan lagu sendiri pada minggu separuh akhir.
Tak puas hati dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepada isterinya, Johan Nawawi telah berang dan tampil beri amaran.
Dikatakan Johan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengguna laman sosial media yang melemparkan fitnah kepada keluarganya.
Malah, Johan juga sudah mendapatkan nasihat daripada bahagian siasatan jenayah siber Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
Ini komen Johan Nawawi: (Sumber: Harian Metro)
Saya sudah membuat beberapa paparan skrin akaun pengguna laman sosial beserta komen mereka yang memfitnah saya dan keluarga. Bagi saya perkara itu mengganggu ketenteraman kami sekeluarga.
Sebenarnya isu ni tercetus pada minggu lalu bila Nora menukar lagu daripada genre dangdut kepada rock pada minggu ke-6 Gegarvaganza. Tambah lagi kurang senang orang ramai bila Nora diberi tugasan untuk menyanyikan lagu sendiri berjudul ‘Sandiwara’ pada minggu ni.
Kalau nak komen atau kritik berkenaan nyanyian tak mengapa, itu saya okey lagi. Tapi apabila sampai tahap memfitnah itu sangat keterlaluan.
Kenapa perlu menuduh saya membayar pihak Astro agar isteri saya mendapat lagu yang sesuai dengannya? Tak ada sebab saya nak berbuat sedemikian. Lebih teruk apabila ada komen mengatakan isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan VIP. Semua itu mengarut.
Pelbagai dugaan yang Nora tempuh sejak masuk Gegar Vaganza ini. Semoga berjaya. -PENMERAHDOTCOM
The post Difitnah Di Gegar Vaganza: Suami Nora, Johan Nawawi Mengamuk appeared first on PenMerah.com.
0 comments