Friday, November 11, 2016

Amar Baharin, Amyra Rosli Selamat Diijabkabul

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Amar Baharin dan juga Amyra Rosli kerana telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 5.15 petang tadi. Pasangan merpati sejoli ini dinikahkan bapa Amyra atau nama penuhnya Nur Amirra Izzati, Rosli Awang.

BACA: Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman

Dalam majlis yang diadakan di Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, Amyra menerima mas kahwin RM1,111 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada Amar. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis resepsi Amyra akan berlangsung malam esok di lokasi sama, manakala majlis menyambut menantu di sebelah pihak keluarga lelaki pula akan diadakan di Ampang, Selangor pada 19 November ini.

Selain itu, BH Online juga melaporkan bahawa majlis pernikahan pasangan ini turut dihadiri rakan selebriti malah keluarga dan sanak saudara mereka turut menyaksikan pasangan mempelai memotong kek bertatahkan kristal Swarovski. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Hlive

Load disqus comments

0 comments