KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 25 tahun ditangkap selepas cubaannya meragut beg tangan seorang wanita, gaga, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi di sebuah restoran Jalan Intan Baiduri 2B, mangsa, Phang, bersama rakannya, Chong, sedang menikmati sarapan pagi. Mangsa ternampak seorang penunggang motosikal Yamaha 135LC sedang membuat pusingan U dari jalan besar ke Lorong 2B. Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa terus menyambung menikmati sarapan paginya itu.
Namun secara tiba-tiba penunggang motosikal itu datang dan cuba meragut beg tangan mangsa tetapi tidak berjaya setelah menyedari mangsa ditemani rakannya, lelaki. Tanpa ragu-ragu, Chong terus mengejar penunggang terbabit dan berjaya menangkap lelaki itu tidak beberapa jauh dari restoran, sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke balai.
Ibu bapa lelaki itu dimaklumkan mengenai perbuatan anaknya lalu datang ke balai untuk ikat jamin. Tetapi lain pula yang berlaku apabila si ibu mengambil kerusi dan membaling ke arah anaknya itu.
Jelas Phang, dia pada awalnya menyangka lelaki itu orang susah sehingga menyebabkan dia terpaksa meragut. Malangnya sangkaan Phang itu meleset apabila melihat kehadiran dua ibu bapa lelaki berkenaan.
"Selepas peragut itu dibawa ke balai, polis memaklumkan penangkapan lelaki itu kepada ibu bapanya. Ibu bapanya tiba di balai polis dengan kereta Toyota Alphard.
Ibu bapa suspek datang ke balai dengan kereta Toyota Alphard | Foto - Phang |
"Menurut ibunya, anak lelakinya itu bekerja sebagai kontraktor pada waktu siang dan membuka kedai makanan barat, selain memiliki sebuah lagi kedai yang tidak didedahkan.
"Apa yang mengejutkan, apabila si ibu ternampak anaknya, dia terus membaling kerusi kepada anaknya itu sendiri, membuatkan kami yang lain berasa takut," katanya.
Sementara itu, bapa suspek tidak henti-henti memohon maaf diatas perbuatan anaknya itu. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius kecuali terdapat kesan lebam sedikit pada leher mangsa.
Netizen berpendapat, mungkin suspek melakukan kerja meragut untuk keseronokkan sahaja. Tidak kurang juga yang mendakwa suspek meragut untuk membeli dadah. - The Reporter
0 comments